Sunnah-Sunnah Di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum~ jom tengok apa amalan yang digalakkan di bulan Zulhijjah :-)


a) Berpuasa di hari Arafah/9 Zulhijjah:
عَن بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ
“ Beberapa isteri nabi s.a.w berkata: Nabi s.a.w sering berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan, Isnin awal setiap bulan dan hari Khamis [Sunan Abi Daud: 2085, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ….، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ….. Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa Arafah, aku berharap agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya [Sahih Muslim:1983]

b) Menyembelih korban
 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا
“ Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah:3122, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan]

c) Membanyakkan amal ibadah pada sepuluh hari pertama Zulhijjah
 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ ” فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
“ Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh pada hari itu lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari (awal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Baginda s.a.w menjawab: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan jika seorang lelaki itu keluar dengan nyawa dan hartanya, dan dia tidak pulah (terbunuh). [Sunan at-Tirmizi: 687, Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih Gharib]

d) Melakukan solat hari raya di Musolla/tanah lapang عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : ” خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى Daripada Abu Sa;id al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w keluar ke musolla/tanah lapang pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri [Sahih al-Bukhari: 296]

e) Membanyakkan takbir bermula pada satu Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ . Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah shalat sunnah. [Dikeluarkan oleh Bukhari tanpa sanad (mu’allaq), pada Bab “Keutamaan beramal di hari tasyriq”]

Takbir terbahagi kepada dua.

Takbir Mutlaq-bermula pada awal Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Dalilnya di atas.

Takbir Muqayyad- takbir yang dilaungkan selepas solat fardhu. Ia dilakukan bermula pada Subuh 9 Zulhijjah, dan berakhir pada selepas Asar 13 Zulhijjah. Dalilnya ialah:

Daripada Ali bin Abi Thalib radiallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah solat Subuh pada 9 Zulhijjah sampai Asar 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. [Musannaf Ibn Abi Syaibah & Al-Baihaqi. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

f) Tidak Makan Sebelum Solat Raya

 عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ
“ Daripada Ibn Buraidah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya) kecuali sehingga telah makan, dan baginda s.a.w tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya).
[Sunan Ibn Majah: 1746, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih]

sumber: Dr Abu Anas Madani Abd Basit

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^