Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana program COMREL berjalan dengan lancarnya. Perjalanan program dimulakan dengan hari pertama. Pendaftaran dibuka seawal 5.00 petang. Majlis dimulakan pada pukul 7.00 malam dengan pembukaan video trailer COMREL 2010, setelah itu diteruskan dengan bacaan doa dan tilawah. Kemudian pengarah program, saudara Muhammad Arif bin Mohd Marsin memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya program dirasmikan oleh pengerusi KUBI, saudara Mohd Farhan bin Saroni. Pada pukul 7.30 malam, modul pertama dimulakan dengan “Pengenalan Agama Buddha dan Agama Hindu” dan habis kira-kira pada pukul 10.00 malam. Modul ini telah disampaikan oleh Brother Shah Kirit Kakulal Govindji atau lebih dikenali dengan Brother Shah.
Hari kedua, pendaftaran dibuka seawal 7.30 pagi. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi sesi “Pengenalan Agama Kristian” telah dimulakan. Ia disampaikan oleh Brother Lim Joon Sooi atau lebih mesra lagi dikenali dengan panggilan Brother Lim. Dalam sesi ini beliau membincangkan perbezaan di antara Kristian protestant dan Kristian Katolik. Sesi ini diakhiri dengans sesi soal jawab dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Setelah itu majlis berehat untuk memberi laluan kepada penceramah dan peserta untuk makan dan solat Zuhur. Pada pukul 1.30 petang, program diteruskan dengan seminar yang ke-3 iaitu “Teknik-teknik berdakwah” oleh Brother Shah. Kira-kira ada pukul 3.30 petang sesi berdialog dimulakan antara brother Shah, Brother Lim dan peserta mengenai topik yang dibincangkan. Begitu cepat masa berlalu, walaupun ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan oleh peserta, namun masa tidak mencukupi. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 5.00 petang.
Hari ketiga di mana peserta terdiri daripada mahasiswa Islam dan bukan Islam. Pendaftaran dibuka pada pukul 7.30 pagi. Pada pukul 8.30 pagi, talkshow-‘Common terms among us’ dimulakan oleh Brother Shah. Setelah itu, soalan dibuka kepada peserta terutama kepada mahasiswa bukan Islam untuk bertanya soalan mengenai kesalahfahaman terhadap Islam. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut merupakan bilangan peserta yang hadir mengikut hari:
Hari pertama : 199 orang
Hari kedua : 192 orang
Hari Ketiga : 198 orang
Komen dari peserta: Semasa acara berlangsung, alat penghawa dingin telah rosak, maka rata-rata peserta berasa tidak selesa kerana keadaan yang panas. Kami meminta maaf di atas sebarang kesilapan teknikal. Semoga segala ilmu yang diperolehi memberi satu sudut pandang yang lebih positif untuk kita sama-sama menghayati erti hidup dalam beragama. Segala kekurangan yang ada, kami akan cuba memperbaikinya pada masa akan datang. Insya-Allah. Terima kasih kerana menyertai program ini! Tahun depan datanglah lagi:)
*Syabas dan tahniah diucapkan kepada ajk BAIK yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan baik. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari ALLAH. Sama-samalah kita mendoakannya.
*Ucapan terima kasih diucapkan juga kepada kedua-dua penceramah kita, Bro Shah dan Bro Lim yang sudi meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan kami di sini. Semoga Allah membalas segala jasa kalian dan menjadikan kalian istiqamah di atas jalan ini :)
Nak lihat gambar-gambar COMREL2010??
Kunjungilah facebook BAIK! (Search: Biro Agama Islam Kubi)
Wassalam~ ;)
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
Catat Ulasan