Soalan~
Apakah yang dimaksudkan ujian daripada Allah dan bagaimana kita dapat mengenalinya?
Jawapan~
Ujian? Kita hidup di dunia ini, itu pun merupakan suatu ujian. Setiap perkara yang kita hadapi di dunia ini, itu merupakan ujian. Kenapa? Sebab kita sentiasa mempunyai pilihan atau jalan. Jalan untuk melakukan kebaikan atau keburukan...
“Dia-lah yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
~Surah al-Mulk (67:2)
Adakah ujian itu semata-mata perkara buruk yang berlaku terhadap kita? Tidak, kerana Allah boleh menguji kita dengan perkara-perkara yang baik untuk menguji kita... Uji bagaimana? Uji kesabaran kita:
"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
~Surah An-Nahl (16:96)
Dunia ini dijadikan medan oleh Allah untuk menguji siapa di antara hamba-hambanya yang paling sabar menempuh ujian, dan setiap ujian yang kita terima adalah sesuai dengan kemampuan kita, dengan keimanan kita.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya" 2:286
Allah tak akan menguji kita melainkan Dia tahu kita MAMPU melalui ujian tersebut. Allah Maha Mengetahui dan Dia tidak pernah kejam terhadap hamba-hambaNya...
Rasa sakit(hati) dengan ujian yang berat? Bersabarlah, kerana orang yang sabar itu merupakan orang yang kuat...:)Ingatlah Dia sentiasa ada sebagai pelindung kepada kita:))
"Kemudian Tuhanmu(pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita kerana cubaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang. "
~Surah An-Nahl (16:110)
Ujian, musibah, dugaan; adalah untuk menaikkan darjat kita sebagai hambaNya yang beriman... Kita ambil iktibar daripada kisah-kisah dalam al-Quran... Kisah Nabi Nuh, Nabi Yaakub, Nabi Muhammad... Ujian mereka hebat, tetapi mereka bersabar dan redha, dan Allah mengangkat darjat mereka...Nama-nama mereka dimuliakan olehNya dan tercatat dalan Al-Quran kerana kesabaran mereka menempuh ujian dariNya, dan sebagai pengajaran kepada kita. Tidakkah kita mahu darjat kita dinaikkan olehNya?
Cuba kita lihat pada ayat 110 di atas. Kalau kita lihat pada ayat di atas, kenapa Allah selitkan Maha Penyayang di hujung ayat itu? Kerana Dia sayang kepada orang yang bersabar dengan segala apa yang di'hadiah'kan olehNya kepada kita.
Ujian itu suatu rahmat:)
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "
~Surah al-Baqarah (2:216)

Sebagai renungan, jom hayati ayat ini(16:91),
"Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu perbuat."
Okay. Cuba kita fikir janji apa yang kita sebut hari-hari?
Yang kita pegang?
Yang kita pegang?
~syahadah~
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Jadi kita telah melafazkan bahawa tiada langsung kuasa di dunia ini yang mampu melakukan apa-apa melainkan dengan izin Allah.
Tiada sebaik perancang melainkan Allah.
Tiada sebaik pemberi ujian melainkan Allah.
Jadi adakah wajar jika kita mempersoalkan ujian yang diberikan kepada kita, sedangkan kita telah melafazkan kalimah yang satu itu?
Renung-renungkan, fikir-fikirkan.
Wallahua'lam~
p/s: semoga kita semua lulus ujian dengan cemerlang...amiin=)
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
amiin~ moga kita snts lulus cemerlang dlm stiap ujian..tak kiralah duniawi atau ukhrawi..dua2 kite kene bolot :D
dan moga kte sedar yg kita akn snts diuji..dgn cara tu iA kita akan lebih berfikiran matang..sbb kita tau, kita kene buat yang terbaik utk Allah dan takkan mudah putus asa.. sbb sesetengah mereka yang tak sedar dirinya sdg diuji oleh Allah taala pasti akan lebih mudah terpesong jauh sbb tak tahu pucuk pangkal datangnya ujian tersebut..
erm..doakan same2 ye :)