clover :salam. nak tnye skit, apa hukum bercakap2 ketika azan sbenarnya eh? Sbb slalu org kata kena diam...tp mcm dah biasa pulak org berbual2 time azan...tq


Terima kasih clover atas soalannya.

Bismillahirahmanirahim.

Azan, laungan yang biasa kita dengar hampir 5 kali sehari J Apa itu azan?

Secara ringkasnya azan itu adalah pemberitahuan masuknya waktu solat dengan lafaz-lafaz khusus. Azan merupakan ajakan untuk menunaikan solat berjemaah.

Azan juga merupakan salah satu syiar islam.

Imam An Nawawi mengatakan: “Adzan dan iqamah disyariatkan berdasarkan nash-nash syariat dan Ijma’. Dan tidak disyariatkan (adzan dan iqamah ini) pada selain shalat lima waktu, tidak ada perselisihan (dalam masalah ini)”

Hukum bagi azan para ulama mempunyai beberapa pendapat. Pendapat yang mendekati kebenaran adalah pendapat yang mewajibkan, berdasarkan hadits Malik bin Al Huwairits :

Aku mendatangi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersama beberapa orang dari kaumku, kemudian kami tinggal di sisinya selama 20 hari. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seorang yang dermawan dan sangat lemah lembut. Ketika Beliau melihat kerinduan kami kepada keluarga, maka Beliau berkata : “Pulanglah kalian dan tinggallah bersama mereka, dan ajarilah mereka (agama Islam) serta shalatlah kalian. Apabila datang waktu shalat, maka hendaklah salah seorang dari kalian beradzan. Dan orang yang paling dituakan mengimami shalat kalian”.( HR Al Bukhari dalam Shahih-nya, Kitab Al Adzan)

Syaikh Al Albani mengatakan : “Sungguh, pendapat yang menyatakan adzan hanyalah Sunnah jelas merupakan kesalahan. Bagaimana bisa, padahal ia termasuk syi’ar Islam terbesar, yang jika Nabi n tidak mendengarnya di negeri suatu kaum yang akan Beliau perangi, maka Beliau akan memerangi mereka. Jika mendengar adzan pada mereka, Beliau menahan diri, sebagaimana telah diriwayatkan dalam Shahihain dan selainnya. Dan perintah adzan sudah ada dalam hadits shahih lainnya. Padahal hukum wajib dapat ditetapkan dengan dalil yang lebih rendah dari ini. Maka yang benar, adzan adalah fardhu kifayah, sebagaimana dirajihkan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al Fatawa (1/67-68 dan 4/20). Bahkan juga bagi seseorang yang shalat sendirian”

Sekarang kita tahu yang azan ini merupakan perkara yang penting dalam Islam.

Azan dikumandangkan, kita nak buat apa?


Jadi bolehkah kita bercakap-cakap ketika azan sedang dikumandangkan?

Orang yang mengatakan tidak boleh bercakap-cakap ketika azan mungkin menggunakan hadis:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allahakan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Atau orang yang katakan itu tak tau ambil dari mana, ikut je orang kata apa. Hmmmmm :-S

Berkenaan Hadis di atas ianya adalah TIDAK SAHIH (samada DHAIF atau PALSU), ini kerana bukan sahaja ianya tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab-kitab matan hadis dan takhrij, malah hadis ini bertentangan dengan dalil-dalil Sahih yang menyebut bahawa Baginda SAW dan para Sahabat pernah bercakap-cakap ketika azan.

Imam Bukhari yang merupakan pakar dan imam mujtahid hadis yang juga merupakan seorang yang faqih dan mujtahid dalam bidang fiqh ada meletakkan bab ‘’Berkata-kata ketika (dalam) Azan’’ dalam kitab Sahihnya. Contohnya:

“Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang (berkata-kata) sewaku ia mengumandangkan azan” (Sahih Bukhari)

Dalam riwayat lain,

“Mereka dahulu berbincang-bincang pada hari Jum’at dan Umar duduk di atas mimbar. Jika muadzin selesai adzan, maka Umar bangun dan tak seorangpun berbicara”. [HR Asy Syafi’i dalam Al Um, dan dishahihkan An Nawawi, sebagaimana dijelaskan Albani dalam Tamamul Minnah, hlm. 339]

Hukum bercakap-cakap/berbual-bual ketika azan

Para fuqaha’ berselisih pendapat:
1) Dibolehkan dan Tiada Masalah: Yang berpendapat bahawa ianya dibolehkan (tiada masalah) adalah al-Hasan , al-Awzaie, al-Bukhari dan lain-lain.

2) Makruh tetapi dibolehkan jika untuk maslahah: Yang berpendapat bahawa ianya makruh adalah Ibn Sirin, al-Sya’bi, Abu Hanifah, Malik, al-Thauri, Syafie. Namun demikian sebahagian mereka mengecualikan dan berpendapat jika percakapan itu untuk maslahah maka ianya tidak makruh (iaitu seperti menjawab salam, menjawab bersin, menyuruh kebaikan dan mencegah mungkar dan sebagainya) sebagaimana kata Ishaq ‘’sekiranya untuk maslahah seperti menjawab salam dan menyuruh kepada kebaikan maka ianya tidak makruh…”.

3) Makruh ketika Iqamah dan tidak makruh ketika Azan: Dan ada juga fuqaha’ yang berpendapat makruh bercakap-cakap ketika iqamah tetapi tidak makruh (dibolehkan berkata-kata) ketika azan, dan pendapat ini masyhur pada Imam Ahmad. (lebih lanjut - rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari oleh Ibn Rajab al-Hanbali, jilid 4, m/s 224, bab ‘’berkata-kata ketika azan’’)

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang pertama iaitu dibolehkan berkata-kata ketika azan selama mana menjaga adab-adab ketika mendengar azan, kerana tiada dalil yang jelas dan kuat menyatakan ianya tertegah.

Kita dapat lihat di sini, tiada para fuqaha’ mengatakan yang haram berbual-bual ketika azan dikumandangkan.

Hukum menjawab azan

Imam as-Son'ani dalam Subulas Salam menyebut:

"Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan…. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw suatu ketika baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith Riwayat Imam Muslim, Kitab Solat, hadis no. 575). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..." (rujuk Subulas Salam, as-Son’ani, bab ‘’apa yang dikata pabila mendengar azan’’, jilid 1, m/s 428)

Perkara sunnah ketika mendengar azan

Nabi mengajar kita untuk menjawab azan dan membaca doa setelah azan.
dari Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu mendengar seruan azan, maka katakanlah (jawablah) ia dengan berkata seperti yang dikatakan muazzin (HR Bukhari)

dari Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “barangsiapa yang berkata apabila mendengar seruan azan (akan doa)- allahumma rabba hazihi da’watittammati wassola til qaimah aati Muhammadan wasilah wal fadhilah wa ba’ashu maqaman mahmudan al-lazi wa ‘adtah- diberikan syafaat olehku pada hari kiamat- (HR Bukhari)

Kesimpulannya, kita memang boleh berbual-bual/bercakap-cakap ketika azan, tetapi adalah lebih molek kalau kita lakukan perkara yang di ajar oleh Nabi iaitu menjawab azan dan berdoa serta selawat setelah azan. J

waallahu’alam.




p/s: maaf ye telat balas hehhehe



Rujukan:
1)      Fiqh Sunnah, Muhammad Sayyid Sabiq





Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^