Nak berdakwah perlu IQ tinggi ??

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K




Kenapa pulak kene ada IQ tinggi  untuk berdakwah ? Jadi kalau saye punye IQ rendah atau biase2 je macam mane ?  Kene jadi macam Albert Einstein tu ke ? Hahaha... jap2, persoalannya, ape IQ yg dikecoh-kecohkan nih ?



Jadi, IQ yang ingin saya kongsikan bukanlah Intelligance Quotient tu, tetapi adalah "Iradah Qowiyah" yang bermaksud kemahuan yang tinggi....



Setiap manusia mempunyai kemahuannya tersendiri, namun, apa yang membezakan sama ada kemahuannya dapat dipenuhi atau terlaksana adalah dari usaha untuk memenuhi kemahuan tersebut. Sebagai contoh, seorang student yang nak score dalam exam die, dah tentu dia akan berhabis-habisan, study siang malam, baca lecture notes atau handout2 dalam bilik, tak kluar2 sampai tak mandi tak tidur semata-mata untuk mencapai target atau kemahuannya iaitu untuk mendapat nilai yang baik dalam exam. Jadi, macam mana dengan tugas dakwah kita ? Apakah kita rasa berkobar-kobar dan semangat macam student yg nak score tadi dalam tugas dakwah ? atau ade kemahuan lain yang lagi patut kita semangat utk buat ? 



Disini, saya nak berkongsi beberapa tips dalam meningkatkan Iradah Qowiyah dalam tugas dakwah kita..



Salah satu tips adalah  Izzah dengan Islam
Sejauh mana kita berasa bangga dengan Islam ? Atau kita lebih tertarik dgn budaya2 asing yg semakin berleluasa di luar sana ? Macam mana nak tunjukkan Islam itu best klau kita pon x btol2 amalkan Islam ? Analogi yg mudah adalah, contohnya, ada satu jenis kuih yang sangat sedap di daerah Jatinangor, kita selalu beli setiap petang sampai orang lain pon tertanya2 sedap sangat ke kuih tu ? Apa yang kita akan buat ? Mesti kita cakap "Eh, try la kiuh nih, sedaaap, saya tak mampu nak jelaskan dengan kata-kata, awak makan baru tahu rasa die macam mana !!" secara tak langsung, orang yang tanya tadi pon mula timbul perasaan untuk merasa dan akhirnya makan jugak kiuh tu. Best kan ? Kita dapat share sesuatu yang kita rasa sedap atau yang mendatangkan kegembiraan kepada orang lain. Cuba bayangkan situasi yang sama, tapi kuih itu adalah Islam. Jadi, sebelum nak share kepada orang lain, kita kita kenelah mendalami, merasai dan mengapplykan Islam itu sendiri supaya kita sama-sama dapat share keindahan Islam itu tersendiri.



Inshaallah, tips ini dpt membakar Iradah Qowiyah  kita utk meneruskan tugas dakwah kita, jgn lupa, cara untuk berdakwah itu luas, dgn perlakuan dan akhlak kita pon boleh jadi salah cara untuk berdakwah, sama-sama kita bersemangat dan istiqomah dalam segala amalan kita. Renung-renungkan dan selamat beramal...



















CTRL + Q to Enable/Disable GoPhoto.it

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^