Posted by B.A.I.K in
on
-
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Assalamualaikum….
Hari nak sharing 2
tentang petua pelajar cemerlang..tapi yang paling penting tawakal kita kepada
Allah dan kembali padanya.
3:160
“Jika Allah
menolong kamu,tiada ada yang dapat mengalahkanmu ,tetapi jika Allah membiarkan
kamu(tidak memberi pertolongan) maka
siapa yang dapat menolong setelah itu ?kerana itu Allah sahaja bagi orang
mukmin bertawakal…”
Berikut merupakan
petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah
Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1.
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan &
kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah
otak tersebut.
2.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10% apa yang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.
Belajar secara aktif dengan pen/pensil
ditangan.
4.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu
(tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti
membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5.
Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat
belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum
6.
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas,
salin nota dari rakan.
7.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output
learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul.
Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut
apa yang difahami, dan jawab soalan.
8.
Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application)
9.
Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan
memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat
mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali
atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan
kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang,
sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Bersambung next week….
Moga bermanfaat untuk
kita semua..
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
Catat Ulasan