Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K



ASSALAMUALAIKUM…
Musim exam tiba lagi ahhh..  dah sedia ke nak exam ni!!! Dah banyak cover study ke?? Nak buat gi mane ni ?masa dah suntuk, jiwa dah mula kacau ,dah mula x senang duduk dibuatnya.
Jadi hari ni nak share satu ayat Allah.. surah ali imran

160. Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. 

Nak katakan disini kita hendaklah meletakkan pergantungan kita 110% kepada Allah…Sesungguhnya Allah lihat usaha kita dan bukan nya hasilnya…
Bersungguh-sungguh dan buatlah perancangan yang teliti dan ubahlah mind set kita belajar utuk exam kepada study kerana ALLAH dan jangan sesekali bertuhan exam di mana exam segala-galanya…

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ
18. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatkannya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah .Sunguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.. ...
Moga Allah permudah urusan KITA SEMUA..insyallah
Wasalam..

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^