Assalamualaikum wbt~

Bertukar senyuman dan salam, ziarah menziarahi..
Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi..
Suasana hari Raya, walau di bale.. empat..
merapatkan ukhuwah dipenuhi rahmat..

InsyaAllah Khamis ini, 30 September 2010 BAIK dan KUBI akan mengadakan majlis Iftar Puasa Enam dan Sambutan Aidilfitri 2010~!

2 pertandingan akan dilangsungkan iaitu:

  • 1st : Pertandingan pantun bertemakan hari raya
    • tarikh tutup hari Khamis, 30 September jam 12 tengahhari.
    • boleh dihantar sendiri kepada Nadhirah (081802057322) atau emel kepada nadhirah_ah@yahoo.com atau ke FB BAIK (Biro Agama Islam Kubi)

  • 2nd : Teka bilangan kuih raya
    • akan dilangsungkan semasa majlis berjalan

Tentatif Program

5.00pm - Pendaftaran (berkumpul)
6.00pm- Berbuka ringan bagi yang puasa
6.05pm- Solat maghrib
6.30pm- Makan
7.00pm- Solat Isya'
7.20pm- Ucapan
7.30pm- Taalim "Back to Basic"
9.00pm- Pemberian hadiah/cenderahati
9.30pm- Bersurai

Sesiapa yang berminat boleh memberi nama kepada ketua angkatan masing-masing.. Semua dijemput hadir..

p/s: Pakai baju raya masing-masing ya..

Jumpa di sana!

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^