Brothers Without Borders


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu SALING MENGENAL. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Al-Hujurat,49:13)

Insya Allah, IMAN dan BAIK akan mengadakan program BROTHERS WITHOUT BORDERS (BWB), bertujuan untuk menyampaikan berita tentang saudara seakidah kita diseluruh dunia. Mari sama-sama kita memupuk sikap peduli di antara kita. Bersempena dengan program di atas, group Facebook BWB telah dilancarkan pada tanggal 14 Mei 2011 bagi menyampaikan lebih banyak informasi mengenai umat Islam di seluruh dunia. Anda semua dialu-alukan untuk meletakkan apa-apa info tentang umat Islam kini. 7 video menarik juga bakal ditayangkan. Nantikan!


GROUP FACEBOOK BWB: fb BWB
Group BWB ini akan terus aktif dari tanggal 14 Mei 2011 sehingga 27 Mei 2011

TALK oleh Ustaz Suherman dengan tajuk DUNIA ISLAM KINI juga akan diadakan pada:
TARIKH: 21 Mei 2011
HARI: Sabtu
TEMPAT: FK A.3.3

"Tidak Sempurna Iman Seseorang di Kalangan Kalian Sehingga ia mencintai Saudaranya Sebagaimana ia Mencintai Dirinya Sendiri"
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

KEEP ON UPDATING INFO & VIDEO ON FACEBOOK!!

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Antara Suka, Cinta & Couple

S: muslimah salam , bole tau x terangkan lebih lanjut, apa hukum b'couple dalam islam??? sbb sy ada dga couple dlm islam 2 haram . sila terangkan,

Terima kasih muslimah atas soalannya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Tiga istilah dalam tajuk di atas, 'Suka, Cinta & Couple' memang amat sinonim dengan remaja. Semasa remajalah benih-benih kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar. Sebagai seorang insan yang normal dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik untuk mempunyai perasaan dengan perempuan begitu juga sebaliknya. 

Jadi berbalik kepada soalan si penanya;

Berikan dulu apa yang dimaksudkan dengan couple itu.


Penghukuman halal, haram, makruh, sunat dan sebagainya bergantung kepada apa yang dibuat oleh couple itu. Penghukuman yang halal itu sangat jelas, dan yang haram juga sangat jelas.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan couple itu?
Contohnya:
DEFINISI 1:

Adakah maksud ''couple'' adalah ; ''aku suka dia, dia suka aku, so kami berpegang tangan, keluar tgk wayang, makan satu meja, bermessage i love you, you love me''?
ataupun;


DEFINISI 2:
''Ia hanya tautan hati/memendam rasa hati,aku minat dia, dia minat aku. Rasa ingin jadikan si dia sebagai isteri, dia pun rasa nak jadikan aku suami, skrg ni aku hanya berdoa agar kami dijodohkan, aku doa pd Allah agar dia jadi jodoh aku, dia pun doa pada Allah agar aku jadi jodoh dia, cuma sekarang aku dok simpan duit, cukup duit aku pi minang, selama aku couple ni aku tak ada keluar berdua-duaan tanpa mahram si wanita, tak pegang-pegang tangan, tak ada tengok wayang, tak ada bermessage2 yg tak perlu, pergaulan aku dgn dia masih sama mcm pergaulan aku dgn perempuan2 lain.''



DEFINISI 3 dan seterusnya;

definisi ''couple'' yg lain dari yg di ats..

Tiada yang pasti tentang hubungan di luar perkahwinan. Belanja makan ke, tengok wayang ke, jeling-jeling ke, walau tak pegang tangan atau tak pegang apa-apa, tiada yang pasti untuk memberikan penghukuman haram, makruh atau halal.

Yang pasti 100% tanpa syak wasangka, lepas saja berkahwin, segala apa yang dibuat untuk menyenangkan couple itu akan terus di'convert' menjadi kebaikan. Menjadi pahala buat kedua-duanya.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;...(Surah An-Nur, 31-32)
Apapun, jika definisi couple ialah berpacaran atau 'dating' di mana seorang lelaki akan membina hubungan dgn perempuan utk mengenal hati budinya dgn cara yg dikenali zaman sekarang sebagai teman wanita atau teman lelaki. 

Makanya, couple sebegini adalah ditegah oleh Islam. Ia adalah budaya Barat dan kita menyaksikan dgn mata kepala kita sendiri kerosakan yg sedang melanda negara Barat dan negara kita sekarang kerana gejala couple ni, termasuk di IPTA. 

Cinta yang fitrah dengan mudah boleh menjadi fitnah. Ia adalah dugaan yang sangat besar buat agama seseorang. Boleh jadi seseorang yang kuat agamanya, akan rebah saat jatuh cinta. Soal halal haram sudah tidak menjadi hirauan baginya asalkan dia mendapat gadis yang dicintai.
Malah, boleh jadi dia menjadikan agama atau apa sahaja kebaikan padanya untuk menambat hati wanita itu, sedangkan dia lupa segala kebaikan itu adalah daripada Allah semata-mata dan bukanlah miliknya.

Maka, apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Salahkah cinta sedangkan ianya adalah fitrah setiap manusia? Ianya tidak salah, namun kembalikanlah segalanya kepada Allah dan Islam.

Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhram kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. 


Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan cinta sebelum berumah tangga. Namun pada penulis itu bukanlah bercinta. Yang ada hanyalah cinta, kerana ber- itu sendiri menunjukkan kata kerja. 

Jika tiada perbezaan antara pergaulannya dengan wanita lain, maka tiadalah istilah bercinta itu ye dak? :)



Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Wanita



1) Menutup aurat.

Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);.. “(al-Ahzab:59).


Aurat wanita dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Asma’ RA:

“Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua telapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Aurat lelaki dengan wanita bukan mahram ialah daripada bahagian pusat sehinggalah ke lutut.

2) Menjaga pandangan.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …(31). (Surah an-Nur, 30-31).

Bukan semua pandangan diharamkan. Imam asy-Syarbini menerangkan: “Pandangan juga dibolehkan pada bahagian yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai syahwat dan aman daripada nafsu.” (Mughni al-Muhtaj)

3) Tidak berdua-duaan.

Ibn Abbas RA berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam khutbahnya: “Tidak boleh bagi seorang lelaki berkhalwat dengan wanita melainkan bersamanya mahram.” (Riwayat Muslim)


Sesetengah orang berfikir dan berandai, jika kita berada di tempat awam maka tak apa jika berdua-dua. Ada ramai orang di sekeliling. Namun adakah orang-orang yang berada di sekeliling itu akan menghiraukan mereka? Dan di mana pula mahramnya?

Perlu diingatkan bahawa, mahram yang menemani pula mestilah yang memahami hukum-hakam agama dan mampu menegur jika kita melakukan maksiat ketika bersama dengan mereka yang bukan mahram. Berapa ramai mahram yang membiarkan sahaja saudaranya melakukan maksiat!

4) Tidak melembut-lembutkan suara.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita,merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab :32)

Imam As-Suddi berkata : Larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat. (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177).

Ini semua termasuklah dalam bermanja-manja dengan bukan mahram, beroman-romantik, bergayut di telefon sambil meluah rasa cinta, ber ‘I love U’ dan ‘U love Me’, ‘I miss U, dan lain-lain lagi.

5) Tidak bersentuhan (tidak kira berlapik mahupun tidak).

Daripada Ma’qil bin Yasar ra, : “Bahawa ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik daripada memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya.” (Riwayat at-Thabrani, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:5045).
Bersentuhan ini termasuklah bersalaman, berpegangan tangan, bertepuk tampar dan lain-lain tidak kira berlapik mahupun tidak.

Akhirnya setelah tolak tambah darab bahagi, cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Justeru, kita perlu jaga sebaiknya hubungan kita dengan-Nya agar matlamat dan hala tujuan kehidupan kita sentiasa jelas dan terarah untuk pasti kembali kepada-Nya satu hari nanti.

Walau bagaimanapun, itu tak menidakkan cinta sesama insan malah itu fitrah yang ALLAH ciptakan kepada setiap insan yang dicipta-Nya. Seorang lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya dan disatukan sebagai suami isteri yang sah seterusnya melahirkan zuriat. Tetapi untuk merealisasikannya haruslah kena pada tempat, masa dan keadaan dengan petunjuk agama. Bukan ikut nafsu kita. Kita tak pula disuruh untuk mengunci nafsu tetapi mengawalnya dengan baik. 


Sesetengah orang mengatakan :
"Biasalah umur-umur macam ni, masing-masing tengah mencari. Rilekslah"
Tidak ada masalah untuk mencari selagi tidak melakukan apa-apa yang melanggar syarak.
Apabila batas yang sudah Allah tetapkan dilanggar secara terang-terangan, maka wajib ada muslim yang menegur dan memperbetul kesilapan tersebut.
Itulah namanya amar ma'ruf, nahi mungkar. Jadi bagaimana dengan iman kita seandainya tiada yang menegur, malah menyokong pula?


Nafsu diciptakan oleh ALLAH untuk insan. Namun haruslah dikawal menurut syariat. Hatta pertunangan pun, larangan dan hukum tetap sama selagi belum berkahwin. Andai tunang dilayan berbeza berbanding lelaki lain, ambillah iktibar dari hal ini kerana mereka belum sah menjadi pasangan kita.


Kesimpulannya, ketaqwaan kepada ALLAH dengan hidup berteraskan Al Quran dan As Sunnah perlu disuburkan dalam cinta sesama insan. Jangan melampau atau obses dalam cinta sesama insan sampai sanggup korbankan harga diri, masa depan dan hidup kita. Semoga kita mendapat cinta sejati iaitu cinta ALLAH akan kita, disamping cinta sesama insan. 

Jom kita amalkan doa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W :

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu akan cinta-Mu, cinta orang yang menyintai-Mu dan amalan yang membawaku kepada cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikan cintaku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin” Hadis Riwayat Tirmidzi, Hakim, Abu Nu’aim & Abu Qaani’ dari Abi Darda’ 

Indah sungguh kata-kata sang Nabi. Bagaimana cinta kita kepada Rasul junjungan sallallahu 'alaihi wasallam, insan yang paling bertaqwa kepada Allah azza wa jalla?


Pesan dari diri yang dhaif ini, lebih banyak hal dan urusan yang perlu disibukkan oleh kita. 
Jika sekalipun kita tidak mendapat orang yang kita kasihi sebagai suami/isteri, untuk apa dikesalkan? Cinta kepada manusia adalah salah satu kelazatan dunia yang pasti akan hilang. Dan ia boleh bertumbuh juga dengan kehendakNya. Janganlah menjadi hamba kepada cinta sehingga kita dibutakan olehnya. Yang benar tetap benar, yang salah itu kita tetap katakan sebagai salah. Jadilah adil, walaupun terhadap diri kita sendiri.


يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَآءِ للَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَلِدَيْنِ وَالاٌّقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً 
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa : 135)

Dalam tafsir Ibnu Kathir tentang ayat ini, beliau mengatakan "Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk membela kebenaran dan keadilan dan tidak menyimpang dari itu, sama ada ke kanan atau ke kiri. Mereka tidak perlu takut dipersalahkan oleh sesiapapun atau membenarkan orang untuk mencegah mereka dari melakukan sesuatu kerana Allah. Mereka juga harus mendapatkan bantuan, sokongan dan pertolongan antara satu sama lain demi Allah."

Peringatan juga buat penulis (pengedit) sendiri. 

Sentiasalah intropeksi diri kita, kerana itu lebih mendekati taqwa.


Wallahua'lam, sebarang soalan tambahan (tak puas hati dll) tentang hal ini bolehlah diajukan di bahagian komen ataupun diemailkan kepada BAIK di baik.kubi@gmail.com
Jika tidak mampu dijawab, insyaAllah akan disampaikan kepada yang mampu.




Allahua'lam
Wassalamualaikum

Diolah (dengan beberapa tambahan) dari:

Link 1
Link 2
Link 3

Bacaan tambahan:
Ustaz apa hukum bercouple?

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Surah Al-Falaq: Lindungilah Kami Ya Allah

Apabila subuh menjelma bermakna bermulalah hari seorang insan itu mencari kehidupannya di dunia ini. Para pekerja yang makan gaji bergerak berkenderaan ke tempat kerja. Para pelajar pula mula berjalan kaki, berbasikal atau menaiki bas ke sekolah mencari ilmu untuk masa depannya. Para petani dan pekebun akan keluar ke sawah dan kebun membanting tulang mencari sesuap nasi. Semuanya sibuk dengan rutin kehidupan masing-masing. 

Namun, sewaktu mula bergerak memulakan tugas masing-masing, terdetik di hati ini; risau, takut, dan hati-hati dengan apa yang bakal dihadapi sepanjang hari sebelum masing-masing beradu berehat dimalam hari. Bahkan di malam hari pula timbul perasaan lain; takut, seram dan sunyi dengan apa yang bakal terjadi ketika mereka tidur mati sehingga subuh berikutnya. 

Ketika bermulanya hari dengan waktu subuh, soal diri anda: Yakinkah dengan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke tempat kerja? Kalau sudah sampai pula, yakinkah bahawa anda akan selamat semasa melaksanakan kerja tanpa sebarang kecelakaan? Selesai kerja, yakinkah anda akan selamat sampai ke rumah tanpa sebarang kemalangan? Duduk berehat dirumah, yakinkah anda bahawa tiada perompak yang akan masuk merampok segala harta kesayangan anda? Bagaimana pula keselamatan ahli keluarga anda? Sedangkan di depan mata pun kecelakaan boleh menimpa mereka, inikan pula jika mereka jauh dari anda? 

Apa sebenarnya yang saya hendak bangkitkan? Isunya ialah mencari perlindungan. Hidup manusia berdepan dengan sejuta satu macam kecelakaan, kemalangan, kejahatan, kerosakan dan semua yang merisaukan manusia. Hilang ketenangan, timbul kegelisahan.
 


Namun, sebagai seorang yang beriman sepenuhnya dengan Allah, seharusnya perasaan takut, risau, sedih boleh dikawal. Seorang yang beriman sentiasa tenang (Sakinah) dengan hidup ini selagimana dia mengikut panduan dariNya. FirmanNya:


فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحزَنُونَ


Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(al-Baqarah:38)

Apakah HidayahNya kepada kita dalam memulakan hidup ini, berhadapan dengan segala macam kejahatan yang mengancam? HidayahNya: Carilah perlindungan kepadaKu wahai hambaKu!

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. (5) (al-Falaq:1-5)
Indahnya ungkapan al-syahid Syed Qutb dalam muqaddimah tafsirnya untuk surah al-Falaq ini: 

Surah Al-Falaq dan al-Nas ini merupakan satu arahan dari Allah mula-mula kepada NabiNya SAW dan kemudian kepada para mu’minin supaya memohon perlindungan dan naungan pada Allah dari segala kejadian yang menakutkan samada yang sulit atau yang terang, samada yang tidak diketahui atau yang diketahui secara umum atau secara terperinci seolah-olah Allah membuka perlindungan dan naunganNYa kepada mereka sambil berseru dengan kasih sayang: “Marilah ke sini masuk ke dalam perlindungan dan naungan Ku, marilah ke tempat yang aman yang member ketenangan kepada kamu. Marilah, Aku tahu kamu lemah dan mempunyai banyak musuh dan di sekeliling kamu berbagai kejadian yang menakutkan.

Menelurusi sunnah Baginda SAW, tergambar betapa yakinnya Junjungan kita Nabi Muhammad (SAW) dengan surah ini. Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari 'Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah SAW apabila beliau berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tapak tangannya kemudian mengembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a'uzubirabbinnas) dan (Qul a'uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya. Beliau berbuat demikian sebanyak tiga kali. 

Rasulullah SAW juga telah memperlihatkan kegembiraannya yang mendalam terhadap turunnya surah ini. Dari 'Aqabah - Ibn 'Amir - r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidakkah engkau mengetahui ayat-ayat yang telah diturunkan pada malam ini, iaitu ayat-ayat yang tidak didapati seumpamanya iaitu: Qul a'uzubirabbil falaq dan Qul a'uzubirabbin nas. “ 

Sedangkan kekasihNya yang maksum pun masih mendambakan perlindungan dariNya, bagaimana pula dengan kita? Hebat sangatkah kita sehinggakan yakin keselamatan dan kehebatan diri dari kejahatan yang mendatang? 

baca di pemudaiman

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^