Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya |
Hadith :
|
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam,dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
Ibn Mas'ud r.a
Huraian
i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.
ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.
iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.
iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.
reference : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=111 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
|
Kemanisan iman?
“Akan merasakan kelezatan/kemanisan iman, orang yang ridha kepada Allah sebagai Rabbnya dan Islam sebagai agamanya serta (nabi) Muhammad sebagai rasulnya”[1].
Falsafah 'Idul Fitry
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا : إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصِيَامِهِ . ()( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ ) Daripada Abi Hurairah RA katanya : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman : Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan : Ketika berbuka, dia bergembira kerana berbukanya, dan ketika menemui Tuhannya, dia bergembira kerana puasanya. (Muttafaq ‘Alaih).
7. Allah SWT lebih menyukai amalan yang berkekalan (istiqamah) walaupun ia dilakukan dalam bilangan yang sedikit. Aisyah RA berkata : Rasul SAW ditanya : ( أَيُّ العَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ ؟ ) : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Lalu baginda bersabda : ( أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ ) : Amalan yang berkekalan walaupun sedikit. ( HR Muslim ). Jadi maksud ( شَوَّالُ ) : peningkatan disini ialah kita mestilah kekalkan setiap amalan baik dalam Ramadhan seperti puasa, qiyamullail, tilawah Al-Quran, bersedekah, ihdan kepada ibu bapa dan jiran tetangga dan lain-lain dalam bulan Syawwal dan seterusnya. Jadi Islam sebenarnya lebih mementingkan “ konsistensi “ dan bukan “ kuantiti “. Dan inilah sebabnya mengapa hari pertama yakni 1hb Syawwal dipanggil dengan ( عِيْدُ الفِطْرِي ) : Kembali kepada fitrah sebagaimana yang dijelaskan diatas. Saya harap para pembaca artikel ini dapat merenung maksud tersirat dari setiap istilah agama diatas. Semoga pegangan agama kita akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang. Oleh sebab itulah Rasululllah SAW bersabda :
( مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ )
Siapa yang Allah menginginkan agar dia menjadi orang baik, nescaya Allah dorong dia memahami tentang selok belok agamanya ( HR Muslim ).
Itu jugalah sebabnya Salaf Soleh berkata ( لَا عِبَادَةَ بِلَا تَفَقُّهٍ ) : Tiada berguna ibadat tanpa kefahaman.
-sumber: Akaun facebook Dr. Abdullah Yassin
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Jangan Cemari Ramadhan Dengan Hadis Palsu
Jangan Cemari Ramadhan Dengan Hadis Palsu
Maka beruntunglah orang-orang asing...ghurabaa
Orang awam tak perlu belajar ilmu hadith???
Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan[ala2 blog PKPMI:P]
Diharapkan semua sihat sejahtera dalam menjalani liku-liku kehidupan, tak kiralah di mana jua anda berada^_^
Kepada yang sudah berada di Malaysia, selamat bercuti, semoga masa yang singkat dapat diisi dengan sebaiknya.
Buat yang masih berjuang di sini, teruskan perjuangan!!!
Dan akhir sekali buat yang sudah pulang dari bercuti, selamat kembali ke bumi Bandung^_~
Hmm... hari ni kita nak kongsikan mengapa kita harus mengetahui sedikit sebanyak tentang ilmu tentang hadith. Benarkah ilmu hadith tidak perlu dipelajari oleh orang awam? Jom kita terjah!!!
~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~
***SOALAN***
Apakah kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya?
***JAWAPAN***
Ya, memang terdapat beberapa kelebihan, di antaranya:
Pertama:
Rasulullah SAW telah mendoakan secara khusus kepada mereka yang mempelajari hadis baginda SAW dengan sabdanya:
Maksudnya: Semoga ALLAH memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaku lalu menghafaznya sehingga dia menyampaikannya kepada orang lain[1].
Kedua:
al Syafie pernah menyebut:
Kamu semua hendaklah mendampingi orang-orang yang mempelajari hadis. Sesungguhnya mereka ialah orang yang paling tepat amalannya dalam kalangan manusia[2].
Ketiga:
Menurut salah seorang pengkaji hadis pada masa ini, Abd. Salam Allush:
Tidak ada ilmu yang lebih bermanfaat - selain berkaitan Al Quran - daripada mempelajari hadis. Sesungguhnya di dalam hadis itu terdapat tauhid, asas-asasnya, sifat-sifat ALLAH dan jenis-jenisnya, nama-nama ALLAH dan maknanya, jawapan terhadap dakwaan para mulhid (atheis), kisah-kisah umat terdahulu, cerita orang-orang zuhud, peringatan daripada para Nabi terdahulu, mukjizat bagi ahli bahasa, sumber bagi ahli fiqh, peristiwa-peristiwa dan peperangan Baginda, hukum-hakam yang Baginda SAW putuskan, maklumat tentang isteri-isterinya, anak-anaknya, keluarganya dan para sahabatnya, kisah hidup mereka (para sahabat), kelebihan-kelebihan mereka, umur mereka, keturunan mereka, keadaan serta kata-kata mereka, mazhab dan fatwa-fatwa mereka[3].
Keempat:
Mempelajari serba sedikit tentang ilmu pengkajian hadis dapat membantu seseorang untuk membezakan di antara hadis-hadis yang sahih daripada yang palsu.
Kelima:
Menurut Mohd Asri B. Zainul Abidin:
Mengetahui sedikit sebanyak disiplin ilmu hadith membantu kita mendekati dan memahami hadith. Orang awam juga sangat penting mendekati ilmu ini. Sesetengah golongan yang menyandarkan diri kepada agama kadang-kadang tidak bertanggungjawab terhadap hadith-hadith Nabi SAW. Kadangkala mereka membaca hadith yang palsu, atau membuat huraian yang salah terhadap hadith. Orang awam yang tidak mempunyai asas-asas pengetahuan dalam ilmu hadith akan mudah percaya dan terpedaya. Jika mereka dibekalkan dengan ilmu hadith ini, mereka mungkin akan berfikir semula atas sesuatu perkara berkaitan hadith yang dinyatakan, atau mungkin boleh menyoal kembali kenyataan yang dibuat[4].
Keenam:
Mempelajari hadis akan menjadikan kita memahami bagaimana Al Quran ingin diterapkan dan diamalkan di dalam kehidupan. Seluruh kehidupan Rasulullah SAW adalah merupakan terjemahan serta huraian kepada isi kandungan Al Quran. Oleh itu mereka yang ingin menjadikan diri mereka sebagai golongan yang mempraktikkan isi Al Quran hendaklah mempelajari dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran[5].
Ketujuh:
Dengan mempelajari hadis, kita akan dapat mengetahui bagaimanakah Rasulullah SAW beribadah lalu kita dapat mencontohi Baginda SAW. Kita yakin bahawa ibadah yang dilakukan Baginda SAW itulah yang terbaik dan berpeluang untuk diterima di sisi ALLAH.
-----------------------------------
[1]Hadis Sahih riwayat Abu Daud (3660) dan imam-imam lain dengan lafaz yang sedikit berbeza.
[2]Al Adab al Syar’iyyah – Ibn Muflih – jilid 1 – muka surat 231 – cetakan kedua 1996 – Muassasah al Risalah, Lubnan.
[3]Ilm Zawaaid al Hadith – Abd. Salam Allush – muka surat 13 – cetakan 1995 – Dar Ibn Hazm, Lubnan.
[4]Pendahuluan buku Selangkah Ke Arah Mengenal Al-Sunnah terbitan Karya Bestari. Buku ini adalah panduan ringkas yang amat baik berkenaan asas-asas yang perlu diketahui tentang ilmu hadis.
[5]Hadis sahih riwayat Muslim (hadis no. 1773).
**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~
komen BAIK- Tiada ruginya kita seandainya kita berusaha untuk menambahkan ilmu hadith, sebaliknya kita akan mendapat manfaat yang banyak insyaAllah. Sekurang-kurangnya ambil tahu sedikit, jika tidak banyak tentang ilmu hadith sebagai bekalan buat diri kita :)
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan




