Aidil adha atau hari raya qurban hampir tiba, di anjurkan pada semua yang mampu untuk berkurban.
Qurban beerti dekat.
Dalam istilah syarak : mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan menyembelih binatang dengan niat yang tertentu dan pada waktu yang tertentu.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah[i] haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2)
Berqurban adalah untuk bertaqorub (mendekatkan diri) pada Allah dengan menyembelih qurban tersebut. Karena menyembelih merupakan ibadah yang sangat agung. Bahkan Allah juga mengbandingkan ibadah yang satu ini dengan solat, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Kautsar: 2
Sekarang sudah diketahui bahawa qurban itu adalah satu ibadah. Maka ia memiliki satu garis panduan dan aturan yang ditetapkan oleh syariat. Keluar daripada peraturan ini maka tidak boleh dinilai sebagai ibadah korban, atau dengan kata mudah korbannya tidak sah. Mari kita sama-sama mengetahui sedikit sebanyak apa yang telah di syariatkan. InsyaAllah.
Apa hukumnya qurban?
Majoriti ulama mengatakan ianya adalah Sunnah Mu’akkadah (ditekankan).
Ulama yang mengambil pendapat ini berdalil dengan riwayat dari Abu Mas’ud Al Anshari radhiyallahu ‘anhu. Beliau menyatakan, “Sesungguhnya aku sedang tidak berkorban. Padahal aku adalah orang yang berkelapangan. Itu kulakukan kerana aku khuatir kalau tetanggaku menyangka korban itu adalah wajib bagiku.” (HR. Abdur Razzaq dan Baihaqi dengan sanad shahih).
Demikian pula dikatakan oleh Abu Sarihah, “Aku melihat Abu Bakar dan Umar sementara mereka berdua tidak berkorban.” (HR. Abdur Razzaaq dan Baihaqi, sanadnya shahih)
Ulama yang lain pula berpendapat ianya adalah wajib. Akan tetapi hal itu hanya diwajibkan bagi yang mampu[ii].
Dalil yng dipakai adalah hadis Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban maka jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami.” (HR. Ibnu Majah 3123, Al Hakim 7672 dan dihasankan oleh Syaikh Al Albani)
Haiwan yang boleh di qurban
“Dan bagi setiap umat Kami berikan tuntutan berkorban agar kalian mengingat nama Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada kalian berupa haiwan-haiwan ternak (bahiimatul an’aam).” (Qs. Al Hajj: 34).
Dalam bahasa arab, yang dimaksud Bahiimatul Al An’aam hanya merangkumi tiga binatang iaitu unta, lembu[iii] atau kambing. Bahkan para ulama berijma’ (bersepakat) tidak sah apabila seseorang melakukan sembelihan dengan selain binatang ternak tadi[iv].
Umur haiwan qurban
· Unta, umur minimal 5 tahun
· Sapi, umur minimal 2 tahun
· Kambing, umur minimal 1 tahun
· Domba Jadza’ah, umur minimal 6 bulan
Dari Jabir bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian menyembelih (korban) kecuali musinnah. Kecuali apabila itu menyulitkan bagi kalian maka kalian boleh menyembelih domba jadza’ah.” (Muttafaq ‘alaih)
Musinnah adalah haiwan ternak yang sudah dewasa, diambil dari kata sinnun yang ertinya gigi. Haiwan tersebut dinamakan musinnah kerana haiwan tersebut sudah ganti gigi.
Bagaimana untuk melakukan Qurban?
Sebagaimana ketentuan di atas, satu kambing hanya boleh untuk satu orang (dan boleh diniatkan untuk anggota keluarga), satu sapi untuk tujuh orang (termasuk anggota keluarganya), dan satu unta untuk sepuluh orang (termasuk anggota keluarganya). Juga boleh mengambil satu sapi atau unta oleh seorang sahaja.
Sebahagian ulama menganjurkan untuk berkorban meskipun mesti hutang. Di antaranya adalah Imam Abu Hatim sebagaimana dikatakan oleh Sufyan Ats Tsauri dan disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Abul Fida’ Ibnu Katsir, 5/426, Dar Thoyibah)
Sufyan Ats Tsauri mengatakan, ”Dulu Abu Hatim pernah mencari utangan dan beliau pun menggiring unta untuk disembelih. Lalu dikatakan padanya, ”Apakah betul engkau mencari utangan dan telah menggiring unta untuk disembelih?” Abu Hatim menjawab, ”Aku telah mendengar firman Allah,لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ
”Kamu akan memperoleh kebaikan yang banyak padanya.” (QS. Al Hajj: 36)”Bagaimana mahu berkorban?
Kolektif untuk qurban
Terdapat tradisi yang dilakukan terutamanya pelajar-pelajar universiti, ketika tibanya idul adha mereka mengumpul sejumlah uang untuk membeli seekor kambing( atau sebagian) dan disembelih di hari qurban. Apakah ini dinilai sebagai ibadah qurban?
Perlu difahami bahawa korban adalah salah satu ibadah dalam islam yang memiliki aturan tertentu sebagaimana yang digariskan oleh syari’at. Keluar daripada peraturan ini maka tidak boleh dinilai sebagai ibadah korban, atau dengan kata mudah korbannya tidak sah. Di antara peraturan tersebut adalah masalah perbelanjaan. Sebagaimana telah dibahas sebelumnya, belanja perbelanjaan untuk seekor kambing hanya boleh diambilkan dari satu orang. Maka ‘tradisi’ tadi tidak dapat di nilai sebagai qurban.
Namun seandainya terdapat seseorang yang membeli haiwan tetapi kekurangan perbelajaan, dan ada orang yang hendak membantunya, maka diperbolehkan dan tidak mempengaruhi status korbannya. Dan status bantuan di sini adalah hadiah bagi shohibul korban. Apakah mesti izin terlebih dahulu kepada pemilik haiwan? Jawab: Tidak mesti, kerana dalam transaksi pemberian sedekah mahupun hadiah tidak disyaratkan memberitahu kepada orang yang diberi sedekah mahupun hadiah.
[i] Syaikh Abdullah Alu Bassaam menyatakan, “Sebahagian ulama ahli tafsir menyatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan korban setelah solat Ied
[iv] Lihat Shahih Fiqih Sunnah, Abu Malik Kamal bin As Sayid Salim, 2/369, Maktabah At Taufiqiyah.
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
Catat Ulasan