B.A.I.K.

ANDA TANYA, KAMI JAWAB...

Mari mari cepat beli^_^

 Assalamualaikum wbt~

Apa khabar semua? Apa khabar iman dan amal?
Harap-harap semuanya sihat walafiat^_~
Pasti sekarang ramai yang sibuk 'study' untuk exam yang bakal 'menyerang' kita...
Selamat menghadapi peperiksaan buat semua, moga Allah permudahkan segala urusan kalian..

Hmm..Untuk yang 'jump' ke sini dari facebook, mungkin sudah tahu tujuan iklan ini...
Namun bagi yang direct ke sini tanpa 'perantara', pasti tertanya-tanya apa yang nak dijual, apa yang nak dibeli?

 Haa..Untuk makluman semua, BAIK akan memulakan penjualan t-shirt khas untuk muslimin dan muslimat di UNPAD...


Design t-shirt yang akan dijual adalah seperti berikut:
(click untuk besarkan)

untuk muslimin:







untuk muslimat:



Cantik kan?
Harganya pun berpatutan...
Harga t-shirt:
Muslimin: 33-38rbu rp
Muslimat: 38-40rbu rp
(Harga tertakluk kepada permintaan, jadi promotelah pada kawan-kawan anda!hehe~)

Apa lagi... tempah la sekarang! ^_^
Tempahan dan sebarang persoalan boleh diajukan kepada:
Muslimin: Anuar twp08- 087821502271
Muslimat: Illyyinna fk08- 081931377106

jom beli baju baru!
=)


Wassalamualaikum~

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Apa itu zuhud?

Assalamualaikum~
Sudah lama tidak berkongsi di blog BAIK. Alhamdulillah dah selesai peperiksaan buat Angkatan 2008...

InsyaAllah hari ini kita akan berkongsi tentang zuhud.

Apa itu zuhud?
Zuhud itu adalah suatu perbuatan yang akan menjadikan kita dicintai Allah DAN juga manusia.

Dari Abul ‘Abbas, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi radhiallahu ‘anhu, ia berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ، دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ اَحَبَّنِيَ اللهُ وَ اَحَبَّنِيَ النَّاسُ فَقَالَ : – اِزْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ ، وَازْهَدْ فِيْمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاسُ-

حَدِيْثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه وَ غَيْرُهُ بِاَسَانِيْدَ حَسَنَةٍ


“Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang jika aku mengerjakannya, maka aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia’. Beliau lantas bersabda:
Zuhudlah terhadap dunia, niscaya Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pula terhadap apa yang ada pada manusia, niscaya manusia mencintaimu’.
[Hadits Hasan. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan selainnya dengan sanad hasan]

Apa maksud hadith di atas?
Bagaimana maksudnya zuhud pada dunia dan apa pula bezanya dengan zuhud dengan apa yang ada pada manusia?


Jom kita terjah pengajaran daripada hadith ini~

Pertama
Sahabat Rasulullah saw sangat tamak dalam melakukan setiap kebaikan, mereka adalah manusia yang terdepan dalam melaksanakan kebaikan daripada yang lainnya. Mereka (para sahabat) betul-betul ingin mengetahui suatu amalan yang dapat menyebabkan mereka mendapat kecintaan Allah dan kecintaan manusia. Oleh karena itu, mereka menanyakan hal ini pada Rasulullah saw.

Kedua
Sabda Nabi saw “Zuhudlah terhadap dunia, niscaya Allah akan mencintaimu” menunjukkan bahawa kecintaan Allah diperoleh dengan seseorang zuhud terhadap dunia. Definisi yang paling bagus, ‘zuhud terhadap dunia’ adalah seseorang meninggalkan sesuatu yang dapat melalaikannya dari mengingat Allah. Definisi ini sebagaimana dinukil dari Al Hafizh Ibnu Rojab ketika beliau menjelaskan hadits ini dalam Jami’ul ‘Ulum wal Hikam (2/186) dari Abu Sulaiman Ad Daaroniy.
Beliau mengatakan,
“Para ‘alim ulama di Iraq berselisih pendapat mengenai pengertian zuhud. Di antara mereka ada yang mengatakan bahwa zuhud adalah menjauhi dari manusia. Ada pula yang mengatakan bahwa zuhud adalah meninggalkan berbagai nafsu syahwat. Ada juga yang mengatakan bahwa zuhud adalah meninggalkan diri dari kekenyangan. Semua definisi ini memiliki maksud yang sama.”
Kemudian Ad Daaroniy mengatakan bahwa beliau cenderung berpendapat bahwa zuhud adalah meninggalkan sesuatu yang dapat melalaikan dari mengingat Allah ‘azza wa jalla. Definisi beliau ini sangatlah bagus kerana definisi yang beliau ajukan telah mencakup makna dan macam-macam zuhud.

Ketiga
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Zuhudlah pula terhadap apa yang ada pada manusia, niscaya manusia mencintaimu”. Manusia dikenal begitu tamak terhadap harta dan berbagai kesenangan di kehidupan dunia. Kebanyakan manusia sangat kikir untuk mengeluarkan hartanya dan enggan untuk berderma. Padahal Allah Ta’ala berfirman,
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْراً لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta’atlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu . Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. At Taghaabun: 16)
Seharusnya seseorang tidak terkagum-kagum dengan orang yang sangat tamak terhadap dunia dan menampakkan padanya. Jika seseorang merasa cukup dengan apa yang ada pada manusia, dia akan memperoleh kecintaan mereka dan manusia pun akan mencintainya. Jika sudah demikian, maka dia akan selamat dari keburukan mereka.

Empat
Beberapa faedah berharga dari hadits di atas:
1. Para sahabat sangat bersemangat melakukan sesuatu yang dapat mendatangkan kecintaan Allah dan manusia.
2. Dalam hadits di atas terdapat dalil adanya sifat mahabbah (kecintaan) bagi Allah ‘azza wa jalla.
3. Sesungguhnya kebaikan bagi hamba adalah jika Allah mencintainya.
4. Untuk memperoleh kecintaan Allah dengan zuhud pada dunia.
5. Sesungguhnya jika seseorang zuhud terhadap apa yang ada pada manusia, maka itu merupakan sebab baginya untuk mendapatkan kecintaan mereka. Dengan zuhud seperti ini akan membuatnya memperoleh kebaikan dan selamat dari berbagai keburukan manusia. 

Sumber: Penjelasan Hadits 31 Al Arba’in An Nawawiyah, oleh Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad Al Badr dalam Fathu Qowil Matin
Diedit dari: Memiliki sifat zuhud Muhammad Abduh Tuasikal
life is short... make the most of it!

Sememangnya, untuk mencapai hakikat zuhud itu memerlukan mujahadah yang berterusan!
Tepuk dada, tanyalah iman. Sejauh mana usaha kita? Hanya kita yang mampu menjawabnya...

Sedikit tambahan:
“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka (balasan) atas pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan”
(Q.S. Hud:15).


  (Q.S Al-Hadid : 20)

Hidup ini hanya sementara, 
jadilah kita seperti pengembara,
mengumpul amal tak kira masa,
buat bekalan di akhirat sana,
moga akhirnya sampai ke syurga,
berbahagialah kita di sisi Pencipta~

:)

 Wallahua'lam, moga ada manfaat buat yang membaca~

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ulasan sekitar SSN TOUR 2009

Assalamualaikum~

Seperti yang rakan-rakan di UNPAD sedia maklum, BAIK telah menganjurkan Sifat Solat Nabi Tour yang berlangsung di kosan-kosan iaitu di Sukawening, Cikuda, Alpina dan diakhiri dengan Mulana. Berikut merupakan sesetengah daripada maklum balas yang kami terima berkenaan program yang telah dijalankan.

Semoga bermanfaat buat semua!

Soalan :

1. Kenapa tak boleh gabungkan bacaan iftitah yang pelbagai tu jadi satu bacaan semasa rakaat pertama? Saya ambil doa-doa yang kesemuanya sahih, pernah nabi baca. Jadi tak salah la kalau kita gabungkan bacaan itu kan? Nabi itu nabi, dah tentu masuk syurga. Kita ni lain, banyak dosa, jadi kenalah beramal lebih sikit dari nabi. Gabungkan bacaan tu dapatlah lebih sikit kan. Tak boleh?

2. Banyak perbezaan yang kita tengok setelah belajar dan mengetahu tentang cara dan sifat solat Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, kenapa dan bagaimana boleh wujudnya perbezaan dari segi tatacara solat ini?

3. Masih berkenaan soalan kedua, pada pendapat saya, perbezaan pendapat dan tatacara solat sekarang ini adalah kerana perbezaan cara faham dan cara buat oleh para sahabat nabi. Jadi saya fikir, semua yang kita buat ini dah betul. Cara solat kita semuanya dah betul dah. Kan?

Jawapan :

1. Sebelum kita mengupas soalan-soalan yang dikemukakan, eloklah kita mengulang kembali kepercayaan@aqidah kita terhadap dua kalimah syahadah.
ASYHADU ALLA ILA HA ILALLAH,
WAASYHADU ANNA MUHAMMADARRASULULLAH.
Aku bersaksi TIADA tuhan yang disembah MELAINKAN Allah,
Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu PESURUH/WAKIL/UTUSAN DARI ALLAH

Jadi kita telah meyakini bahawa yang berhak mendapat sembahan dan segala perhatian HANYALAH Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah contoh ‘manusia’ terbaik yang diutuskan untuk ditiru dan diambil segala ilmu dalam beribadah atau MENYEMBAH tuhan. Kerana hanya Nabi yang mempunyai autoriti tentang segala bentuk sembahan dan peribadatan. Beliau sahaja yang ‘dikhabarkan’ oleh tuhan tentang apa yang menatijahkan pahala, apa pula yang sebaliknya. Sepakat!

Jadi, apabila timbul isu ---“Nabi itu nabi, dah tentu masuk syurga. Kita ni lain, banyak dosa, jadi kenalah beramal lebih sikit dari nabi. Gabungkan bacaan tu dapatlah lebih sikit kan.” Kita telah beranggapan bahawa Allah mengutus calon yang salah untuk ditiru.

Yang kedua, kita telah bersangka-sangka dengan fikiran sendiri tentang cara ‘sembahan’ kepada Tuhan. Kita bersangka perkara itu dan ini lebih membuahkan lebih banyak pahala berbanding yang biasa. Kita bersangka ‘result’ itu benar semata-mata kerana ‘equation 1’ dan ‘equation 2’ itu benar. Kita bersangka.

Jawapannya, dijawab dengan persoalan pertama. Siapakah yang mampu menjamin perkara yang kita buat itu menghasilkan lebih banyak pahala dari apa yang dicontohkan nabi? Persoalan kedua, siapakah kita yang mampu untuk menentukan perbuatan apa yang menghasilkan pahala dan perbuatan apa yang sebaliknya?

Jadi, pada pendapat saya, jawapannya BOLEH untuk menggabungkan, tetapi jangan menyangka perbuatan gabungan kita itu lebih baik dari apa yang dicontohkan. Termasuk, jangan sangka perbuatan itu ada pahala! Pekerja makan gaji tak layak untuk menentukan ‘overtime’nya dapat bonus. tukang bagi bonus/bos sahajalah yang berhak menentukan. Terpulanglah, fikir-fikirkan.

2. Perbezaan wujud kerana segelintir manusia menyampaikan ilmu turun-temurun dengan tidak berdisiplin. Disiplin ilmu tidak dijaga, akibatnya ilmu yang disampaikan diikut dengan membabi buta. ‘Kisah Benar’ disampai tanpa bukti, ‘Hukum Tuhan’ ditulis tanpa saksi, ‘Amal Ibadah’ diajar tanpa teliti. Jadi pelajar yang lahir buta hujah, menyampaikan pula dengan gayanya. Apabila sampai ke zaman cucu cicitnya, MAKIN JAUH MEREKA DARI SUMBER ASALNYA.

3. Sebelum menjawab pertanyaan ini, marilah kita sepakat bahawa perbezaan pendapat dan tatacara ini berbeza kerana kita perolehi dari sumber yang berbeza. Ada antara sahabat ataupun pendakwah yang terkemudian, (termasuk pedagang-pedagang arab yang datang ke tanah melayu suatu ketika dahulu) yang memahami ilmu nabi dengan sesuatu cara, dibuat dan ditirunya sedaya upaya, namun berbeza kerana latar belakangnya berbeza.

Sebagai contoh, alquran walaupun sumbernya satu, di baca dengan pelbagai gaya dan lenggok, oleh kerana sesuatu bangsa atau kaum tertentu sudah terbiasa dengan lenggok dan gaya sebegitu. WALAUPUN MEREKA SUDAH SEDAYA UPAYA MENIRU IBADAH YANG NABI CONTOHKAN, hanya itu yang mereka mampu buat. (Itu akan dibalas Allah insyaAllah) Jadi lapisan manusia berikutnya akan meniru gaya atau cara atasannya. Yang mana jika disiplin ilmu tidak dijaga, iaitu berterus terang dengan mengatakan
“Aku tidak mampu buat begitu, tetapi nabi dulu ajar begini”

Maka lapisan manusia di bawahnya akan menuruti cara dan gaya atasan mereka yang sudah sedaya upaya meniru nabi tadi (sila ambil perhatian – perkara berikut sudah berubah dari bentuk asal) namun difahami oleh orang bawahan, “Inilah yang diajarkan oleh guru kami sepertimana dicontohkan nabi”.

Jika ada 5 orang sahaja yang begitu, bayangkan betapa banyak pecahan perbezaan pendapat dan tatacara solat yang boleh kita perolehi?

Berbalik kepada soalan, juga dijawab dengan persoalan, kenapa kita tidak mahu berubah dan mahu tetap dengan cara turunan padahal kita boleh kembali ke sumber asal? YA, MEMANG BENAR cara solat manusia selepas nabi dan sahabat boleh berbeza seribu satu cara, namun kenapa kita mahu berpegang pada yang berbeza? Kenapa tidak kembali kepada sumber aslinya?

Tiada yang betul, tiada yang salah. Fikir-fikirkanlah….


Wallahua’lam,
-Dr.radzi-


p/s: Sebarang masukan, bangkangan atau tambahan boleh dikomen DENGAN BERAKHLAK disini atau di drrazi.wordpress. atau boleh dihantar ke email BAIK atau email saya sendiri. (asuare_razi@yahoo.com)

Muharram- antara fadhilat dan kepalsuan



Bulan Muharram merupakan bermulanya tahun baru didalam kalendar Islam. Artikel lalu telah membicarakan mengenai beberapa kelemahan fakta apabila membicarakan mengenai peristiwa hijrah Nabi :saw. Kelemahan-kelemahan ini adalah disebabkan oleh beberapa kitab-kitab sirah yang mengambil cerita berdasarkan kepada hadith-hadith dhaef.

Masyarakat kita telah didedahkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dengan upacara membaca do'a akhir dan awal tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si-penerima do'a ini bahawa : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun." dan juga "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".

Komentar kami adalah bahawa do'a ini tidak datang dari Nabi :saw, dan haram kita menyandarkan do'a kepada kepada Rasulullah :saw, kerana do'a ini tidak terdapat didalam mana-mana kitab sunnah. Mungkin persoalan yang timbul adalah : kepada siapa pula syaitan ini berjanji? Kami mengandaikan bahawa ini merupakan harapan dan cita-cita si-penulis do'a ini, mengambarkan seolah-olah syaitan telah berjanji dengan dia.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.

Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara', tidak berbunga-bunga atau keterlaluan, maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. Kebanyakkan kita banyak menerima e-mail yang menceritakan mengenai fadhilat hari Asyura'. Diantara fadhilat-fadhilatnya adalah :-

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
4. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5 Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
7. Bercelak. Fadhilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu
8. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
9. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
10. Membaca - "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
12. Puasa - Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Jika diberi penilaian kepada amalan diatas, hanya satu amalan sahaja yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu berpuasa. Akan tetapi, fadhilatnya yang menjanjikan ganjaran 1,000 kali haji adalah DUSTA! Fadhilat berpuasa terdapat didalam riwayat Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Punca-punca fadhilat amalan-amalan hari Asyura' kebanyakkannya berunsurkan hadith-hadith yang sangat lemah dan palsu. Tidak cukupkah fadhilat berpuasa yang menghapuskan dosa kita yang lalu? Fadhilat mana yang lebih baik dari fadhilat Allah mengampuni dosa-dosa hambanya?

Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-

أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل.
وأمثل ما فيها: "من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته"، قال الإمام أحمد: لا يصح هذا الحديث.
"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura', berhias, meluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : "Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun." [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, ms 144].

Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-masing. Kaedah penyebaran semakin moden, akan tetapi nilai-nilai ilmiyyah masih lagi di takuk lama. Kita masih lagi dihanyutkan dengan fadhilat bubur Asyura'.

Semua umat Islam harus menyahut seruan meneliti kesahihan sesuatu berita sebelum menyebar atau mengamalkannya. Jika kita lihat perkembangan kitab-kitab berbahasa Arab, walaupun judul dan pengarangnya merupakan sarjana-sarjana dahulu, akan tetapi kitab-kitab tersebut telah dinilai semula (tahqiq) dan pelbagai percetakan. Hadith-hadith yang terdapat didalam kitab-kitab tersebut telah di takhrij dan diberikan statusnya. Inilah kekuatan kesarjanaan Islam, saling memperkukuhkan diantara satu sama yang lain, dari zaman ke zaman.

Ayoh kawan-kawan sekalian, kita didik bangsa dan keturunan kita dengan ilmu-ilmu Islam yang tulen. Kita bukan sahaja memberi mereka makan makanan yang halal dan baik, kita juga memberikan rohani mereka makanan dari ilmu-ilmu Islam yang tulen, yang jauh dari kepalsuan. Jauhilah jiwa-jiwa mereka dari menghayati cerita-cerita yang tidak tidak ada sandaran. Persoalannya : apakah tahun hadapan kita masih lagi menjadi perawi digital kisah-kisah dusta ini??

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K