Bertunang??
Assalamualaikum, insyaAllah hari ini kita akan menjawab salah satu soalan yang pernah ditanya di blog BAIK:
Adakah bertunang ini wujud dalam Islam??
Jawapan ringkas, ya bertunang itu wujud dalam Islam. Mari kita baca artikel ini, yang menerangkan tentang proses mencari jodoh dalam Islam (bukan hanya bertunang). Selamat membaca :)
Proses mencari jodoh dalam Islam bukanlah “membeli kucing dalam karung” sebagaimana sering dituduhkan. Namun ia diliputi oleh perkara yang penuh adab. Bukan “cuba dulu baru beli” kemudian “habis manis sepah dibuang”, Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tatacara ataupun proses sebuah pernikahan yang berlandaskan Al-Qur`an dan As-Sunnah yang shahih. Berikut ini kami bawakan perinciannya: 1. Mengenal calon pasangan hidup Sebelum seorang lelaki memutuskan untuk menikahi seorang wanita, tentunya ia harus mengenal terlebih dahulu siapa wanita yang hendak dinikahinya, begitu pula sebaliknya si wanita tahu siapa lelaki yang berhasrat menikahinya. Tentunya proses kenal-mengenal ini tidak seperti yang dijalani orang-orang yang tidak paham agama, sehingga mereka menghalalkan pacaran atau pertunangan dalam rangka penjajakan calon pasangan hidup, kata mereka. Pacaran dan pertunangan haram hukumnya tanpa kita sangsikan. Adapun mengenali calon pasangan hidup di sini maksudnya |
Posted by B.A.I.K
on
-
Laporan COMREL 2010
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana program COMREL berjalan dengan lancarnya. Perjalanan program dimulakan dengan hari pertama. Pendaftaran dibuka seawal 5.00 petang. Majlis dimulakan pada pukul 7.00 malam dengan pembukaan video trailer COMREL 2010, setelah itu diteruskan dengan bacaan doa dan tilawah. Kemudian pengarah program, saudara Muhammad Arif bin Mohd Marsin memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya program dirasmikan oleh pengerusi KUBI, saudara Mohd Farhan bin Saroni. Pada pukul 7.30 malam, modul pertama dimulakan dengan “Pengenalan Agama Buddha dan Agama Hindu” dan habis kira-kira pada pukul 10.00 malam. Modul ini telah disampaikan oleh Brother Shah Kirit Kakulal Govindji atau lebih dikenali dengan Brother Shah.
Posted by B.A.I.K
on
-
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)