jom datang ramai-ramai!!!~

[tekan untuk besarkan]
[maaf terdapat ralat pada poster, tempatnya di A.3.3 bukan A.4.3.3 ya:) ]


hello?shah kirit? bila sampai? esookkkk???!! yeaaayyyy!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera:)




Untuk kesekian kalinya, saya hendak mengumumkan bahawa

BROTHER SHAH BAKAL MENGGEGARKAN JATINANGOR!!!





Seminar Comparative Religion a.k.a Perbandingan Agama anjuran Biro Agama dan Kerohanian KUBI a.k.a BAIK akan bermula ESOK!!!






Sudah pasti semua teruja kan???:D





Kepada yang sudah mendaftar, harap anda sudah bersedia~!!!
Seminar ini dijalankan sebagai medan untuk kita lebih mengenali diri kita(baca:agama kita) dan juga agama-agama lain sebagai perkongsian, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya...:))







antara contoh simbol-simbol keagamaan~




tentatif program~! [click to enlarge]






*hmmm...ada apa dengan seminar ni?musykillah..*

macam-macam ada...!





sedikit ringkasan daripada tentatif:




Ada ceramah daripada Brother Shah(untuk muslim sahaja) pada hari Jumaat...





Ada 'talkshow' yang terbuka kepada umum pada hari Sabtu...





Ada pembukaan 'booth' jualan dan pameran daripada agama-agama lain...



dan...







yang paling penting sekali,




makanan sedap!!! hehe...


[gurauan semata-mata;)]









Tunggu apa lagi??





Jomlah pergi beramai-ramai!!!










Jumpa esok di A.3.3 Theatre esok....


Don't be late!!!


masihkah kita tercari-cari benda yang sudah ada di depan mata?





indah kan? ;) (gambar hiasan)


p/s: kepada yang berminat, pendaftaran masih terbuka! hubungi nombor yang tertera di skrin anda sekarang!!!! :D
(nombor di poster)
p/s2: semoga program ini berjalan dengan lancar dan dirahmatiNya...Amiiin~






-COMPARATIVE RELIGION 2009-

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Cobaan...???

Soalan~

Apakah yang dimaksudkan ujian daripada Allah dan bagaimana kita dapat mengenalinya?

Jawapan~

Ujian? Kita hidup di dunia ini, itu pun merupakan suatu ujian. Setiap perkara yang kita hadapi di dunia ini, itu merupakan ujian. Kenapa? Sebab kita sentiasa mempunyai pilihan atau jalan. Jalan untuk melakukan kebaikan atau keburukan.
..

“Dia-lah yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
~Surah al-Mulk (67:2)


Adakah ujian itu semata-mata perkara buruk yang berlaku terhadap kita? Tidak, kerana Allah boleh menguji kita dengan perkara-perkara yang baik untuk menguji kita... Uji bagaimana? Uji kesabaran kita:

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
~Surah An-Nahl (16:96)


Dunia ini dijadikan medan oleh Allah untuk menguji siapa di antara hamba-hambanya yang paling sabar menempuh ujian, dan setiap ujian yang kita terima adalah sesuai dengan kemampuan kita, dengan keimanan kita.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya" 2:286

Allah tak akan menguji kita melainkan Dia tahu kita MAMPU melalui ujian tersebut. Allah Maha Mengetahui dan Dia tidak pernah kejam terhadap hamba-hambaNya...

Rasa sakit(hati) dengan ujian yang berat? Bersabarlah, kerana orang yang sabar itu merupakan orang yang kuat...:)Ingatlah Dia sentiasa ada sebagai pelindung kepada kita:))

"Kemudian Tuhanmu(pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita kerana cubaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang. "
~Surah An-Nahl (16:110)


Ujian, musibah, dugaan; adalah untuk menaikkan darjat kita sebagai hambaNya yang beriman... Kita ambil iktibar daripada kisah-kisah dalam al-Quran... Kisah Nabi Nuh, Nabi Yaakub, Nabi Muhammad... Ujian mereka hebat, tetapi mereka bersabar dan redha, dan Allah mengangkat darjat mereka...Nama-nama mereka dimuliakan olehNya dan tercatat dalan Al-Quran kerana kesabaran mereka menempuh ujian dariNya, dan sebagai pengajaran kepada kita. Tidakkah kita mahu darjat kita dinaikkan olehNya?

Cuba kita lihat pada ayat 110 di atas. Kalau kita lihat pada ayat di atas, kenapa Allah selitkan Maha Penyayang di hujung ayat itu? Kerana Dia sayang kepada orang yang bersabar dengan segala apa yang di'hadiah'kan olehNya kepada kita.

Ujian itu suatu rahmat:)


“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
~Surah al-Baqarah (2:216)



Sebagai renungan, jom hayati ayat ini(16:91),

"Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu perbuat."

Okay. Cuba kita fikir janji apa yang kita sebut hari-hari?

Yang kita pegang?

~syahadah~
Tiada Tuhan melainkan Allah.


Jadi kita telah melafazkan bahawa tiada langsung kuasa di dunia ini yang mampu melakukan apa-apa melainkan dengan izin Allah.


Tiada sebaik perancang melainkan Allah.

Tiada sebaik pemberi ujian melainkan Allah.


Jadi adakah wajar jika kita mempersoalkan ujian yang diberikan kepada kita, sedangkan kita telah melafazkan kalimah yang satu itu?





Renung-renungkan, fikir-fikirkan.









Wallahua'lam~

p/s: semoga kita semua lulus ujian dengan cemerlang...amiin=)

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Comparative Religion??


Assalamualaikum WBT and a very good day to everyone…

Dear friends,

Have you all ever heard of the phrase ‘comparative religion’ or does your mind go blank when you hear it? Don’t fret, let’s learn about it together!


What is comparative religion actually? Basically, it’s a field of study that studies about the religions that exists in this world! It’s a religious study that analyzes the similarities and differences of themes, myths, rituals and whatnot~

wow... so many religions!!!!

Do you know where your religion came from?
Or do you believe in it just because your family does or your ustaz/rabi/priest etc tells you it’s true?
Have you actually ever studied about all religions just to make sure you’re not being ignorant?
And most importantly,

HAVE THESE QUESTIONS EVER CROSSED YOUR MINDS???


Hmmmm…^-^

There are a lot of scholars that are experts in this field, and among them is Shah Kirit Kakulal Govindji; or more famously known as Brother Shah Kirit, a Malaysian himself!
Never heard of him before?
Google it!
Or since I’m feeling generous, you can find out about him here=)

Interested in learning more about comparative religion and what it entails???
Well, to all of us studying here in UNPAD, we’re in luck!
KUBI under one of its bureaus; BAIK(Biro Agama Islam KUBI) is bringing Brother Shah Kirit himself to UNPAD to give a special talk and answer all your questions on this very interesting field!!!


tak sabarnya!! yeaaay!!


Excited? Want more details?




Wait for our poster…
Coming soon to Jatinangor…

Be ready! :D

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Boleh ke tak boleh jamak @ qasar ni??? Waaaa~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua!
Sudah pasti anda semua ternanti-nantikan entry terbaru di blog BAIK ni kan??

Inilah dia..Jeng3!...
Kali ini kita bincang tentang salah faham dan persoalan-persoalan tentang solat jamak dan qasar...

Mesti anda semua pernah tertanya-tanya
"Eh boleh ke jamak/qasar ni??"

sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kan kan kan.......hehe.
Sama-sama kita belajar ya~

.:Jamak:.

Apa itu jamak?
Jamak bererti menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu kan...

Jadi adakah jamak hanya untuk mereka yang bermusafir sahaja???
Sebelum ini kita sering dididik, jamak dan qasar adalah rukhsah dalam Islam apabila kita bermusafir.

Benar, namun kita juga dibolehkan jamak dalam keadaan bukan musafir...





Antara keadaan yang dibolehkan:
1) Jamak kerana hujan.
2) Jamak kerana sakit.
3) Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.




Subhanallah...Kan best tu? Islam ini mudah...Tak pernah mahu menyusahkan umatnya...Namun kalau mahu mengamalkannya harus ada ilmu...Untuk syarat-syaratnya boleh lihat di sini:);">


Mudah? Ya...tapi ingat...jangan mudah-mudahkan ya:)

Kata Ustaz Maszlee:~

Keharusan untuk melakukan “jamak” kerana hajat ini tidaklah dibenarkan secara mutlak. Para ulama yang membenarkan perlakuan tersebut telah memberikan syarat – syarat tertentu seperti berikut :





1- Ianya tidak dijadikan kebiasaan atau adat sehingga ianya dilakukan dalam banyak keadaan tanpa ada sebab yang benar – benar mendesak.

2- Hajat tersebut hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat yang lebih besar.

3- Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.






Yang mana satu kita? insyaAllah yang tengah ya... :)


.:Qasar:.

Okay, sekarang untuk qasar pula. Qasar maknanya apa? Maknanya memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat betul? [Sila angguk kepala jika setuju^-^]
Maknanya solat yang boleh diqasarkan hanyalah Zuhur, Asar, dan Isyak betul?

Hmmm...boleh ke kita nak qasar jika hujan, sakit atau berhajat?
Jawapannya:-

Tidak boleh, kerana qasar merupakan sedekah Allah kepada hambanya yang bermusafir...Jadi jika kita bukan bermusafir, maka tidak boleh mengqasarkan solat ya...

Bila kita dikatakan bermusafir?

Hmm...Jika ditanyakan pada ramai orang, tentu akan menjawab..
"2 MARHALAH!!!"
Sebenarnya para ulama' ramai yang berselisih tentang perkara ini...dan terdapat kira-kira 20 PENDAPAT(Banyaknyaaa 0_o) yang berbeza-beza di kalangan mereka...namun pendapat di Malaysia yang digunapakai adalah 2 marhalah iaitu kira-kira 83km~


Kata Protaz Hafiz Firdaus:



Tiada sesiapa yang berhak untuk meletakkan batasan tentang jauh jarak perjalanan
yang diperbolehkan seseorang itu bersembahyang qasar kecuali Allah 'Azza wa
Jalla dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata Allah Subhanahu wa
Ta'ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak meletakkan batasan
jarak tersebut maka ianya bergantung kepada kebiasaan lingkungan perjalanan
harian seseorang individu.





Syaikh Abu Ubaidah Masyhur berkata:
Pendapat yang shahih menurut para ulama’ yang sangat teliti bahawa jika menurut adat kebiasaan seseorang satu jarak tertentu sudah boleh dianggap melakukan safar, maka dia dianggap telah boleh mengerjakan jamak mahupun qasar. Ini lebih sesuai dengan slogan Islam yang selalu memberikan kemudahan kepada umatnya. Ini adalah kerana dengan meletakkan had batasan seperti hanya boleh mengqasarkan sembahyang selama tiga hari atau batasan-batasan lainnya, boleh mengakibatkan musnahnya kemudahan yang diberikan syari’at Islam.
[Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 420-421]


Dari mana datangnya '2 marhalah'?

Dalil yang dijadikan sandaran berkaitan dengan jarak 2 marhalah sebagai batasan yang diperbolehkan untuk mengqasarkan sembahyang adalah sebuah hadis yang dha’if (lemah) diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.”

Berkata Imam al-Syaukani rahimahullah:
Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yang meriwayatkan hadis ini) terdapat Abdul Wahhab bin Mujahid bin Jubair, dia adalah matruk (tertolak).

Imam al-Nawawi juga menyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya (iaitu dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Isma’il bin Iyash dan dia adalah dha’if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul Wahhab tersebut adalah orang Hijaz. Yang benar, hadis ini adalah mauquf (terhenti) pada Ibnu ‘Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Syafi’i darinya dengan sanad yang shahih.
[Imam Muhammad al-Syaukani, Nailul Authar, jld. 3, ms. 481.]


Mahu baca e-booknya? Sila sila ke
sini:)

Ok, cukup dulu sampai di sini... Bos dah pesan jangan panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca=p
Jika masih ada kemusykilan, silalah tanya ya...
BAIK- yaaaaaay boleh jamak kalau nak pergi Bandung....! lalaalala~

p/s: Selamat beramal:) (selalu p/s kecil, gatal nak besarkan hehe=) )



Wallahua'lam....



Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^