Istiqomah...bukan mudah, tetapi tidak mustahil

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

                                                                     
                                                                    



عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
[رواه مسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث   :
Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, saya berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah.
(Riwayat Muslim).

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1.     Iman kepada Allah ta’ala harus mendahului ketaatan.
2.     Amal shalih dapat menjaga keimanan
3.     Iman dan amal saleh keduanya harus dilaksanakan.
4.     Istiqomah merupakan derajat yang tinggi.
5.     Keinginan yang kuat dari para shahabat dalam menjaga agamanya dan merawat keimanannya.
6.     Perintah untuk istiqomah dalam tauhid dan ikhlas beribadah hanya kepada Allah semata hingga mati.

 (hadith Arba'in, Imam Nawawi)

~ Banyak kali kita pernah dengar tentang istiqomah nih, ramai selalu cakap, buatla sesuatu bende tu dengan istiqomah, apa itu Istiqomah ?? Berterusan ??
   Istiqomah adalah berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqomah:
  • Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  • Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  • Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  • Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  • Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
~ Itulah dia Istiqomah, untuk lebih senang paham, istiqomah ni macam kita mempunyai pendirian sendiri, sebagai contoh, kalau ade seseorang tu nak bekerja dan peroleh wang, dia perlulah istiqomah, maksudnye, tak bolehlah sekejap kerja jadi designer untuk bebrapa minggu, pastu stop, tuka keje, jadi driver pulak, pastu stop, jadi penjual burger pulak, sampai bila nak tukar keje. Jadi, itulah istiqomah, berpendirian dan berpegang teguh di jalan tersebut. Konsep ini sebenarnya sangat penting terutamanya dalam akidah. Kita perlu berpegang kepada yang benar, yakin dan jangan mudah rapuh dan goyah.
~ Jadi, beristiqomahlah dalam apa yang kita lakukan, semoga mendapat keberkatan dari-Nya




                                             







Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K


 Untuk saudaraku yang sedang bermandi darah, bertarung nyawa di sana, ku titipkan doa ini untuk mu.


"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka." - Doa Qunut Nazilah

" saudaraku, kami iringkan doa ini sentiasa buatmu agar tersungkur rebah musuh ALLAH dan hancur musnah segala perancangan mereka"

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Kekurangan Itu Kelebihan!

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??
BERSYUKUR!
ya, itulah yang seharusnya.
tapi...
bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).
saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"
Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
renung renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.
  
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.

nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."
 http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4528-kekurangan-itu-kelebihan.html

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam,dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
Ibn Mas'ud r.a




Huraian
i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.


reference : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=111 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^