Assalamualaikum~

Seperti yang rakan-rakan di UNPAD sedia maklum, BAIK telah menganjurkan Sifat Solat Nabi Tour yang berlangsung di kosan-kosan iaitu di Sukawening, Cikuda, Alpina dan diakhiri dengan Mulana. Berikut merupakan sesetengah daripada maklum balas yang kami terima berkenaan program yang telah dijalankan.

Semoga bermanfaat buat semua!

Soalan :

1. Kenapa tak boleh gabungkan bacaan iftitah yang pelbagai tu jadi satu bacaan semasa rakaat pertama? Saya ambil doa-doa yang kesemuanya sahih, pernah nabi baca. Jadi tak salah la kalau kita gabungkan bacaan itu kan? Nabi itu nabi, dah tentu masuk syurga. Kita ni lain, banyak dosa, jadi kenalah beramal lebih sikit dari nabi. Gabungkan bacaan tu dapatlah lebih sikit kan. Tak boleh?

2. Banyak perbezaan yang kita tengok setelah belajar dan mengetahu tentang cara dan sifat solat Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, kenapa dan bagaimana boleh wujudnya perbezaan dari segi tatacara solat ini?

3. Masih berkenaan soalan kedua, pada pendapat saya, perbezaan pendapat dan tatacara solat sekarang ini adalah kerana perbezaan cara faham dan cara buat oleh para sahabat nabi. Jadi saya fikir, semua yang kita buat ini dah betul. Cara solat kita semuanya dah betul dah. Kan?

Jawapan :

1. Sebelum kita mengupas soalan-soalan yang dikemukakan, eloklah kita mengulang kembali kepercayaan@aqidah kita terhadap dua kalimah syahadah.
ASYHADU ALLA ILA HA ILALLAH,
WAASYHADU ANNA MUHAMMADARRASULULLAH.
Aku bersaksi TIADA tuhan yang disembah MELAINKAN Allah,
Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu PESURUH/WAKIL/UTUSAN DARI ALLAH

Jadi kita telah meyakini bahawa yang berhak mendapat sembahan dan segala perhatian HANYALAH Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah contoh ‘manusia’ terbaik yang diutuskan untuk ditiru dan diambil segala ilmu dalam beribadah atau MENYEMBAH tuhan. Kerana hanya Nabi yang mempunyai autoriti tentang segala bentuk sembahan dan peribadatan. Beliau sahaja yang ‘dikhabarkan’ oleh tuhan tentang apa yang menatijahkan pahala, apa pula yang sebaliknya. Sepakat!

Jadi, apabila timbul isu ---“Nabi itu nabi, dah tentu masuk syurga. Kita ni lain, banyak dosa, jadi kenalah beramal lebih sikit dari nabi. Gabungkan bacaan tu dapatlah lebih sikit kan.” Kita telah beranggapan bahawa Allah mengutus calon yang salah untuk ditiru.

Yang kedua, kita telah bersangka-sangka dengan fikiran sendiri tentang cara ‘sembahan’ kepada Tuhan. Kita bersangka perkara itu dan ini lebih membuahkan lebih banyak pahala berbanding yang biasa. Kita bersangka ‘result’ itu benar semata-mata kerana ‘equation 1’ dan ‘equation 2’ itu benar. Kita bersangka.

Jawapannya, dijawab dengan persoalan pertama. Siapakah yang mampu menjamin perkara yang kita buat itu menghasilkan lebih banyak pahala dari apa yang dicontohkan nabi? Persoalan kedua, siapakah kita yang mampu untuk menentukan perbuatan apa yang menghasilkan pahala dan perbuatan apa yang sebaliknya?

Jadi, pada pendapat saya, jawapannya BOLEH untuk menggabungkan, tetapi jangan menyangka perbuatan gabungan kita itu lebih baik dari apa yang dicontohkan. Termasuk, jangan sangka perbuatan itu ada pahala! Pekerja makan gaji tak layak untuk menentukan ‘overtime’nya dapat bonus. tukang bagi bonus/bos sahajalah yang berhak menentukan. Terpulanglah, fikir-fikirkan.

2. Perbezaan wujud kerana segelintir manusia menyampaikan ilmu turun-temurun dengan tidak berdisiplin. Disiplin ilmu tidak dijaga, akibatnya ilmu yang disampaikan diikut dengan membabi buta. ‘Kisah Benar’ disampai tanpa bukti, ‘Hukum Tuhan’ ditulis tanpa saksi, ‘Amal Ibadah’ diajar tanpa teliti. Jadi pelajar yang lahir buta hujah, menyampaikan pula dengan gayanya. Apabila sampai ke zaman cucu cicitnya, MAKIN JAUH MEREKA DARI SUMBER ASALNYA.

3. Sebelum menjawab pertanyaan ini, marilah kita sepakat bahawa perbezaan pendapat dan tatacara ini berbeza kerana kita perolehi dari sumber yang berbeza. Ada antara sahabat ataupun pendakwah yang terkemudian, (termasuk pedagang-pedagang arab yang datang ke tanah melayu suatu ketika dahulu) yang memahami ilmu nabi dengan sesuatu cara, dibuat dan ditirunya sedaya upaya, namun berbeza kerana latar belakangnya berbeza.

Sebagai contoh, alquran walaupun sumbernya satu, di baca dengan pelbagai gaya dan lenggok, oleh kerana sesuatu bangsa atau kaum tertentu sudah terbiasa dengan lenggok dan gaya sebegitu. WALAUPUN MEREKA SUDAH SEDAYA UPAYA MENIRU IBADAH YANG NABI CONTOHKAN, hanya itu yang mereka mampu buat. (Itu akan dibalas Allah insyaAllah) Jadi lapisan manusia berikutnya akan meniru gaya atau cara atasannya. Yang mana jika disiplin ilmu tidak dijaga, iaitu berterus terang dengan mengatakan
“Aku tidak mampu buat begitu, tetapi nabi dulu ajar begini”

Maka lapisan manusia di bawahnya akan menuruti cara dan gaya atasan mereka yang sudah sedaya upaya meniru nabi tadi (sila ambil perhatian – perkara berikut sudah berubah dari bentuk asal) namun difahami oleh orang bawahan, “Inilah yang diajarkan oleh guru kami sepertimana dicontohkan nabi”.

Jika ada 5 orang sahaja yang begitu, bayangkan betapa banyak pecahan perbezaan pendapat dan tatacara solat yang boleh kita perolehi?

Berbalik kepada soalan, juga dijawab dengan persoalan, kenapa kita tidak mahu berubah dan mahu tetap dengan cara turunan padahal kita boleh kembali ke sumber asal? YA, MEMANG BENAR cara solat manusia selepas nabi dan sahabat boleh berbeza seribu satu cara, namun kenapa kita mahu berpegang pada yang berbeza? Kenapa tidak kembali kepada sumber aslinya?

Tiada yang betul, tiada yang salah. Fikir-fikirkanlah….


Wallahua’lam,
-Dr.radzi-

p/s: Sebarang masukan, bangkangan atau tambahan boleh dikomen DENGAN BERAKHLAK disini atau di drrazi.wordpress. atau boleh dihantar ke email BAIK atau email saya sendiri. (asuare_razi@yahoo.com)

3 Responses so far.

  1. Dr Hana says:

    Assalamualaikum,

    Mungkin sekadar nak bertanya ttg soalan ke 3, mungkin ada sedikit kekeliruan. Siapakah yang dikatakan sebagai sahabat dan benarkah berlakunya perbezaan itu pada zaman sahabat?

    Sedangkan mereka merupakan umat terbaik yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dan jika kita membaca sirah nabi, pasti kita tahu bahawa setelah kewafatan baginda, para sahabat sangat menentang sebarang perbuatan yang berbeza daripada apa yang Rasulullah SAW ajarkan. Andai ada kesilapan pada amalan sesetengah sahabat, pasti akan ditegur oleh sahabat2 yang lain..

    Mungkin apa yang dimaksudkan oleh si penanya soalan adalah golongan setelah zaman sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in... golongan terkemudian, disebabkan apa yang diterangkan oleh penulis(dr.radzi) di atas.


    Wallahua'lam...

  2. Tanpa Nama says:

    Salam,

    Bagus penerangan di atas (artikel dan komen).

    Pada pendapat saya, sahabat sendiri pun ada berbeza dalam soal ibadah. Seperti angkat tangan waktu doa, mandi wajib perlu tak buka sanggul bagi wanita, kes sahabat solat Asar di dalam dan di luar waktunya ketika dalam suatu musafir kerana berbeza pemahaman terhadap perintah Nabi untuk jangan solat hingga tiba ke tempat yang dituju.

    WaLlahu 'a`lam, kita sedia maklum banyak kitab hadis dan juga asar sahabi yang tak sampai ke zaman kita. Ada kemungkinan perbuatan sahabat yang berbeza sedikit itu ditegur sahabat lain, dan juga ada kemungkinan PERBEZAAN ITU ADALAH SATU KETERBUKAAN. Bermaksud dalam bab tertentu, contoh perbezaan yang sahabat lakukan adalah diiktiraf oleh Nabi. Untuk kes yang tidak diiktiraf oleh Nabi dan berdasarkan ijtihad sahabat sendiri, bagi mereka jika benar 2 pahala dan jika salah 1 pahala.

    Untuk persoalan nombor 1, saya musykil jika kita gabungkan bacaan iftitah maka adakah ia diterima? Kerana ini adalah doa dalam solat yang kena ikut persis cara Nabi (melainkan doa pada akhir tahiyyat sebelum salam, boleh doa apa saja). Berbeza dengan doa secara umum yang bersifat lebih terbuka. Apa pun, saya setuju bahawa bila reka doa sendiri, tak boleh sabitkan dekat Nabi malah tak boleh nak anggap ada fadhilat atau pahala lebih hasil dari "kreativiti" sendiri.

  3. Dr Hana says:

    br perasan soalan hafizi ni tak terjawab pun. tak ada siapa yang nak menjawab ke? he..

    yup, betul2.. para sahabat dan 3 generasi awal pun ada yang berbeza amalan mereka, mungkin atas faktor lokasi geografik, pemahaman berbeza dsb. jadi di situ ada keterbukaan

    yang penting di sini jangan beribadah sekadar ikut-ikutan.

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^