skip to main | skip to sidebar

B.A.I.K.

Menuntun jalan Al-quran dan As-Sunnah

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • About Us
  • Organization
  • Contact Us

Rabu, Julai 27, 2011

Perbezaan pendapat??

Dinukilkan oleh B.A.I.K pada Rabu, Julai 27, 2011 Labels: fiqh, Umum
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K



roses assalamualaikum..nak tnya..untuk sesuatu hukum selalu kn ade banyak pandangan ulama?mana 1 kiter nak guna?dan boleh ke sesetengah hukum kter berpegang

roses pada mazhab syafiee dan sesetengah hukum kiter berpegang pada mazhab lain?mohon penjelasannya..=)

Terima kasih roses diatas soalan yang dikemukakan. mudah-mudahan perbincangan ini bermanfaat dan dapat menjawab persoalan diatas.

Bismilahirahmanirrahim

Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut tentang persoalan yang dikemukakan, marilah kita memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perbezaan pendapat dikalangan ulama dan sebab-sebab terjadinya perbezaan dikalangan ulama itu sendiri.

Perbezaan Antara Mazhab
Secara ringkasnya, terdapat dua jenis perbezaan madzhab-madzhab pemikiran yang berkembang luas dinegara-negara Islam. 

Jenis-jenis perbezaan pendapat : 

1) perbezaan dari segi aqidah (madzhab i'tiqadiyah)
perbezaan ini merupakan jenis perbezaan yang seharusnya dikesali dalam kalangan umat Islam kerana ianya melibatkan permasalahan aqidah yang satu. perbezaan pendapat dari segi aqidah mampu membawa kepada pertelingkahan dan pecah-belah antara kaum muslimin. seharusnya umat Islam itu bersatu dalam madzhab Ahli Sunnah wal -Jamaah yang berlandaskan pemikiran Islam yang benar (bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah) seperti di zaman Rasulullah S.A.W.

2) perbezaan dari segi fiqah (mazhab fiqhiah)
perbezaan ini selalunya berlatarbelakangkan ilmiah dan seringkali dibahaskan oleh para ulama'. namun, perbezaan dari segi fiqh mempunyai hikamh tersendiri, asalkan ianya tidak membawa kepada pertelingkahan/pergaduhan dan fanatisme terhadap satu-satu pendapat. ianya bukan bermakna terdapat kekurangan/kecacatan dalam Islam bahkan ia merupakan suatu rahmat dan keringanan bagi umat Islam. perbezaan ini juga tidak dapat dihindari kerana terdapat perbezaan pemahaman terhadapat nash-nash yang mengandungi banyak makna oleh para ulama'.

seandainya terdapat individu-individu yang ingin menyatukan seluruh muslimin dengan satu hukum, maka ianya mustahil untuk terjadi kerana ;

1) tabiat agama
jika Allah mengkehendaki hukum-hukum Islam ditetapkan, nescaya ayat-ayat didalam Al-Quran hanya bersifat muhkamat (tegas/tetap) dan tidak terjadinya perbezaan pendapat dan keperluan berijtihad (persepakatan para ulama' dalam menentukan hukum).

"Dialah yang telah menurunkan Kitab (ayat Al-Quran) kepadamu (Muhammad). di antaranya ada ayat-ayat muhkamat (tegas), iaitu pokok-pokok bagi Kitab (Al-Quran), dan yang (sebahagian) lain adalah ayat-ayat yang mutasyabihat (tidak tegas). adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. orang-orang yang dalam ilmunya berkata, "kami beriman kepadanya (Al-Quran), (kerana) semuanya dari sisi tuhan kami". Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal."
(Ali-Imran :7)

2) tabiat bahasa.
untuk memahami Al Quran dan As-Sunnah haruslah mengikut kaedah-kaedah bahasa Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana kita memahami dan menafsirkan suatu teks bahasa, kerana teks-teks Al-Quran dan As-Sunnah disusun mengikut gaya bahasa tersendiri dari segi bahasa dan susunan kalimah. sebagai contoh, ayat tentang thaharah yang terdapat dalm surah Al-Maidah,
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu sampai kedua buku lali, dan jika kamu junub, maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat membuang air, atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka tayamumlah dengan tanah yang baik (bersih)......."
(Al-Maidah : 6)
dari satu ayat ini saja timbul pelbagai penafsiran yang kesemuanya berkaitan dengan faktor bahasa seperti, apakah yang dimaksudkan dengan "tanah" untuk bertayamum, debu atau benda-benda sejenis tanah yang lain? apakah maksud huruf ba' dalam firman biru'uusikum bererti "seluruh" atau "sebahagian" atau hanya sebagai huruf tambahan yang tak membawa mksud apa-apa? dan banyak lagi perbezaan penafsiran daripada satu ayat ini.

3)tabiat manusia
manusia itu mempunyai pelbagai ragam, personaliti, tabiat dan bentuk pemikiran tersendiri. tak mungkin semua manusia mempunyai perangai, pemikiran dan pendapat yang sama. 

" Dan diantara tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan, berlainan bahasamu dan berlainan warna kulitmu. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang benar-benar mengetahui"
( Ar-Rum : 22)

kalau dilihat pada zaman Rasulullah S.A.W, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan  Sayyidina Umar Al-Khattab, kedua-duanya merupakan sahabat terdekat Rasulullah, ahli badar dan khulafa' setelah kewafatan Rasulullah. namun, kedua-dua individual ini mempunyai personaliti yang berbeza. Sayyidina Abu Bakar bersifat lemah-lembut dan penyayang dan manakala Sayyidina Umar bersifat lebih tegas dan kasar. kadang-kala mereka berselisih pendapat antara satu sama lain, namun mereka tidak pernah bermusuhan dan menyalahkan antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat. 

hakikatnya, perbezaan pendapat ini bukan bersifat penentangan antara satu sama lain, akan tetapi ianya lebih kepada kepelbagaian pendapat.

Perbezaan Pendapat Itu Adalah Rahmat.

Terdapat banyak perbezaan dalam hukum-hukum fiqh. sebagai contoh, pembacaan surah Al-Fatihah dalam solat berjemaah. ada ulama berpendapat, makmum perlu membaca Al-Fatihah walaupun imam sudah membacakannya kerana surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat. ada ulama' yang berpendapat bahawa makmum tidak perlu membaca surah Al-Fatihah kerana dikhuatiri mengganggu imam. namun, kedua-dua pendapat ini mempunyai hujah-hujah tersendiri berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. maka, kedua-dua pendapat ini boleh diterima pakai, asalkan kita jelas dengan hujah-hujah yang membenarkannya mahupun melarangnya. 

Dan sebagai seorang muslim, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari hujah/nash sesuatu hukum sebelum menerimanya secara bulat-bulat. maksudnya disini, kita sendiri haruslah mengetahui hukum melakukan sesuatu ibadah itu berdasarkan nashnya, kemudian barulah kita mengamalkan sesuatu ibadah itu. seandainya terdapat percanggahan dalam hukum ibadah itu, seharusnya kita menyelidiki kedua-dua jenis hujah, baik yang membenarkan hukum tersebut mahupun menolaknya. kemudian, barulah kita beramal dengan hukum yang lebih dipercayai nashnya. 

Pendapat Para Imam Mazhab

berikut adalah pendapat daripada imam-imam mazhab mengenai perbezaan pendapat:

1) Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) : 
apabila hadith itu shahih maka ia adalah mazhabku.

2) Imam Malik (Mazhab Maliki) : 
sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. maka perhatikanlah pendapatku. setiap pendapat yang sesuai dengan Al-Quran dan sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, tinggalkanlah.

3) Imam Syafi'e (Mazhab Syafi'e) :
apabila kamu mendapati di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah S.A.W dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.

4) Imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali):
janganlah engkau mengikuti aku, dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi'e, Auza'i, dan Tsauri, tapi ambillah dari sumber yang mereka ambil.

dari sini, jelaslah bahawa para imam mazhab sendiri telah memerintah kita untuk berpegang kepada hadith Rasulullah S.A.W dan melarang untuk mengikuti mereka tanpa penyelidikian. hal ini kerana para imam itu sendiri bukanlah maksum dan tidak bebas daripada membuat kesalahan, oleh itu kita seharusnya berpegang dengan mana-mana pendapat yang mempunyai hujah atau bukti-bukti yang kukuh daripada Al-Quran dal hadith-hadith Rasulullah S.A.W.

Kesimpulannya, sebagai seorang individu Muslim, tidak seharusnya kita bersikap fanatik ataupun terlalu terikat dengan pendapat yang terdapat pada mazhab kita dan menolak pendapat mazhab lain. kita seharusnya berpegang kepada sumber shahih yang terdapat pada mazhab kita mahupun daripada mazhab-mazhab lain atau mana-mana ulama' sekiranya mereka mendatangkan hadith yang shahih serta pegangan para ahli salafus-soleh (para sahabat Rasulullah) sebagai bukti.

Oleh itu, tidak salah bagi kita yang berpegang pada satu mazhab, menerima pendapat daripada mazhab lain mahupun daripada mana-mana ulama', asalkan ianya bersumberkan Al-Quran dan hadith yang shahih.

wallahua'lam.

rujukan : fiqh perbedaan pendapat antar sesama Muslim, Dr. Yusuf Al-Qhardhawi.

komentar: Berdebat dan berbalah hanya akan mengeraskan hati dan merosakkan ukhwah antara kita. Beramallah dengan ilmu yang dimiliki masing-masing. Jangan beramal tanpa mengetahui hujung pangkal dan sekadar ikut-ikutan. Carilah agamamu, supaya lebih yakin dengan apa yang diamalkan...
Selamat menghadapi bulan Ramadhan, semoga Allah merahmati kita semua. ameen...

Reaksi 

0 pemberi komen :):

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^


Labels

akhirat (5) al-Quran (2) aqidah (11) fiqh (19) ilmu hadith (5) isu semasa (9) program BAIK (28) sunnah (2) tazkirah (9) Umum (22) usul fiqh (2) Video (7)

Blog Archive

  • ►  2012 (5)
    • ►  Februari (3)
      • JOM AMBIL TAHU :)
      • Rasa Cinta
      • Are We Really Inspired by Prophet Muhammad?
    • ►  Januari (2)
      • Apakah Nikmat Yang Terbesar?
      • Kemanisan iman?
  • ▼  2011 (30)
    • ►  November (5)
      • Promosi: Walk of Faith: Journey to the Core of Isl...
      • Sesudah Haji Yang Tertunai.
      • KUIH edisi 12
      • Ciri-ciri Pengikut Kebenaran?
      • Puasa Arafah : Apakah puasa hari Sabtu terlarang?
    • ►  Oktober (1)
      • Sunnah-Sunnah Di Bulan Zulhijjah
    • ►  September (3)
      • Dakwah bukan satu pilihan
      • Falsafah 'Idul Fitry
      • That's Maturity
    • ▼  Julai (3)
      • Jangan Cemari Ramadhan Dengan Hadis Palsu
      • Perbezaan pendapat??
      • this is why Muslims love the month of Ramadhan
    • ►  Jun (3)
      • Bercakap-cakap ketika azan, BOLEH atau TIDAK?
      • BTB - Innalillah wa inna ilaihi raji'uun
      • Inna lillaahi wa inna ilayhi Raaji'oon
    • ►  Mei (3)
      • Brothers Without Borders
      • Antara Suka, Cinta & Couple
      • Surah Al-Falaq: Lindungilah Kami Ya Allah
    • ►  April (2)
      • Muzik dan Hiburan
      • Hawa Nafsu, Menguasai atau Dikuasai?
    • ►  Mac (2)
      • E-pamphlet - Mari Hidup dengan Disinari Cahaya Isl...
      • Mutiara Sirah Sahabiyah: Ummu Sulaym
    • ►  Februari (5)
      • Tentatif Program LED
      • Program LED- Live Enlightened in Deen: with Al-Qur...
      • Al-Quran Sebagai Pedoman Hidup
      • LED : Live Enlightened in Deen
      • Lelaki dan Perempuan
    • ►  Januari (3)
      • KUIH edisi 07
      • Tutupilah Aib : Diri sendiri dan orang lain
      • Menyentuh wanita bukan mahram?
  • ►  2010 (31)
    • ►  Disember (2)
      • Cepat memberi fatwa(jawapan)?
      • Iftar sempena Hari Tasu'a 9 Muharram 1432H... Jom ...
    • ►  November (5)
      • Titian Shiraath??
      • Insya-Allah..
      • Are you living a dream? Isn't it time you woke up?...
      • Ada apa dengan qurban?
      • ada apa dengan AIDILADHA?
    • ►  Oktober (5)
      • mari muhasabah diri!
      • Saham akhirat
      • Tabarruj II
      • Tabarruj?
      • Video Trailer Back to Basic
    • ►  September (4)
      • Video Sambutan Aidilfitri dan Iftar Puasa Enam
      • Majlis Iftar Puasa Enam & Sambutan Aidilfitri KUBI...
      • Puasa qada', sunat, atau gabung??
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2009 (30)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (3)

Blogroll

Biro Agama Islam Kubi @fb

Biro Agama Islam Kubi | Friend with us

Link Bermanfaat

  • Azzariyat.com
    result.. oh.. result..
  • Minda Tajdid
    Masihkah Mereka Pejuang Negara Islam?
  • .: Islamic Malaysian Association - IMAN :.
    Program Muslimah Pillar in Deen & Forum "Tarbiyah di Luar Kampus"
  • Saifulislam.Com
    Al-Rasul Sebagai Pendidik
  • ABUAMMAR@ALITANTAWI
    Wacana Ilmu Hadith - Menjawab Ust. Fathul Bari (UFB)
  • Catatan Abu Umair
    FOREX: Di Mana Haramnya?
  • Palestinkini.info
    Hamas: Rejim Zionis bertanggungjawab atas sebarang tindakan terhadap Masjid al Aqsa
  • Manhaj Aqeedah
    131 - Imam asy-Syafi’i Menggugat Neo-Muktazilah
  • Minda Akob
    PATUTKAH ISTERI YANG BEKERJA BERKONGSI GAJI DENGAN SUAMI?
  • al-Fikrah.net
    AFN V2
  • PKPMI-CB
    PLANNER 2012 brought to you by IMAN
  • FIQH & SUNNAH
    188 - Kesucian Air Musta’mal, Satu Analisa Ringkas
  • Kelab Umno Bandung
    bandung games datang lagi
  • Langit Ilahi
    Novel Takdir: Cheritera 10
  • al-ahkam.net
  • iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
  • www.zaharuddin.net - Utama
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Blogger BAIK

  • mylife-myseries-mydestination
    confusing toothache
  • Ummu Furqan
    Mufti Menk Konvensyen Fiqh Ummah 2012
  • Belasah Jelah
    Expression
  • Fahkrul Radzi
    I’M twentySIX …AND I KNOW IT! (^^,)
  • Illyyinna Ismail
    TAK SEMUDAH ITU
  • Farah Wahidah
    yes i do!
  • Khairul Anwar
    the other khairul anwar…
  • Illyyinna Ismail
    BILA CINTA
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Sahabat-sahabat

  • .:cUbA~tRy~TeSt:.
    .:Homesick:.
  • Penjejak Fityatul Kahfi...
    'Tangan' Tuhan Yang Gagal
  • s0ldier 0f Allah
    sensitivity
  • .: Ini Amad Pesan :.
    Teguran Dan Doa Kepada Pak Dokter
  • anasolehah
    Teguran mereka teruk!
  • ~VoiCe FroM mY HeaRt~
    .:Rahsia disebalik Tulang Sulbi atau Coccyx:.
  • ::shimuniri is a human::
  • InSoft...
    Usrah : Sebuah keterpaksaan

Rakan Seperjuangan

  • BADAR PKPMI-CM
    SATISFACTION WITH THE CHOOSING OF ALLAH
  • .: Islamic Malaysian Association - IMAN :.
    Program Muslimah Pillar in Deen & Forum "Tarbiyah di Luar Kampus"
  • UPIMI
  • Islamic Circle of Jakarta
    ‎Seven People Will Be Under God's Shade
  • .:Le Fleur Dior:.
    Jemaah
  • Badan Siswa Islam Malaysia, Malang (BASISMA)
    Marhaban Ya Ramadhan :)

Followers

Jom Solat!

Follow this blog
 

© 2012 Biro Agama Islam KUBI|BAIK
© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com