S: muslimah
salam , bole tau x terangkan lebih lanjut, apa hukum b'couple dalam islam??? sbb sy ada dga couple dlm islam 2 haram . sila terangkan,
Terima kasih muslimah atas soalannya!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Tiga istilah dalam tajuk di atas, 'Suka, Cinta & Couple' memang amat sinonim dengan remaja. Semasa remajalah benih-benih kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar. Sebagai seorang insan yang normal dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik untuk mempunyai perasaan dengan perempuan begitu juga sebaliknya.
Tiga istilah dalam tajuk di atas, 'Suka, Cinta & Couple' memang amat sinonim dengan remaja. Semasa remajalah benih-benih kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar. Sebagai seorang insan yang normal dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik untuk mempunyai perasaan dengan perempuan begitu juga sebaliknya.
Jadi berbalik kepada soalan si penanya;
Berikan dulu apa yang dimaksudkan dengan couple itu.
Penghukuman halal, haram, makruh, sunat dan sebagainya bergantung kepada apa yang dibuat oleh couple itu. Penghukuman yang halal itu sangat jelas, dan yang haram juga sangat jelas.
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan couple itu?
Contohnya:
DEFINISI 1:Adakah maksud ''couple'' adalah ; ''aku suka dia, dia suka aku, so kami berpegang tangan, keluar tgk wayang, makan satu meja, bermessage i love you, you love me''?
ataupun;
DEFINISI 2:
''Ia hanya tautan hati/memendam rasa hati,aku minat dia, dia minat aku. Rasa ingin jadikan si dia sebagai isteri, dia pun rasa nak jadikan aku suami, skrg ni aku hanya berdoa agar kami dijodohkan, aku doa pd Allah agar dia jadi jodoh aku, dia pun doa pada Allah agar aku jadi jodoh dia, cuma sekarang aku dok simpan duit, cukup duit aku pi minang, selama aku couple ni aku tak ada keluar berdua-duaan tanpa mahram si wanita, tak pegang-pegang tangan, tak ada tengok wayang, tak ada bermessage2 yg tak perlu, pergaulan aku dgn dia masih sama mcm pergaulan aku dgn perempuan2 lain.''
DEFINISI 3 dan seterusnya;
definisi ''couple'' yg lain dari yg di ats..
Tiada yang pasti tentang hubungan di luar perkahwinan. Belanja makan ke, tengok wayang ke, jeling-jeling ke, walau tak pegang tangan atau tak pegang apa-apa, tiada yang pasti untuk memberikan penghukuman haram, makruh atau halal.
Yang pasti 100% tanpa syak wasangka, lepas saja berkahwin, segala apa yang dibuat untuk menyenangkan couple itu akan terus di'convert' menjadi kebaikan. Menjadi pahala buat kedua-duanya.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;...(Surah An-Nur, 31-32)
Apapun, jika definisi couple ialah berpacaran atau 'dating' di mana seorang lelaki akan membina hubungan dgn perempuan utk mengenal hati budinya dgn cara yg dikenali zaman sekarang sebagai teman wanita atau teman lelaki.
Makanya, couple sebegini adalah ditegah oleh Islam. Ia adalah budaya Barat dan kita menyaksikan dgn mata kepala kita sendiri kerosakan yg sedang melanda negara Barat dan negara kita sekarang kerana gejala couple ni, termasuk di IPTA.
Cinta yang fitrah dengan mudah boleh menjadi fitnah. Ia adalah dugaan yang sangat besar buat agama seseorang. Boleh jadi seseorang yang kuat agamanya, akan rebah saat jatuh cinta. Soal halal haram sudah tidak menjadi hirauan baginya asalkan dia mendapat gadis yang dicintai.
Malah, boleh jadi dia menjadikan agama atau apa sahaja kebaikan padanya untuk menambat hati wanita itu, sedangkan dia lupa segala kebaikan itu adalah daripada Allah semata-mata dan bukanlah miliknya.
Maka, apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Salahkah cinta sedangkan ianya adalah fitrah setiap manusia? Ianya tidak salah, namun kembalikanlah segalanya kepada Allah dan Islam.
Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhram kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.
Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan.
Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan cinta sebelum berumah tangga. Namun pada penulis itu bukanlah bercinta. Yang ada hanyalah cinta, kerana ber- itu sendiri menunjukkan kata kerja.
Jika tiada perbezaan antara pergaulannya dengan wanita lain, maka tiadalah istilah bercinta itu ye dak? :)
Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Wanita
| ||
Akhirnya setelah tolak tambah darab bahagi, cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Justeru, kita perlu jaga sebaiknya hubungan kita dengan-Nya agar matlamat dan hala tujuan kehidupan kita sentiasa jelas dan terarah untuk pasti kembali kepada-Nya satu hari nanti.
Walau bagaimanapun, itu tak menidakkan cinta sesama insan malah itu fitrah yang ALLAH ciptakan kepada setiap insan yang dicipta-Nya. Seorang lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya dan disatukan sebagai suami isteri yang sah seterusnya melahirkan zuriat. Tetapi untuk merealisasikannya haruslah kena pada tempat, masa dan keadaan dengan petunjuk agama. Bukan ikut nafsu kita. Kita tak pula disuruh untuk mengunci nafsu tetapi mengawalnya dengan baik.
Sesetengah orang mengatakan :
"Biasalah umur-umur macam ni, masing-masing tengah mencari. Rilekslah"
Tidak ada masalah untuk mencari selagi tidak melakukan apa-apa yang melanggar syarak.
Apabila batas yang sudah Allah tetapkan dilanggar secara terang-terangan, maka wajib ada muslim yang menegur dan memperbetul kesilapan tersebut.
Itulah namanya amar ma'ruf, nahi mungkar. Jadi bagaimana dengan iman kita seandainya tiada yang menegur, malah menyokong pula?
Nafsu diciptakan oleh ALLAH untuk insan. Namun haruslah dikawal menurut syariat. Hatta pertunangan pun, larangan dan hukum tetap sama selagi belum berkahwin. Andai tunang dilayan berbeza berbanding lelaki lain, ambillah iktibar dari hal ini kerana mereka belum sah menjadi pasangan kita.
Kesimpulannya, ketaqwaan kepada ALLAH dengan hidup berteraskan Al Quran dan As Sunnah perlu disuburkan dalam cinta sesama insan. Jangan melampau atau obses dalam cinta sesama insan sampai sanggup korbankan harga diri, masa depan dan hidup kita. Semoga kita mendapat cinta sejati iaitu cinta ALLAH akan kita, disamping cinta sesama insan.
Jom kita amalkan doa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W :
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu akan cinta-Mu, cinta orang yang menyintai-Mu dan amalan yang membawaku kepada cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikan cintaku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin” Hadis Riwayat Tirmidzi, Hakim, Abu Nu’aim & Abu Qaani’ dari Abi Darda’
Indah sungguh kata-kata sang Nabi. Bagaimana cinta kita kepada Rasul junjungan sallallahu 'alaihi wasallam, insan yang paling bertaqwa kepada Allah azza wa jalla?
Pesan dari diri yang dhaif ini, lebih banyak hal dan urusan yang perlu disibukkan oleh kita.
Jika sekalipun kita tidak mendapat orang yang kita kasihi sebagai suami/isteri, untuk apa dikesalkan? Cinta kepada manusia adalah salah satu kelazatan dunia yang pasti akan hilang. Dan ia boleh bertumbuh juga dengan kehendakNya. Janganlah menjadi hamba kepada cinta sehingga kita dibutakan olehnya. Yang benar tetap benar, yang salah itu kita tetap katakan sebagai salah. Jadilah adil, walaupun terhadap diri kita sendiri.
يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَآءِ للَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَلِدَيْنِ وَالاٌّقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً
Sentiasalah intropeksi diri kita, kerana itu lebih mendekati taqwa.
Wallahua'lam, sebarang soalan tambahan (tak puas hati dll) tentang hal ini bolehlah diajukan di bahagian komen ataupun diemailkan kepada BAIK di baik.kubi@gmail.com
Jika tidak mampu dijawab, insyaAllah akan disampaikan kepada yang mampu.
Allahua'lam
Wassalamualaikum
يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَآءِ للَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَلِدَيْنِ وَالاٌّقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa : 135)
Dalam tafsir Ibnu Kathir tentang ayat ini, beliau mengatakan "Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk membela kebenaran dan keadilan dan tidak menyimpang dari itu, sama ada ke kanan atau ke kiri. Mereka tidak perlu takut dipersalahkan oleh sesiapapun atau membenarkan orang untuk mencegah mereka dari melakukan sesuatu kerana Allah. Mereka juga harus mendapatkan bantuan, sokongan dan pertolongan antara satu sama lain demi Allah."
Peringatan juga buat penulis (pengedit) sendiri.
Wallahua'lam, sebarang soalan tambahan (tak puas hati dll) tentang hal ini bolehlah diajukan di bahagian komen ataupun diemailkan kepada BAIK di baik.kubi@gmail.com
Jika tidak mampu dijawab, insyaAllah akan disampaikan kepada yang mampu.
Allahua'lam
Wassalamualaikum
Diolah (dengan beberapa tambahan) dari:
Link 1
Link 2
Link 3
Bacaan tambahan:
Ustaz apa hukum bercouple?
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
assalamualaikum
hehe..tahniah kpd editor ye... sy just nak bagi pendapat kat sini.
bagi saya pemuda islam sekarang perlu memikirkan isu yang lebih besar daripada ini. sayangnya, remaja Islam sekarang mudah tewas dalam soal cinta dan kasih sayang. memang tak salah, tapi kalau kita fikir balik tujuan hidup kita, ianya sangat .......
wallahua'lam
mnurut saye, tak salah memikirkan soal nikah tapi biarlah berpijak di bumi nyata, jgn dok angan2 nk nikah tp persiapan ke arah itu tak pnah kte lakukan..
lgpn, cmne remaja skrg tak pk/kalah pasal cinta if hari2 disogokkan dgn cinta yg salah? lagu cinta, nasyid cinta, muvi cintun drama cintan dll..
plus,jln mne2 pn nmpk laki pompuan berduaan, as sum1 yg normal dan pnyer nafsu for sure kte jadi nk ke arah itu juge..-dan ini sumtimes berkaitan dgn kelemahan kte yg xmampu mnegur teman2 sndiri-
just berpndgn, walLahu a'lam
mohon share k.tq ^^,