aqeyLs assalamualaikum.. ader request neyh. boleh kupas pasal hukum main gitar. kalau bole sertakan dalil skali .tqvm
Assalamualaikum semua..
Terima kasih kepada aqeyls atas soalan yang di beri di shoutbox J Mari mulakan perbincangan yang panjang lebar ini.
Jadi, apakah kita boleh bermain gitar?
Di sini ingin meumumkan gitar sebagai alat muzik dan alat muzik sebagai hiburan.
Pada Dasarnya Semua Hal Dibolehkan
Dalam Islam, pada dasarnya semua hal dan manfaat yang Allah ciptakan adalah untuk kepentingan manusia. Oleh kerana itu, semuanya dibolehkan. Tidak ada yang haram kecuali apa yang dilarang dalam nas iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.
Para ulama menetapkan prinsip pembolehan ini berdasarkan ayat al-Quran yang jelas. Diantaranya :
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu…” (QS: 2:29)
Berlainan dengan ibadah. Tidak diwajibkan ibadah kecuali Allah telah perintahkan seperti solat dan zakat.
Menyangkut rutin harian kita, prinsip yang berlaku adalah kebebasan kecuali apa-apa yang telah Allah larang. Ini termasuk dalam hal jual beli, makan minum, belajar maupun hiburan.
Bermain gitar (alat muzik)
Secara dasarnya hukum bermain gitar ataupun alat muzik lain adalah harus selagi tidak melanggar syariat Islam yang dapat mengubah hukum dari halal kepada haram.
Dr. Yusuf Qaradhawi berkata dalam bukunya
“Disini saya ingin menegaskan bahwa prinsip dasar pembolehan tidak hanya terbatas pada hal atau benda, tapi termasuk seluruh kegiatan dan tingkahlaku manusia yang tidak berhubungan dengan ibadah.”(Buku Halal dan Haram)
Kegiatan dan tingkahlaku yang dimaksudkan adalah kebiasaan atau urusan sehari-hari seperti bersukan, belajar dan juga berhibur.
Terdapat beberapa pandangan terhadap hal ini. Ada yang menghalalkan dan juga yang mengharamkan dalam hal memainkan alat muzik. seperti Ibnu Shalah dalam Muqaddimah ‘Ulumul Hadits, Imam an-Nawawi dalam Al-Irsyad, Imam Ibnu Katsirdalam Ikhtishar ‘Ulumul Hadits, Imam Ibnu Hajar dalam Taghliqul Ta’liq, Ibnu Hazm dalam Al-Muhalla , as-Sakhawy dalam Fathul Mugits, ash-Shan’ani dalamTanqihul Afkar dan Taudlihul Afkar juga Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnul Qayyim dan masih banyak lagi. Di sini penulis cenderung dengan pendapat Syaikh Nashiruddin al-Albani yang setuju dengan pandangan Ibnu Hazm dalam Al-Muhalla.
Syaikh Nashiruddin Al-Albani, dalam Dha’if al-Adab al-Mufrad (hal. 14-16) berpendapat hadits yang mengharamkan alat-alat musik adalah Munqathi’ (terputus sanad)
Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya Al-Muhalla, juz VI, hal. 59 mengatakan:
“Jika belum ada perincian dari Allah SWT maupun Rasul-Nya tentang sesuatu yang kita perbincangkan di sini [dalam hal ini adalah nyanyian dan memainkan alat-alat musik], maka telah terbukti bahwa ia halal atau boleh secara mutlak.” (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 57).
Maka, memainkan alat muzik apa pun , hukumnya adalah harus
Halal dan haram berhibur
Sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).
Hukum memainkan alat muzik (contoh gitar) atau berhibur dapat tergantung pada beberapa pertimbangan iaitu:
1. Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuat
2. Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnya
3. Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut
4. Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu
5. Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukan
Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuat
Seperti sabda Rasulullah “Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan” (Muttafaqun Alaih)
Dalam soal bermain alat muzik, ia terdapat 2 bahagian iaitu bermain dengan niat dan tujuan atau bermain tanpa niat dan tujuan. Bermain tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti dalam keadaan kegembiraan dan semangat, kesedihan dan duka. Dalam hal bermain dengan tujuan dan niat, ini dilihat dari baik buruk niatnya, berniat untuk menghilangkan jemu, ingin mendatangkan semangat (yang tidak melalaikan) atau berniat untuk mencari kemewahan dunia, keglamouran dan kepopularan.
Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnya
Firman Allah,
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).
Demikian juga dengan muzik atau hiburan, boleh atau tidak dengan melihat kesannya terhadap umat (pendengar) apakah ia membawa kebaikan atau kerusakan.
Dalam soal ini, apakah ia membawa kesan positif, memberi peringatan atau kesan negative, melalaikan sehingga membazir masa dan melupakan perkara penting yang lain.
Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut
Firman Allah swt :
“ Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik) dan perkataan keji (bohong, palsu dan kotor)” (Surah Al-Hajj : 30).
Isi muzik atau hiburan juga terkait dalam soal boleh atau tidak pada hal ini. Adakah yang diisi itu dengan kata-kata kotor dan lucah serta keji, atau dalam muzik apa yang dialunkan itu sesuatu alunan yang membawa maksud yang tidak baik atau pemujaan.
Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu
Boleh atau tidaknya juga ditentukan oleh cara melaksanakan suatu hiburan itu. Melaksanakan suatu hiburan dengan sopan santun, budi pekerti, aurat terjaga dan lelaki dan perempuan berasingan. Atau melaksanakan suatu hiburan dengan menggerakan badan yang mengiurkan, terlompat-lompat, terbuka aurat dan percampuran lelaki dan perempuan.
Secara hikmah dan faedah dari Firman Allah,
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 30)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 31)
Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukan
Waktu melakukan atau melaksanakan juga menentukan boleh atau tidak bermain alat music dan berhibur ini. Apakah waktu pelaksaan itu semasa ada kematian, kelahiran, waktu ibadah, perkahwinan dan hari raya seperti hadis ini:
"Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda:"Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq ‘Alaih)
Haram
Jika memainkan alat muzik atau menghiburkan, dengan niat dan tujuannya untuk mendapat nama, popular dan glamour, untuk mendapat pujian dari orang ramai dan dipandang tinggi, hukumnya haram. Sekalipun menghiburkan dengan nasyid, tetapi mempunyai niat yang salah dan buruk, ia menjadi haram.
Hiburan yang melalaikan pendengar, melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba-NYA, sebagai anak dan sebagai pelajar, mengkhayalkan diri sehingga membazir masa, hukum hiburan itu haram. Pedulilah samada yang membawa hiburan itu kumpulan nasyid, jika kumpulan nasyid ini menghiburkan pendengar dengan membawa lagu kekasih, tetapi ia mengkhayalkan para pendengar terutama wanita dengan tergedik-gedik berangan mahukan lelaki, hiburan itu menjadi haram. Walau kumpulan ‘My Chemical Romance’ menyampaikan lagu ‘My Mother’ dengan membawa mesej untuk sayangi ibu dan memberi kesan yang baik pada pendengar, ia dapat menjadi halal.
Isi lirik lagu yang dinyanyikan, kata- kata yang keluar ketika memainkan alat muzik seperti kata-kata kasar dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang bercanggah dari syariat Islam. Maka hukumnya menjadi haram. Apabila melaksanakan permainan alat muzik, nyanyian dan hiburan ini, ia disertakan sekali dengan tari menari, joget tehenjut-henjut, gerakan badan yang mengiur dan mengghairahkan, pakaian yang tidak cukup kain serta tiada batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka hiburan ini haram. Sama juga jika berhibur pada waktu yang membawa kepada fitnah, seperti waktu kematian atau waktu solat yang dapat menyebabkan tertinggalnya solat itu, hukumnya adalah haram.
Untuk lebih detail dan jelas dan ingin lebih tahu pendapat-pendapat lain tentang pengharaman hiburan boleh baca di sini
Kesimpulan
Pengharaman muzik dan hiburan ini disebabkan faktor melalaikan, melalaikan dari memperingati Allah, terleka terhadap suruhan Nya dan terlupa tanggungjawab sebagai hamba. Hiburan ini adalah salah satu agent lupa bagi diri manusia ini yang sememangnya sering terlupa. Seperti hakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.
Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘HARUS’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.
Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.
Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga ada Disiplin dan Batasannya.
Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.
Semuanya datang dari Allah, ambillah yang baik dan jauhkan lah dari yang buruk. Sila tegur dan betulkan jika ada silap. Wallahua’lam.
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
rujukan
- Minda Tajdid Prof. Madya Dr. Asri Azinul Abidin
- Pandangan Seorang Ustaz
- Konsultasi Islam
- Dr. Yusuf Qaradhawi, Halal wal Haram fil Islam (Halal dan Haram)
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
terime kaseh BAIK.. BAIK mmg baik.:)