Jangan Cemari Ramadhan Dengan Hadis Palsu


Jangan Cemari Ramadhan Dengan Hadis Palsu


Oleh:
Abd al-Razzaq Abd Muthalib



Ramadhan sekali lagi datang menemui kita. Setinggi syukur dipanjatkan kehadhrat Ilahi kerana kita dizinkan untuk bertemu dengan bulan mulia dan penuh keberkatan ini. Seperti biasa seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa sebagai bukti pengabdian dan penghambaan kepada Tuhan Sekelian Alam. Malamnya pula akan dipenuhi dengan pelbagai ibadah yang berpandukan petunjuk Nabi saw. Sesungguhnya ibadah puasa telah dijanjikan pelbagai kelebihan dan fadhilat bagi sesiapa yang menunaikannya. Cukuplah beberapa hadith di bawah ini sebagai pemangkin dan peniup semangat untuk kita:-

- Daripada Abu Said al-Khudri ra berkata, bersabda Rasulullah saw: “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari dijalan Allah kecuali Allah akan menjauhkannya dengan api neraka sejarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadith sahih riwayat al-Bukhari (6/35), Muslim (1153).

- Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah saw: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith sahih riwayat Ahmad (4/22).

- Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya. Maka Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”.(Hadith riwayat al-Nasai’ (4/165), Ibn Hibban dan al-Hakim (1/421) dan sanadnya adalah sahih).

Bulan Ramadhan juga mempunyai pelbagai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh junjungan besar Rasulullah saw di dalam hadith sahih yang bermaksud: “Apabila datangnya Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan”. (Hadith riwayat al-Bukhari (4/97), Muslim (1079).

Selain itu, telah dimaklumi bahawa di dalam bulan ini jugalah telah diturunkan al-Quran dan disediakan suatu peluang sebagai anugerah istimewa kepada hamba-hambaNya yang terpilih dengan Lailat al-Qadr. Firman Allah swt yang bermaksud: ((Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan perbezaan (antara yang haq dan batil)).  (al-Baqarah: 185)


Kenapa masih berlaku?


Perbezaan pendapat??

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K



roses assalamualaikum..nak tnya..untuk sesuatu hukum selalu kn ade banyak pandangan ulama?mana 1 kiter nak guna?dan boleh ke sesetengah hukum kter berpegang

roses pada mazhab syafiee dan sesetengah hukum kiter berpegang pada mazhab lain?mohon penjelasannya..=)

Terima kasih roses diatas soalan yang dikemukakan. mudah-mudahan perbincangan ini bermanfaat dan dapat menjawab persoalan diatas.

Bismilahirahmanirrahim

Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut tentang persoalan yang dikemukakan, marilah kita memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perbezaan pendapat dikalangan ulama dan sebab-sebab terjadinya perbezaan dikalangan ulama itu sendiri.

Perbezaan Antara Mazhab
Secara ringkasnya, terdapat dua jenis perbezaan madzhab-madzhab pemikiran yang berkembang luas dinegara-negara Islam. 

Jenis-jenis perbezaan pendapat : 

1) perbezaan dari segi aqidah (madzhab i'tiqadiyah)
perbezaan ini merupakan jenis perbezaan yang seharusnya dikesali dalam kalangan umat Islam kerana ianya melibatkan permasalahan aqidah yang satu. perbezaan pendapat dari segi aqidah mampu membawa kepada pertelingkahan dan pecah-belah antara kaum muslimin. seharusnya umat Islam itu bersatu dalam madzhab Ahli Sunnah wal -Jamaah yang berlandaskan pemikiran Islam yang benar (bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah) seperti di zaman Rasulullah S.A.W.

2) perbezaan dari segi fiqah (mazhab fiqhiah)
perbezaan ini selalunya berlatarbelakangkan ilmiah dan seringkali dibahaskan oleh para ulama'. namun, perbezaan dari segi fiqh mempunyai hikamh tersendiri, asalkan ianya tidak membawa kepada pertelingkahan/pergaduhan dan fanatisme terhadap satu-satu pendapat. ianya bukan bermakna terdapat kekurangan/kecacatan dalam Islam bahkan ia merupakan suatu rahmat dan keringanan bagi umat Islam. perbezaan ini juga tidak dapat dihindari kerana terdapat perbezaan pemahaman terhadapat nash-nash yang mengandungi banyak makna oleh para ulama'.

seandainya terdapat individu-individu yang ingin menyatukan seluruh muslimin dengan satu hukum, maka ianya mustahil untuk terjadi kerana ;

1) tabiat agama
jika Allah mengkehendaki hukum-hukum Islam ditetapkan, nescaya ayat-ayat didalam Al-Quran hanya bersifat muhkamat (tegas/tetap) dan tidak terjadinya perbezaan pendapat dan keperluan berijtihad (persepakatan para ulama' dalam menentukan hukum).

this is why Muslims love the month of Ramadhan

Assalamualaikum.



Islam uses a lunar calendar—that is, each month begins with the sighting of the new moon, therefore because the lunar calendar is about 11 days shorter than the solar calendar, Islamic months "move" each year. For Muslims the coming of Ramadhan is a source of joy and celebration; however, we celebrate in a way that may seem strange to people unfamiliar with the tenets of Islam. Ramadan is not a month of parties and socializing, it is a month of worship. To fast the month of Ramadan is one of the pillars of Islam.

Muslims express gratitude and love for the One True God by obeying and worshipping Him. We worship according to His guidance revealed in the Quran and through the authentic traditions of Prophet Muhammad. Ramadhan is special. It is a month of fasting, reading and coming to understand Quran and special extra prayers. The mosques come alive at night when Muslims gather to break their fast together and pray. The smooth rich sound of Quran recitation is heard throughout the long nights as Muslims stand shoulder-to-shoulder praying and praising God. SubhanAllah.

Muslims all over the world love the month of Ramadhan and look forward to it with mounting excitement. In the weeks before Ramadhan, plans are made for a month of serious worship and supplications such as fasting and Qiamulail (night prayer). Then, the countdown begins and conversations start with how many weeks it is until the blessed month arrives. 


Perhaps non-Muslims wonder why we look forward to fasting days and sleepless nights. Ramadhan offers the chance of redemption and great rewards. It is a month like no other. A month of spiritual reflection and prayer. Hearts are directed away from worldly activities and towards God.

In the month Ramadhan, all physically mature and healthy Muslims are required to fast: to abstain from all food, drink, gum chewing, any kind of tobacco use and any kind of sexual contact between dawn and sunset. Nevertheless, this is only the physical aspect there are also the spiritual characteristics, which include refraining from gossiping, lying, slandering and all traits of bad character. All obscene and inappropriate sights and sounds are avoided as a way of purifying thoughts and actions. Fasting is also a way of experiencing hunger and developing sympathy for the less fortunate and learning thankfulness andappreciation for all of God's bounties.

Allah said,

"O you who believe! Observing the fast is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become pious." (Quran 2:183)

The Prophet Muhammad also reminded us that fasting is not just abstaining from food and drink but it is far beyond. He said, "He who does not desist from obscene language and acting obscenely (during the period of fasting), God has no need that he didn't eat or drink."[1]

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^