Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K




 SALAM JUMAAT....


Dari Trolak pergi ke Kedah,
Melintas gajah di jalan mati;
Cantik akhlak dalamannya indah,
Terpamer di wajah sucinya hati.

Melintas gajah di jalan mati,
Habis padi tepi perigi;
Terpamer di wajah sucinya hati,
Bila peribadi indah terpuji



Insyallah hari jumaat yang mulia ni kita akan berdiskusi mengenai akhlak mulia…kita beriman dengan islam dan Islam adalah akhlak.


Perhatian berat Islam terhadap akhlak amatlah jelas. Kerana al-Quran menyebutkan akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak yang menjadi sifat-sifat orang mukmin.

Al-Quran menyebutkan sifat-sifat ini dengan cara memuji, menggesa dan menyeru agar
berperibadi dengan akhlak-akhlak tersebut. Al-Quran memuji Rasulullah s.a.w kerana akhlaknya yang tinggi:

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”. (Al-Qalam: 4)
Dalam hadis yang mulia disebutkan:
“Saya (rasul) diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. 

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a sewaktu beliau menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w,
beliau berkata:
“Akhlak Rasulullah ialah al-Quran”
Akhlak merupakan sebahagian daripada dakwah Islam. Amat tidak layak bagi KITA mengabaikan sesuatu yang dibawa oleh Islam.

. Adalah sia-sia jika kita hanya memperbaiki luaran manusia dan menuntut mereka supaya melakukan amal soleh.

Oleh yang demikian, segala sifat-sifat mulia yang dituntut oleh al-Quran termasuk dalam pengertian akhlak.

Sifat sabar, tetap pendirian, tabah, mulia diri, benar, menunaikan janji, tinggi
himmah, ikhlas dan sifat-sifat yang lain termasuk dalam akhlak yang tinggi dan mulia. 
Sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat tersebut seperti keluh kesah, hilang pertimbangan, raguragu, munafik, hina-dina, dusta, penipu, riak dan sifat-sifat keji yang lain dituntut agar ditinggalkan.




Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^