Allah berfirman, “Manusia diciptakan dalam keadaan lemah.” (QS. An-Nisa’:28)

Setiap manusia pasti pernah berbuat kesalahan, berbuat dosa. Janganlah menganggap ada orang tertentu yang tidak pernah berbuat kesalahan. Sebab manusia itu lemah, boleh sahaja melakukan kesalahan dan kesilapan atas kealpaan, kelalaian, kesilapan dan kelemahan manusia itu sendiri. Orang bertaqwa juga pun melakukan kesalahan, tetapi mereka segera mengingati Allah, bertaubat, memohon ampun kepada-Nya dan tidak mahu mengulangi perbuatan yang sama.

Allah berfirman,

“Cepat-cepatlah kepada ampunan dari Tuhan kalian dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (QS. Al-Imran: 133)


Ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, keluarga, rakan-rakan dan saudara mara kita pasti pernah melakukan kesalahan. Tetapi adakah kita perlu membuka cerita apa yang kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka? Membuka kesalahan orang lain adalah satu perbuatan yang salah, dosa. Sebaliknya, menutupi kesalahan orang lain adalah perbuatan yang akan mendapat pahala. Harga diri mereka adalah harga diri kita jua. Membuka AIB mereka seperti membuka aib diri kita sendiri. Orang-orang Islam adalah satu jasad. Hati-hatilah, jangan membuka aib orang lain dan menyebarkannya.

Rasulullah bersabda:

“Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” (HR. Muslim)



Sekiranya kita sendiri melakukan kesalahan atau maksiat, sesuatu yang aib kerana kelalaian, maka sembunyikanlah dan jangan membicarakannya pada orang lain. Membicarakannya kepada orang lain juga merupakan suatu perkara yang dosa. Apatah lagi jika ia membuat diri ini menjadi popular kerana kesalahan itu. Yang demikian itu akan menjadi penghalang pintu menuju Allah.

Rasulullah bersabda:

“Semua umatku (yang bersalah) pasti dimaafkan, kecuali orang-orang yang membeberkan (kesalahannya kepada masyarakat tanpa persaan bersalah). Orang yang membeberkan kesalahannya adalah orang yang melkukan satu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian masuk pagi hari dan Allah menutupi kesalahannya. Namun kemudian dia bercerita kepada orang lain, ‘Wahai Fulan, aku telah melkukan ini dan itu tadi malam.’ Allah menutupi perbuatannya itu dan dia membuka tutup itu di pagi hari.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Wallahua’lam.

Rujukan : Fikih Akhlak, Syaikh Musthafa Al-Adawy, Qisthi Press


Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^