Muzik dan Hiburan
aqeyLs assalamualaikum.. ader request neyh. boleh kupas pasal hukum main gitar. kalau bole sertakan dalil skali .tqvm
Assalamualaikum semua..
Terima kasih kepada aqeyls atas soalan yang di beri di shoutbox J Mari mulakan perbincangan yang panjang lebar ini.
Jadi, apakah kita boleh bermain gitar?
Di sini ingin meumumkan gitar sebagai alat muzik dan alat muzik sebagai hiburan.
Pada Dasarnya Semua Hal Dibolehkan
Dalam Islam, pada dasarnya semua hal dan manfaat yang Allah ciptakan adalah untuk kepentingan manusia. Oleh kerana itu, semuanya dibolehkan. Tidak ada yang haram kecuali apa yang dilarang dalam nas iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.
Para ulama menetapkan prinsip pembolehan ini berdasarkan ayat al-Quran yang jelas. Diantaranya :
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu…” (QS: 2:29)
Berlainan dengan ibadah. Tidak diwajibkan ibadah kecuali Allah telah perintahkan seperti solat dan zakat.
Menyangkut rutin harian kita, prinsip yang berlaku adalah kebebasan kecuali apa-apa yang telah Allah larang. Ini termasuk dalam hal jual beli, makan minum, belajar maupun hiburan.
Bermain gitar (alat muzik)
Posted by B.A.I.K
on
-
Hawa Nafsu, Menguasai atau Dikuasai?
HAWA NAFSU, MENGUASAI ATAU DIKUASAI??
Fitrah setiap manusia itu mempunyai nafsu tak kiralah ia nafsu makan, tidur, syahwat dan sebagainya. Mengikut nafsu maka bererti kita menuju kepada kerosakan dan kemungkaran. Namun adakah kita menjadi pengawal nafsu kita sendiri? atau hakikatnya kita yang dikawal oleh nafsu??
“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai.
Disebutkan dalam Shahihain bahwasanya Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Surga itu dikelilingi dgn hal-hal yg dibenci dan neraka itu dikelilingi dgn berbagai syahwat.”
Tetapi bagaimana jika kita gagal menguasai nafsu kita sendiri? Sudah pastilah kita pula yang akan dikuasainya. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran nafsu itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya.
Seperti dalam Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Al-An’am 6: 32)
Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu, dalam ucapannya yang popular pernah berkata, “Dulunya kita adalah kaum yang paling hina, kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala memuliakan kita dengan agama Islam, maka kalau kita mencari kemuliaan dengan selain agama Islam ini, pasti Allah Subhanahu wa Ta’la akan menjadikan kita hina dan rendah. (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)
Melawan hawa nafsu
Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
1. Telah menyerah kalah
Ø mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali
2. Sedang dan sentiasa berperang
Ø mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah
Ø inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”
3. Yang telah menang
Ø mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya
Memikul hawa nafsu
Mari kita hayati sebuah kisah tentang perumpamaan dikuasai dan menguasai nafsu.
Posted by B.A.I.K
on
-
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)