Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah=)
Moga kita sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

InsyaAllah, sebuah program bernama "Live Enlightened in Deen, with Al-Quran & As-Sunnah" atau singkatannya, LED akan dijalankan tidak lama lagi!

LED! 

Kenapa LED? Apa signifikannya? Kerana seperti yang kita tahu, LED itu sendiri memancarkan cahaya, dan dalam Al-Quran al-Karim sendiri, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang cahaya atau nur ini.

Simboliknya, Islam membawa kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.
Daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan.
Betapa indahnya Islam, dan betapa indahnya ayat-ayat suciNya^_^

".....Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maaidah, 15-16)

Jadi, program LED sendiri diharapkan dapat membuatkan kita menghayati kembali nilai-nilai Islam dalam diri kita, supaya kita menjadi muslim yang lebih baik insyaAllah, keluar daripada kegelapan dan hidup dalam cahaya Islam yang syumul~

hidayah ibarat cahaya: ia tidak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya...



Antara program yang akan dijalankan:


  • Pertandingan hafazan al-Quran
  • Pertandingan Kuliah sepuluh minit (KULTEN)
  • Pertandingan sketsa dan nasyid
  • Ekspo LED

Nantikan promosi seterusnya melalui facebook dan blog BAIK~

"Allah yang menerangi langit dan bumi. 
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; 
Lampu itu di dalam pelita besar,  
Pelita besar itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;
Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya,
 
(iaitu) Pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); 
Hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):  
Cahaya berlapis cahaya.  
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; 
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia;  
dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
surah An-Nur (24: ayat 35)



Marilah kita hidup dengan disinari cahaya Islam!
:)


Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^