Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu...


 Assalamualaikum wbt...
Seperti kita sedia maklum, bulan Rabiul Awwal merupakan bulan kelahiran Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW... Walaupun terdapat khilaf tentang tarikh sebenar kelahiran baginda, kita sepakat bahawa baginda lahir pada hari Isnin, tahun Gajah dalam bulan Rabiul Awwal~

InsyaAllah di sini akan dikongsikan khutbah terakhir baginda saw, dan saat-saat kematian baginda, bersumberkan Al-Raheeq al-Makhtum, buku sirah nabi yang dikumpulkan oleh Syeikh Safi Al-Rahman al-Mubarakfuriyy, sebuah buku sirah yang diiktiraf sahih dan pernah mendapat anugerah sebagai buku sirah terbaik, kerana ia dikumpulkan daripada hadith2 sahih:)

Sebelum baginda saw wafat, Rasulullah saw banyak meninggalkan peringatan untuk kita, umatnya, sebagai panduan buat kita dalam kehidupan ini...Antara adalah khutbah semasa waji wida', mafhumnya:

"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu
berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini.
Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti
haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.

Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini,
darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah
mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran
dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga
supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu.

Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.
Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat
selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.

Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan zakat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.
Kamu semua akan ditanya esok mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab?
Maka kata mereka semua: Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan,
menunaikan dan menasihati kami".

Dengan mengangkat jari telunjuknya ke arah langit dan berkata ke hadapan orang ramai: Ya Allah Ya Tuhanku, Persaksikanlah. (sebanyak tiga kali.)

Adapun yang bertanggungjawab melaung dan menyampaikan ucapan Rasulullah kepada orang
ramai di padang Arafah ialah Rabi'ah bin Umaiyah bin Khalaf. Sebaik sahaja selesai Rasulullah menyampaikan ucapannya itu turunlah firman Allah yang yang bermaksud:
Di hari ini telah Ku sempurnakan hagi kamu agama kamu dan Kita lengkapkan ke atas kamu nikmatKu, dan Ku meredhai bagi kamu Islam sebagai Deen "(al-Maaidah: 3)

Semasa Umar mendengar firman Allah itu beliau terus menangis dan setelah ditanya, mengapa beliau menangis? Jawab beliau: "Kerana selepas kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan"

Kemudian, pada hari kesepuluh Zulhijjah, baginda mengulangi beberapa perkara yang diucapkannya kelmarin, lalu berkatalah baginda:

"Sesungguhnya masa sudah pun beredar ke paksinya yang asal menepati dengan putaran di hari penciptaan langit dan bumi: Setahun dua belas bulan, empat darinya bulan haram, tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. manakala sebulan lagi ialah bulan Rejab Mudhar. Yang berada di antara Jamadilakhir dan Syaaban "
Sabdanya lagi: Ini bulan apa ? Jawab kami: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui,
Rasulullah (s.a.w) pun berdiam seketika, hinggalah kami menyangka Baginda akan
menamakannya dengan satu nama lain. Tidaklah, ini bulan Zulhijjah? Jawab kami: Bahkan.
Tanya Baginda lagi: Negeri ini, negeri apa? Jawab kami: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Sabda Baginda: Tidakkah, negeri ini dikenali sebagai "al-Baldah" ? Kata kami semua: Bahkan.
Tanya Baginda lagi. Kita ini di hari apa? Kata kami; Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Baginda berdiam sejurus hingga kami menyangka Baginda akan menukar kepada nama baru.
Kemudian sabda Baginda: Tidakkah hari ini hari al-Nahr hari sembelihan qurban?. Jawab kami: Bahkan. 

Seterusnya Baginda bersabda:
Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram di atas kamu sekalian,
sama seperti haramnya hari kamu ini, di bumi kamu ini dan di bulan kamu ini. "Dan kamu akan menemui Tuhan kamu di mana Tuhan kamu akan menyoal kamu mengenai kerja-kerja kamu, beringatlah supaya jangan sekali-kali kamu menjadi sesat selepas pemergian ku nanti di mana sebahagian kamu berbunuhan sesama sendiri"

Tidakkah telah ku sampaikan? Jawab mereka: Ya!. Kata Rasululah (s.a.w): Ya Allah Ya
Tuhanku persaksikanlah, hendaklah yang hadir di antara kamu ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Kerana boleh jadi yang menyampaikan itu lebih menyedari dari si pendengar"

Kewafatan baginda

Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w)
bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat
anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara
dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan
Baginda. 

Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan
memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah
(s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak
(sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya kerassedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". 

Dalam satu riwayat
lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di
hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air
ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" al-Hadith.

Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat
tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan
gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah
(s.a.w) seperti berikut :

"Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin,
syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah
daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.
Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun
ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. 

"Sesungguhnya kita ini
bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".

Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas
(12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga
(63) tahun dan empat (4) hari.

 Kisah kewafatan baginda, di mana baginda mengatakan "ummati... ummati" sebelum wafat, sungguhpun masyhur, namun tidak diketahui asal-usulnya. Sungguhpun ia dikatakan diriwayatkan dari ibnu Mas'ud, namun tidak disebutkan siapa yang menjumpai hadith ini, jika benar ia sebuah hadith. Berhati-hatilah kita akan setiap perkara yang kita jumpa atau lihat, bukan apa, sekadar bimbang kita telah berdusta atas nama nabi saw...


Mengenang kembali Rasulullah saw, kita pasti merasa sedih akan kewafatan baginda walaupun tidak pernah sesekali kita melihatnya... disebabkan wahyu telah terputus dan tiada lagi Rasul akan diturunkan lagi... Setelah itu, yang menjadi petunjuk bagi kita hanyalah al-Quran dan as-sunnah, seteguh mana kita berpegang padanya, seteguh itulah kita...

Ingatlah kata-kata Rasulullah saw kepada kita:
"Aku rindu bertemu dengan ikhwan-ikhwanku, iaitu orang yang beriman kepadaku namun tidak pernah melihatku"HR. Ahmad




Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^