Assalamualaikum wbt~~
Apa itu aqidah dan mengapa kita harus tahu apa itu aqidah yang sahih?
Jom kita belajar sama-sama yuk!
Penjelasan daripada Ustaz Rasyid Idris tentang aqidah:)

Maksud aqidah???

Kalimah aqidah berasal daripada Bahasa Arab yang berakar umbi daripada kalimah:
عقد ، يعقد ، عقدا وعقيدة yang bermakna ikat (dengan ketat), mengikat dan ikatan yang kukuh, juga bermakna perjanjian.

Di sudut istilah, Aqidah Islamiyyah telah diberi beberapa takrif oleh beberapa orang sarjana Islam. Namun boleh dikatakan kesemua takrif itu menjurus kepada satu asas iaitu:
membenarkan dan mengiktiraf dengan sepenuh hati tanpa sebarang pengubahsuaian atau kompromi terhadap Allah dan rasul-Nya yang tersemat erat di dalam hati sanubari.

Kandungan aqidah yang sebenar:

1. Al-Quran adalah sumber bagi dalil-dalil naqli dan akli.

2. Menurut jejak langkah dan kefahaman golongan salaf di dalam mentafsirkan nas.

3. Beriman terhadap perkara-perkara ghaib adalah sekadar apa yang datang dengan perkhabaran yang benar (Al-Quran dan al-hadith yang thabit).

4. Membahagikan (di sudut pengajian) tauhid kepada 3, iaitu: Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan al-Asma’ wa as-Sifat.

5. Mengithbatkan nama-nama dan sifat-sifat Allah tanpa sebarang persoalan: bagaimana? (kayf?)

6. Menghimpunkan antara ithbat dan tanzih (mensucikan Allah daripada disamakan dengan makhluk atau sebarang sifat kekurangan).

7. Menghadkan penggunaan akal serta tidak bersandar kepadanya dalam perkara-perkara yang di luar kemampuannya.

8. Menolak takwilan-takwilan ilmu Kalam yang tersasar dari kebenaran.

9. Allah taala memiliki perumpamaan dan contoh yang tertinggi lagi terbaik.

10. Menetapkan batas makna bagi istilah-istilah yang diperselisihkan maknanya, dan menentukan maknanya.
Contohnya: lafaz Tauhid di sisi Ahl As-Sunnah ialah: “mengithbatkan ketuhanan hanya bagi Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya di dalam pengabdian”.

Tetapi bagi golongan ilmu Kalam, maknanya ialah: “apa yang tiada sifat bagi-Nya, tidak diketahui apapun daripada-Nya tanpa sesuatu serta tidak boleh dilihat”.

11. Meyakini bahawa al-Quran itu seluruhnya adalah Bahasa Arab yang jelas dan boleh difahami oleh ahlinya.

12. Mengithbatkan bahawa isu-isu cabang dalam aqidah dengan khabar ahad yang diterima, secara membenarkannya dan beramal dengannya.

13. Penilaian kebaikan dan keburukan adalah urusan akal (yang dipandu syarak), tetapi pahala dan dosa adalah urusan syarak. Allah taala yang menunjukkan kepada manusia agar mengakui kebaikan sifat: adil, memelihara kehormatan, benar dan lain-lain.

Begitu juga dengan sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat tadi. Dosa dan pahala pula adalah berkait rapat dengan suruhan dan tegahan Allah.

14. Nas naqli yang sahih akan menyepakati akal yang jelas.

15. Tidak boleh mengkafirkan orang Islam hanya kerana suatu kesalahan atau dosa yang dilakukannya.

Mengapa penting bagi kita beramal dengan aqidah yang sahih???

1. Aqidah yang sejahtera lagi jitu dapat menghimpunkan manusia dan mempertautkan hati mereka.

2. Aqidah yang benar menjadi neraca timbang yang tepat dan mapan dalam menentukan kedudukan seseorang di sisi syarak.

3. Slogan: “kembali kepada Islam” bermakna kembali kepada asasnya iaitu: aqidah yang benar, di mana dari situ baru berbuah amal yang soleh.

Ustaz Rasyid merupakan Presiden Institut Al-Qayyim

komen BAIK: Cara yang mudah untuk memahami aqidah adalah dengan menggunakan analogi sebuah pokok. Pokok yang mempunyai akar yang kuat dan sihat(aqidah yang betul) akan menghasilkan buah yang berkualiti dan begitulah sebaliknya. Wallahua'lam...



Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K



5 Responses so far.

  1. al_madd says:

    salam..

    saya ingin bertanya...adakah terdapat hadis atau ayat al quran mengatakan ilmu tauhid itu di bahagi kepada 3 iaitu tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan al-Asma’ wa as-Sifat.??

    terima kasih

  2. dr.radzi says:

    wsalam....

    saya ingin cuba menjawab, tapi kurang tahu. so nanti akan ditanya kepada oranglain ye? hehe...

  3. Dr Hana says:

    salam,

    bos tolong betulkan kalau salah ye~

    kalau saudara al-madd refer kembali kepada point no.4 tu, saya pastekan di sini:
    4. Membahagikan (di sudut pengajian) tauhid kepada 3, iaitu: Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan al-Asma’ wa as-Sifat.

    Keypoint dalam kenyataan di atas adalah "di sudut pengajian." Maknanya kat sini tauhid itu dibahagikan kepada 3 untuk memudahkan pemahaman aqidah. itu sahaja.

    Sudah ada banyak pihak yang menulis tentang sejarah pembahagian aqidah ini, rajin2lah kita mencari dengan ikhlas, semoga terjawab segala persoalan insyaAllah.

    Tentang soalan saudara, mungkin lebih baik saudara baca link yang diberikan. Penerangan yang lebih jelas=)

    rububiyah- http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/06/pengajian-aqidah-003-mengenali.html

    uluhiyah- http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/06/pengajian-aqidah-004-menyelami-tauhid.html

    asma wa sifat- http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/06/mengenali-allah-dengan-keimanan.html

    Jawapan yang ringkas: Pembahagian tauhid kepada 3 merupakan kaedah yang digunakan oleh ulama salaf berdasarkan dalil2 dalam al-Quran dan as-Sunnah untuk memudahkan pemahaman tentang aqidah. Dalam link yang diberikan ada dalil-dalilnya insyaAllah.

    Jika masih ada persoalan, tanyalah lagi, mungkin dengan soalan saudara dapat menjadikan ilmu kita semua bertambah. Semoga kita menjadi golongan yang mencintai ilmu amiin..

    Wallahua'lam

  4. Dr Hana says:

    Di sini satu lagi link yang lebih ringkas untuk menjawab persoalan saudara. Mungkin lebih elok dibaca sendiri supaya komen ini tidak terlalu panjang=)

    http://tanyajawabagamaislam.blogspot.com/2009/06/asal-usul-pembagian-tauhid.html

    Lihat juga bahagian komen sekali ya.

    wallahua'lam

  5. HAMBA ALLAH says:

    Waalaikumussalam.

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^