Dakwah bukan satu pilihan

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K


Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum w.b.t


Sebagai seorang umat Islam, ramai daripada kita yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Sudah tersurat dalam Al-Quran, Rasulullah itu merupakan suri tauladan yang terbaik.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.
 (QS Al-Ahzab:21)


Sedang ramai daripada kalangan kita sibuk melakukan amalan-amalan sunnah harian yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, kita terlupa salah satu sunnah 'terbesar' Rasululllah itu sendiri ; DAKWAH.


Semenjak wahyu diturunkan buat kali pertamanya, inilah amalan yang tidak pernah Rasulullah tinggalkan walau sedetik, tanpa mengenal erti penat dan lelah, tanpa mengira ancaman dan bahaya. Bayangkan, 1400 tahun dahulu, tanpa sokongan, tanpa seorang mentor, tanpa sebarang kemudahan moden, bermula dari kosong,  Rasulullah memikul beban dakwah walaupun diancam hebat oleh kaum kerabat dan saudara-mara Baginda sendiri. Betapa mereka membenci Rasulullah dan ajaran yang dibawa oleh Baginda sehingga mereka tegar untuk membunuh Rasulullah S.A.W, saudara dan darah daging mereka sendiri. Semuanya hanya kerana urusan dakwah.


Namun Alhamdulillah, hal ini sama sekali tidak menjatuhkan semangat Rasulullah untuk menegakkan 'kalamullah' diatas muka bumi ini. Tapi dapatkah kita membayangkan, apa yang akan terjadi seandainya Rasululullah berputus asa setelah menghadapi ancaman-ancaman hebat tadi, seperti kebanyakan daripada kita dalam kalangan umat Islam masa kini? Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengikuti Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan kita, bukan menerima yang sebahagian sunnah baginda, dan meninggalkan sebahagian sunnah yang lain.






Realiti Dakwah


Dewasa ini ramai yang keliru dengan pengertian dakwah yang sebenarnya. Kebanyakan daripada kita menganggap dakwah hanya sebatas 'tugas meng-Islamkan masyarakat non-Muslim' atau pun 'tugas para pendakwah/penceramah dan dai'e' semata-mata. Medium dakwah juga sering disempitkan dengan majlis ilmu/taklim, forum Islamiyyah, ceramah, khutbah dan program-program berbentuk kerohanian. Hakikatnya dakwah itu lebih daripada itu semua.


Dari segi bahasa, dakwah bermaksud menyeru, memanggil atau mengajak. Dari segi istilah pula dakwah bermaksud usaha menyeru seseorang kearah mentauhidkan Allah dan mengajak untuk taat kepada perintah dan ajaran dalam Islam. Ini bermaksud, sebarang usaha mengajak kepada bentuk-bentuk kebaikan dalam Islam itulah dakwah. contohnya, ajak orang pergi solat jemaah itu dakwah, ajak berpuasa itu dakwah, ajak belajar itu dakwah, ajak bercakap dengan sopan pun dikira dakwah. Dakwah boleh jadi semudah mengajak seseorang untuk tersenyum sehingga sesukar berperang di medan jihad. Asalkan ianya ikhlas kerana Allah S.W.T.


Medium dakwah juga boleh diperluaskan dengan mengajak sahabat beriadah, membaca buku, membeli-belah, memasak dan sebagainya. Rasulullah dahulu pernah berdakwah dengan bergusti dengan salah seorang ahli gusti Quraisy yang terhebat. Dalam zaman moden ini, seharusnya medium dakwah diperluaskan dengan pelbagai bentuk aktiviti seperti melayari internet, bersukan, berhibur dengan had yang sepatutnya dan lain-lain. Seharusnya seorang dai'e itu kreatif memikirkan medium-medium dakwah selain daripada apa yang telah sedia ada.






Dakwah Itu Satu Tanggungjawab


Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat, ayat 33 yang bermaksud :




“Dan siapakah yang lebih baik  perkataannya  daripada  orang yang  menyeru  kepada  Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang muslim (yang berserah diri)?”


Ayat diatas merupakan salah satu dalil kewajiban berdakwah. Sebagai seorang Muslim, adalah wajib bagi kita menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain, baik bagi Muslim mahupun bukan Muslim. Walau bagaimanapun dakwah bukanlah fardhu ain, ianya merupakan fardhu kifayah. Secara amnya, Islam mengajak kepada kebenaran, seseorang itu tidak perlu tunggu untuk menjadi seorang Muslim yang benar-benar soleh untuk menyampaikan kebenaran. Rasulullah pernah bersabda :


"sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" (h.r Al-Bukhari)


Adalah tidak perlu untuk seseorang itu menunggu sehingga menjadi benar-benar alim dan soleh untuk berdakwah, cukuplah berdakwah mengikut kefahaman sendiri. Ini kerana, dakwah itu satu tanggungjwab, seperti mana kita diberi tanggungjawab untuk belajar, bekerja, berbakti kepada ibubapa dan lain-lain. Ianya bukan satu pilihan mahupun beban. Setiap tanggungjawab juga pasti akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.


Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermaksud seorang Muslim itu tidak perlu menuntut atau memperbanyakkan ilmu untuk berdakwah. Dakwah itu perlu dilakukan secara berhikmah, dan cara yang berhikmah itu dapat diaplikasi setelah memperdalamkan ilmu dan kefahaman tentang Islam itu sendiri. Oleh sebab itu, seharusnya para dai'e memperdalamkan ilmu untuk berdakwah dan bukan sebaliknya.


Cabaran Dakwah


Tidak dinafikan, jalan dakwah itu bukanlah jalan yang mudah. jalan ini ialah jalan yang berliku-liku dan penuh duri. Rasulullah S.A.W sendiri melalui jalan ini dengan jerit-payah, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang bukan maksum. Kadang-kala kita maju melangkah, kadang-kala kita jatuh tersungkur. Kadang-kala kita mampu untuk berdiri kembali, kadang-kala kita terus rebah menyembah bumi. Namun ingatlah, penghujung jalan ini semestinya membahagiakan. Tiada kemanisan tanpa kepahitan sebelumnya, tiada kemenangan tanpa kekalahan sebelumnya. Oleh sebab itu, janganlah sekali-kali berseorangan dijalan ini. Carilah seseorang/kumpulan yang mempunyai misi yang sama agar kita saling mengingati kerana Allah. Janganlah kita mudah berputus asa dijalan ini, kerana Allah pasti membantu sesiapa yang membantu agama-Nya.





Akhir kata,


"sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam." (3:19)


Ayat ini jelas menerangkan, tiada agama yang diredhai oleh Allah kecuali Islam. Dan agama Islam bukan agama untuk amalan persendirian, ianya agama yang bersifat menyeluruh dan sejagat. Ayuh para dai'e, sambutlah cabaran ini!


Wallahua'lam.:)

Falsafah 'Idul Fitry

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا : إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصِيَامِهِ . ()( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ )  Daripada Abi Hurairah RA katanya : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman : Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan : Ketika berbuka, dia bergembira kerana berbukanya, dan ketika menemui Tuhannya, dia bergembira kerana puasanya. (Muttafaq ‘Alaih).



Pengajaran Hadis :

1.      Setelah melalui latihan intensif selama sebulan Ramadhan, siangnya berpuasa dan malamnya qiyam, maka wajarlah jika umat Islam yang tekun beribadah bergembira menyambut Hari Raya Fitrah. Malahan begitu jelas dalam Hadis Qudsiy diatas bahawa bagi setiap orang yang berpuasa ada dua kegembiraan : 1. Ketika berbuka ; 2. Ketika menemui Allah di akhirat nanti. Kegembiraan pertama ketika berbuka mempunyai beberapa maksud, antaranya : a. Gembira kerana dapat melakukan puasa dengan sempurna padahal manusia dalam kubur juga menginginkannya tetapi mereka tidak lagi berpeluang ; b. Gembira kerana ketika berbuka mereka boleh melakukan apa yang dilarang pada siangnya seperti makan, minum, bercampur suami isteri dan lain-lain ; c. Gembira menghadapi Eid Al-Fitry setelah sebulan memperbanyakkan ibadat. Adapun kegembiraan kedua pula ketika menghadap Allah di akhirat nanti kerana ganjaran puasa luar biasa besarnya disisi Allah dan bakal memasuki syurga Allah melalui pintu khas bernama Bab Al-Rayyan.

2.      Eid ( عِيْدٌ ) makna asalnya : Kembali. Akar katanya sama dengan adat ( عَادَةٌ ) : Tradisi atau adat istiadat. Sesuatu dinamakan adat jika ia dilakukan secara berulang-ulang. Oleh itu, kerana setiap tiba 1hb Syawwal kita rayakan setiap tahun maka ia dipanggil ( عِيْدُ الفِطْرِي ) : Eid Al-Fitry ; dan setiap tiba 10hb Dzul Hijjah kita rayakan, maka ia dipanggil ( عِيْدُ الأَضْحَى ) : Eid Al-Adha. Al-Adha ( الأًضْحَى ) diambil dari perkataan Al-Udhiyah ( الأُضْحِيَةُ ) : Korban, kerana pada tarikh tersebut akan berulang ibadah korban setiap tiba Eid Al-Adha. Adapun perkataan Al-Fitry ( الفِطْرِيُّ ) berasal dari perkataan Al-Fitrah ( الفِطْرَةُ ) dan Al-Fitrah pula mempunyai beberapa makna, iaitu : Suci atau bersih atau asal atau semula jadi atau Islam. Jadi perkataan Eid Al-Fitry dapat membawa makna : Kembali Suci ; Kembali Bersih ; Kembali kepada Asal ; Kembali kepada Islam.

3.      Kembali Suci dan Bersih. Jika Eid Al-Fitry ditinjau dari sudut ini, sungguh tepat, sebab Ramadhan ( رَمَضَان ) diambil dari perkataan Ramadh ( رَمَضَ ) : Panas yang membakar. Jadi menurut sebahagian ulama, Ramadhan maknanya “ Pembakar Dosa “. Hakikat ini sangat sesuai dengan sabda Nabi SAW  : Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan didorong oleh keimanannya dan semata-mata mengharap pahala di akhirat nanti, nescaya Allah ampun segala dosanya yang telah lalu ; dan barangsiapa yang qiyam Ramadhan didorong oleh keimanannya dan semata-mata mengharap pahala di akhirat nanti, nescaya Allah Allah ampun segala dosanya yang telah lalu. (Muttafaq ‘Alaih). Rasullullah SAW juga bersabda : Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah (suci tanpa dosa) maka ibu bapanyalah yang akan me-Yahudikannya atau me-Nasranikannya atau me-Majusikannya. (HR Bukhari)

4.       Kembali Kepada Asal. Fitrah maknanya semula jadi atau asal. Jika ditinjau dari sudut ajaran agama Islam, maka ajaran asalnya kita disuruh agar mentauhidkan atau meng-Esakan Allah ; menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup ; menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan atau 'role model''; menyuruh kita agar amanah ; berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa ; berkata benar ; dan lain-lain lagi. Jadi jika kita memahami Eid Al-Fitry dari sudut ini, maka bermula dari 1hb Syawwal ini kita mesti dan wajib kembalikan pegangan agama kita, apakah dari sudut Aqidahnya atau cara beribadatnya atau akhlaknya sebagaimana yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Contohnya : Milikilah Tauhid yang murni dan jangan campuri unsur syirik ; ikutilah cara ibadat Rasulullah SAW dan jauhi bid’ah ; kembalilah amanah dan jangan khianat ; kembalilah kepada keadilan dan jauhilah kezaliman ; berbuat ihsanlah kepada ibu bapa dan jauhilah sifat durhaka ; berlemah lembutlah kepada ibu bapa dan jangan menyakiti hati mereka. Kalau selama ini sukan makan minum dengan tangan kiri, maka sekarang makan dan minumlah dengan tangan kanan. Ingatlah !!! untuk kembali kepada ajaran Islam yang asal memang memerlukan perjuangan, sebab syaitan sentiasa berusaha agar kita menyimpang dari “ Jalan Allah Yang Lurus “. Oleh itu, ilmu agama perlu ditambah senantiasa, sebab cara yang paling tepat lagi berkesan melawan godaan syaitan adalah dengan ilmu. Dan ilmu yang paling tepat dalam hal ini adalah ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

5.       Kembali Kepada Islam. Rasulullah SAW bersabda : Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah (suci tanpa dosa) maka ibu bapanyalah yang akan me-Yahudikannya atau me-Nasranikannya atau me-Majusikannya. (HR Bukhari). Hadis ini memberi isyarat bahawa setiap manusia dilahirkan dalam Islam. Itulah sebabnya baginda SAW tidak menyebut dalam hadis ini “ maka ibu bapanyalah yang meng-Islamkannya “ sebab sememangnya manusia dilahirkan dalam Islam. Itu jugalah sebabnya maka istilah yang paling tepat bagi orang-orang kafir yang baru memeluk agama Islam bukan dikatakan “ convert “ tetapi lebih tepat jika kita gunakan istilah “ revert “ atau “ back to basic “ atau “ kembali kepada asal “. Dan asal usul agama manusia adalah Islam. Hanya Islam saja satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT. Firman-Nya (  إن الدين عند الله الإسلام  ) : Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam. ( Ali Imran ; 19 ).

6.      Mengapa bulan Ramadhan disusuli dengan bulan Syawwal ? Apakah makna Syawwal dan mengapa 1hb Syawwal dipanggil Eid Al-Fitry ? Jaka kita merujuk kepada kamus maka diantara makna Syawwal ( شوال ) adalah ( ارتفع  ) : Meningkat (Up gread). Maksudnya : Setelah kita lalui Ramadhan dengan perbagai latihan siang dan malam untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah, maka sangatlah sesuai jika disusuli dengan Syawwal yang membawa makna “ peningkatan “. Oleh itu, begitu berakhir Ramadhan seharusnya kita menjadi manusia yang lebih baik dalam bulan Syawwal dan seterusnya, bukan sebaliknya !!! Mengapa ada manusia yang rajin beribadat dalam bulan Ramadhan tetapi malas bila memasuki Syawwal ? Mengapa ada manusia yang dapat meninggalkan pelbagai maksiat dalam Ramadhan tetapi mula melakukannya lagi begitu memasuki Syawwal ? Mangapa sebahagian kita justeru merudum, bukan meningkat ? Apakah yang dimaksudkan dengan meningkat ? Apakah kita mesti berpuasa dalam Syawwal lebih banyak bilangan harinya berbanding Ramadhan ? Apakah Qiyam dan Tilawah Al-Quran mesti lebih banyak bilangan rakaat dan ayatnya dalam bulan Syawwal ?



7.      Allah SWT lebih menyukai amalan yang berkekalan (istiqamah) walaupun ia dilakukan dalam bilangan yang sedikit. Aisyah RA berkata : Rasul SAW ditanya : ( أَيُّ العَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ ؟ ) : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Lalu baginda bersabda : ( أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ ) : Amalan yang berkekalan walaupun sedikit. ( HR Muslim ). Jadi maksud ( شَوَّالُ ) : peningkatan disini ialah kita mestilah kekalkan setiap amalan baik dalam Ramadhan seperti puasa, qiyamullail, tilawah Al-Quran, bersedekah, ihdan kepada ibu bapa dan jiran tetangga dan lain-lain dalam bulan Syawwal dan seterusnya. Jadi Islam sebenarnya lebih mementingkan “ konsistensi “ dan bukan “ kuantiti “. Dan inilah sebabnya mengapa hari pertama yakni 1hb Syawwal dipanggil dengan ( عِيْدُ الفِطْرِي ) : Kembali kepada fitrah sebagaimana yang dijelaskan diatas. Saya harap para pembaca artikel ini dapat merenung maksud tersirat dari setiap istilah agama diatas. Semoga pegangan agama kita akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang. Oleh sebab itulah Rasululllah SAW bersabda : 


( مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ ) 
Siapa yang Allah menginginkan agar dia menjadi orang baik, nescaya Allah dorong dia memahami tentang selok belok agamanya ( HR Muslim ). 


Itu jugalah sebabnya Salaf Soleh berkata ( لَا عِبَادَةَ بِلَا تَفَقُّهٍ ) : Tiada berguna ibadat tanpa kefahaman. 


-sumber: Akaun facebook Dr. Abdullah Yassin


Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

That's Maturity


Praying for those who love you, that’s sincerity. Praying for those who hurt you, that’s maturity.

I keep reminding myself about the second sentence. Yes, as human, we've been hurt, it's inevitable. But that's not a valid reason for us to hurt them back. Make du'a. It will soothe your heart. And some people say, a tips to heal your pain, is by forgiving the person who caused it.

In verse 85, surah al-hijr, Allah said:

So overlook (any human faults) with gracious forgiveness.

Syeikh 'Abdurrahman as-Sa'diy has given a beautiful tafsir to the phrase as sofhu al jamil(gracious forgiveness). He said:

It is a forgiveness which doesn't contain the intention of hurting others, instead it pays the ill-offending deed with charity, and the mistakes with mercy. In fact, this forgiveness is given for the sake of getting countless rewards from Allah.

Wanna share here (i think it is related with the above issue) about one Malay quote from an Indonesian preacher Aa Gym:

"Mengapa kita harus merasa terluka dan marah kepada orang yang menghina kita, padahal mereka sedang mempertontonkan kehinaan diri mereka sendiri?"

Wallahua'lam.


http://sujudku-padanya.blogspot.com/2011/08/thats-maturity.html

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^