Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua!
Sudah pasti anda semua ternanti-nantikan entry terbaru di blog BAIK ni kan??

Inilah dia..Jeng3!...
Kali ini kita bincang tentang salah faham dan persoalan-persoalan tentang solat jamak dan qasar...

Mesti anda semua pernah tertanya-tanya
"Eh boleh ke jamak/qasar ni??"

sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kan kan kan.......hehe.
Sama-sama kita belajar ya~

.:Jamak:.

Apa itu jamak?
Jamak bererti menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu kan...

Jadi adakah jamak hanya untuk mereka yang bermusafir sahaja???
Sebelum ini kita sering dididik, jamak dan qasar adalah rukhsah dalam Islam apabila kita bermusafir.

Benar, namun kita juga dibolehkan jamak dalam keadaan bukan musafir...





Antara keadaan yang dibolehkan:
1) Jamak kerana hujan.
2) Jamak kerana sakit.
3) Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.




Subhanallah...Kan best tu? Islam ini mudah...Tak pernah mahu menyusahkan umatnya...Namun kalau mahu mengamalkannya harus ada ilmu...Untuk syarat-syaratnya boleh lihat di sini:);">


Mudah? Ya...tapi ingat...jangan mudah-mudahkan ya:)

Kata Ustaz Maszlee:~

Keharusan untuk melakukan “jamak” kerana hajat ini tidaklah dibenarkan secara mutlak. Para ulama yang membenarkan perlakuan tersebut telah memberikan syarat – syarat tertentu seperti berikut :





1- Ianya tidak dijadikan kebiasaan atau adat sehingga ianya dilakukan dalam banyak keadaan tanpa ada sebab yang benar – benar mendesak.

2- Hajat tersebut hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat yang lebih besar.

3- Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.






Yang mana satu kita? insyaAllah yang tengah ya... :)


.:Qasar:.

Okay, sekarang untuk qasar pula. Qasar maknanya apa? Maknanya memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat betul? [Sila angguk kepala jika setuju^-^]
Maknanya solat yang boleh diqasarkan hanyalah Zuhur, Asar, dan Isyak betul?

Hmmm...boleh ke kita nak qasar jika hujan, sakit atau berhajat?
Jawapannya:-

Tidak boleh, kerana qasar merupakan sedekah Allah kepada hambanya yang bermusafir...Jadi jika kita bukan bermusafir, maka tidak boleh mengqasarkan solat ya...

Bila kita dikatakan bermusafir?

Hmm...Jika ditanyakan pada ramai orang, tentu akan menjawab..
"2 MARHALAH!!!"
Sebenarnya para ulama' ramai yang berselisih tentang perkara ini...dan terdapat kira-kira 20 PENDAPAT(Banyaknyaaa 0_o) yang berbeza-beza di kalangan mereka...namun pendapat di Malaysia yang digunapakai adalah 2 marhalah iaitu kira-kira 83km~


Kata Protaz Hafiz Firdaus:



Tiada sesiapa yang berhak untuk meletakkan batasan tentang jauh jarak perjalanan
yang diperbolehkan seseorang itu bersembahyang qasar kecuali Allah 'Azza wa
Jalla dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata Allah Subhanahu wa
Ta'ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak meletakkan batasan
jarak tersebut maka ianya bergantung kepada kebiasaan lingkungan perjalanan
harian seseorang individu.





Syaikh Abu Ubaidah Masyhur berkata:
Pendapat yang shahih menurut para ulama’ yang sangat teliti bahawa jika menurut adat kebiasaan seseorang satu jarak tertentu sudah boleh dianggap melakukan safar, maka dia dianggap telah boleh mengerjakan jamak mahupun qasar. Ini lebih sesuai dengan slogan Islam yang selalu memberikan kemudahan kepada umatnya. Ini adalah kerana dengan meletakkan had batasan seperti hanya boleh mengqasarkan sembahyang selama tiga hari atau batasan-batasan lainnya, boleh mengakibatkan musnahnya kemudahan yang diberikan syari’at Islam.
[Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 420-421]


Dari mana datangnya '2 marhalah'?

Dalil yang dijadikan sandaran berkaitan dengan jarak 2 marhalah sebagai batasan yang diperbolehkan untuk mengqasarkan sembahyang adalah sebuah hadis yang dha’if (lemah) diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.”

Berkata Imam al-Syaukani rahimahullah:
Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana dalam sanadnya (jalur perawi yang meriwayatkan hadis ini) terdapat Abdul Wahhab bin Mujahid bin Jubair, dia adalah matruk (tertolak).

Imam al-Nawawi juga menyatakan beliau adalah pendusta. Menurut al-Uzdy, riwayat ini tidak sah darinya (iaitu dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu) kerana perawi yang meriwayat darinya adalah Isma’il bin Iyash dan dia adalah dha’if (lemah di kalangan orang-orang Hijaz) dan Abdul Wahhab tersebut adalah orang Hijaz. Yang benar, hadis ini adalah mauquf (terhenti) pada Ibnu ‘Abbas, sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Syafi’i darinya dengan sanad yang shahih.
[Imam Muhammad al-Syaukani, Nailul Authar, jld. 3, ms. 481.]


Mahu baca e-booknya? Sila sila ke
sini:)

Ok, cukup dulu sampai di sini... Bos dah pesan jangan panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca=p
Jika masih ada kemusykilan, silalah tanya ya...
BAIK- yaaaaaay boleh jamak kalau nak pergi Bandung....! lalaalala~

p/s: Selamat beramal:) (selalu p/s kecil, gatal nak besarkan hehe=) )



Wallahua'lam....



Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

30 Responses so far.

  1. syuhadah says:

    salam..cntik blog nie..hehe..mekasih byk2 4 da da info..sgt bermakna..mekasih..hee

  2. syuhadah says:

    jap...ade soklan nie..hope dpt bg penjelsn..kalo mcm kter blaja kt indonesia,so mse blk msia dh smpai umah kter,bole jama` n qosar dop??beserta hadith kalo boleh..sye pernah tnye ustaz..ustaz J sye kata dop bole sbab kter dh smpai kat tempat kter bermastautin..tapi,bkn ke kter skg bermastautin di indon??huhu..lagi satu,kalo kter bermusafir ke sesuatu tmpat lebh 3 hri,kter xleh wat jama` n qosar??...hmmm,..

  3. fizi says:

    Fatwa Sheikh bin Baz,

    "Seseorang musafir yang telah berhenti, bolehlah memilih untuk menjama'kan solat secara ta'khir atau taqdim. Adalah AFDAL baginya melakukan setiap solat pada waktunya sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw semasa di Mina pada Haji Wadaa'. Sesunguhnya baginda melakukan setiap solat pada waktunya kerana sesungguhnya beliau telah bermuqim disana. Akan tetapi jika terdapat keperluan untuk menjama'kan solat, maka tiadalah ia suatu halangan, kerana Nabi saw menjama'kan solatnya semada ghazwah Tabuk walaupun baginda bermuqim (berhenti dari perjalanan)" [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 12/281-282].

    Untuk panduan lanjut dan agak terperinci, boleh klik http://al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=163/finish=15/start=0.html

  4. Dr Hana says:

    salam miss susi=) hehe
    cantik ye..time kasih..ya Allah Kau jadikanlah kami lebih baik daripada apa yang mereka katakan...amiiin:)

    hmm, ttg soalan miss susi tu, jawapannya adalah dibolehkan selagi tidak berniat untuk iqamah(menetap di tempat tersebut)

    ini penjelasannya:

    Terdapat pendapat dari kalangan Ulama yang membenarkan seseorang itu menjamak dan menqasarkan solatnya walaupun melebihi daripada 3 hari , dengan syarat ia tidak berniat untuk bermaustatin di atau menetap di tempat tersebut.dalam erti kata lain , ia pergi bermusafir atas suatu urusan dan akan kembali semula ke tempat tinggalnya.

    Dalilnya , ialah hadis Anas bin Malik ra :

    خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم من المدينة الى مكة فكان يصلى ركعتين ركعتين حتى رجعنا الى المدينة

    Kami telah keluar (bermusafir) bersama Rasulullah saw dari Madinah ke Mekkah.Maka Baginda saw bersolat dengan 2 rakaat 2 rakaat sehinggalah kami pulang”

    (HR Imam Bukhari 1081 , Imam Muslim : 693)

    Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat secara qasar selama mana tempoh berada di Mekkah sehinggalah Baginda saw pulang semula ke Madinah.

    Malah dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa tempoh masa Rasulullah saw berada di Mekkah atau dalam perjalanan ke Mekkah sebagaimana berikut :

    * 19 hari (Riwayat dan lafaz dari Imam Bukhari , dari Ibn Abbas : 1080)
    * 15 hari (HR Abu Daud : 1230 , 1231)
    * 18 hari (HR Abu Daud : 1229)
    * Rasulullah saw berada di Tabuk dan mengqasarkan solat selama 20 hari (HR Abu Daud : 1235)

    Maka pendapat yang rajihnya ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah bahawa , seseorang yang bermusafir , dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya selama mana pun tempohnya selagi mana ia tidak berniat Iqamah (menetap) di tempat tersebut.

    Wallahua'lam...

  5. alhamdulillah~
    terjawab juga segala kemusykilan..
    hmm..
    kalo niat solat jama' or qasar tu xde perkatan TUNAI kan?
    correct me if i'm wrong
    sebb tyme nk solt tu la..
    perasaan ragu2 tu dtg..
    dugaan..

    p/s:sy da tukr link ye;)

  6. Tanpa Nama says:

    to miss susi : untuk indonesia dan malaysia tu, ada satu jawapan yang mudah untuk kita faham. taktik dia senang je. kita tidak dikatakan musafir kalau kita ada almari baju kat tempat tu. so,di bale anda tak boleh qasar,di rumah pon tak boleh. anda hanya boleh qasar kalau anda 'berperjalanan' je...ok? hehe....

    to idsyaleeya : niat adalah yang terlintas di hati. kalau ianya perlu disusun sebutir2 dalam ayat dan perkataan itu bukanlah namanya niat. ya,tak perlu tunai2 tersebut. selamat beramal.=)

  7. Dr Hana says:

    nsb baek bos dah jawabkan. huuu. nak jawab tapi tak sure...walaupun jwpn dh ada..

    lagipun niat kita adalah nak menuju ke rumah kan. bila dah sampai ke rumah tu, dah bukan safar la maknanya...sebab dah sampai ke destinasi yang dihajatkan:)

    p/s: jwpn pertama di atas yg pnjg lebar tu adalah utk yg bermusafir lebih drpd 3 hari. harap maklum~~~ =)

  8. syuhadah says:

    salam..
    arigato haik to both kak farhana n drrazi..
    skrg lebh yakin..hehe..buat la lagi post pasl fiqh..tntg ibadat smua nie..hehe..

  9. Hijau says:

    assalamualaikum
    jazkk,satu penjelasan yang cukup baik.
    Saya ada satu soklan, jamak adalah untuk kemudahan dan qasar adalah khusus utk musafir. yang menjadi persoalan adalah apakah ciri2 musafir? alhamdulillah telah diterangkan bahawa jarak 2 marhalah utk syarat musafir, namun adakah musafir dinilai hanya setelah terpenuhi syarat jarak tersebut? atau ada ciri2 lain? harap boleh diterangkan ye..jzkk

  10. arif says:

    salam...bley jamak rpenyer g bandung(da tw lme sbnrnyer)..tpkn kalu g bndung atau musafir mne2 laa(hatta Arab pon) utk berhibur @ brgumbira tgk wayang men bowling sesaje n mcm2 lg laa...cam lak tu

  11. Dr Hana says:

    Wsalam arif.
    Hmm jawapannya blh sy jwb gini la.
    Niat nak buat maksiat atau tak tu merupakan masalah hati, n kita tak tahu tentang masalah hati. Semua itu hanya dalam pengetahuan Allah sahaja.

    Saya bagi contoh la. Kalau kita pergi satu tempat, n niat kita baik, pastu tgh jalan tu tiba2 kita boleh 'ter'buat maksiat pula.

    Cnthnya dlm perjalanan tu katakanlah ada konsert ke apa pastu kita pun join skejap konsert tu.(contoh je, maaf xdpt pkir contoh yg lbih baik)

    Jadi kalau mengikut pemahaman "niat musafir bukan utk maksiat," awalnya dia tak berniat pun hendak buat maksiat kan? Jadi rasa2 boleh ke x??

    Kalau benar sekalipun seseorang yg bermusafir hendak melakukan maksiat kemudian hendak jamak n qasarkan solatnya, adakah kita mempunyai hak untuk menghalang? Saya ulang, itu merupakan masalah hati dan kita tidak tahu masalah hati.
    Adakah kita mempunyai hak untuk menghalang seorang hamba utk menyembah Tuhannya?

    Sedangkan manusia tak akan pernah terlepas daripada dosa. Maksiat bukan hanya 'berpoya-poya, tgk wayang' dsb. Apa-apa sahaja yang menjadikan kita berdosa merupakan maksiat. Adakah kita semua terlepas daripada dosa?

    Harap anda faham penjelasan yang tidak seberapa ini. Terima kasih kerana bertanya=)

    *wallahua'lam*

  12. Tanpa Nama says:

    hukum tak berubah kerana niat buruk manusia. solat subuh tetap dua rakaat walaupun niat dia nak menunjuk2...solat isya' tetap lapan rakaat walaupun niat dia tak ikhlas.

    so,'keringanan' ini tak ditentukan oleh niat seseorang. ia adalah 'sedeqah' yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya. kalau tak malu, dah dapat 'sedeqah' tapi still nk buat maksiat tu terpulangla...=)

  13. Dr Hana says:

    bos..solat isya 4 rakaat je....hehe=p

  14. duha says:

    haha solat isya' lapan rakaat..takutnye..boss sape ni?

  15. Dr Hana says:

    Kepada hijau...Maaf lambat jawab soalannya.
    Pendapat 2 marhalah tu merupakan pendapat yang lazim digunakan di Malaysia...dan terdapat kira-kira 20 perbezaan pendapat tentang jarak 2 marhalah itu di masa kini..

    Namun seperti penjelasan di atas, iaitu pandangan Syeikh Abu Ubaidah Masyhur, seseorang itu dikira safar apabila melalui jarak yang ia biasa berperjalanan.

    Tambahan lagi terdapat ulama yang menolak pandangan 2 marhalah tersebut.
    Rasional pandangan Syeikh Abu Ubaidah Masyhur adalah sekiranya terdapat syarat2 yang terlalu rigid maka sudah hilanglah "rukhsah" tersebut.

    tambahan lagi terdapat ulama yang mendha'ifkan hadith tentang 2 marhalah itu..

    Boleh saya bagi contoh jika seseorang hendak ke suatu tempat yang jaraknya kurang 2 marhalah, tetapi dia berniat musafir, ada membawa kelengkapan dsb...maka telah dibenarkan qasar.

    Untuk situasi berbeza-beza, maka hukumnya juga berbeza-beza...

    bolehlah ke sini untuk lebih faham:
    http://al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=163/finish=15/start=0.html

    wallahua'lam..

    antara syarat-syarat lainnya...
    solat yg hendak diqasarkan hndaklah ditunaikan setelah mula bermusafir.

    maknanya kat sini, jika zuhur telah masuk dan dia mahu solat zuhur dlm perjalanan itu tidak dibenarkan. qasar hanya dibenarkan setelah perjalanan dimulakan dan masih dalam safar sahaja.

    org itu juga haruslah tahu dan faham akan rukhsah qasar itu untuk bermusafir.

    semoga jelas. jika ada sesiapa hendak menambah atau memperbetul jawapan ini silakan...

    sekian.

  16. Tanpa Nama says:

    ha....alert pon korang...saje je test tu. nak tengok korang perasan ke tak. bagus2...isya' 4 rakaat ye kawan2? hehe...

  17. al_madd says:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  18. al_madd says:

    maaf...saya nak tanya lagi...tentang definisi musafir..lebih2 lagi ayat dari saudari farhana..

    Boleh saya bagi contoh jika seseorang hendak ke suatu tempat yang jaraknya kurang 2 marhalah, tetapi dia berniat musafir, ada membawa kelengkapan dsb...maka telah dibenarkan qasar.


    kurang dari 2 marhalah tu macam mana??kalau jarak 1km macam mana??

    maksud saya di sini..definisi musafir tu perlu ada ciri2 yang konkrit...ayat2 seperti niat musafir,bawak kelengkapan,kurang dari 2 marhalah itu akan semakin membingungkan orang yang membaca artikel ini....


    kemudian tentang hadis dari ibnu abbas tentang 2 marhalah yang dikatakan dhaif...saya rasa hujah yang dikemukakan adalah tidak adil..sebab hanya memaparkan hujah2 yang menolak hadis tersebut..kenapa tidak dilampirkan juga hujah2 yang menyokong hadis tersebut??

    dan yang menolak pendapat 2 marhalah setahu saya(betulkan saya kalau silap) cuma ibnu taimiyah(seorang ulama hebat dari mazhab hanbali) sedangkan ulama2 muktabar lain seperi imam syafie,maliki,hanafi,hanbali menerima pendapat 2 marhalah ini...kenapa kita hendak mengambil pendapat yang 1 menolak yang banyak???

  19. al_madd says:

    a) Jumhur ulamak –termasuk Imam-Imam mazhab empat- telah menetapkan jarak tertentu bagi perjalanan (musafir) yang membolehkan seseorang menghimpun dan memendekkan solat. Menurut mazhab Malik, Syafi’ie dan Ahmad; jaraknya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah, iaitu kira-kira 85-90KM mengikut ukuran hari ini. Jarak yang dimaksudkan ialah sehala, bukan dua hala. Menurut Imam Abu Hanifah pula; perjalanan yang mengharuskan solat jamak dan qasar ialah jarak yang ditempoh selama tiga hari tiga malam (mengikut perjalanan orang Arab zaman dahulu), iaitu tiga marhalah atau lebih kurang 86 KM mengikut ukuran hari ini. Jadi berdasarkan pandangan jumhur ini, tidak harus saudara/saudari melakukan solat jamak dan qasar kerana jarak perjalanan saudara/saudari –secara sehala- tidak mencapai jarak yang ditetapkan (iaitu dua atau tiga marhalah).

    b) Segolongan ulamak tidak menetapkan jarak tertentu bagi musafir yang mengharuskan solat jamak dan qasar. Asalkan seseorang itu menempuh satu jarak yang dapat dinamakan musafir (perjalanan) pada bahasa manusia di mana ia keluar dari daerah atau negerinya menuju ke suatu tempat dengan menempuh satu perjalanan, maka haruslah ia mengqasar dan menjamakkan solatnya. Di antara ulamak yang memberi pandangan sebegini ialah Imam Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan asy-Syaukani. Berkata Imam as-Syaukani; “Sesiapa keluar dari negeri/daerahnya menuju ke satu tempat di mana ia dianggap dalam perjalanannya ke tempat tersebut sebagai musafir (yakni orang yang menempuh satu perjalanan), maka harus baginya menqasarkan solat sekalipun jaraknya kurang satu Barid”[1] (ad-Darari al-Madhiyyah, hlm. 167). Berdasarkan pandangan ini, haruslah bagi saudara/saudari melakukan solat jamak dan qasar dengan jarak perjalanan yang saudara/saudari sebutkan itu.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/265.
    2. As-Solah ‘Ala Al-Mazahib al-Arba’ah, Abdul-Qadier ar-Rahbawi, hlm. 228.
    3. al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Quran al-Aziz, Dr. Abdul Adziem Badawi, hlm. 144.
    4. Ad-Darari al-Madhiyyah, Imam as-Syaukani, hlm. 167.
    5. Fiqh as-Shiyam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 46.



    sebenarnya saya tidak ada masalah dengan kedua2 pendapat...yang saya kurang setuju adalah penolakan hadis 2 marlhalah dibuat dengan mengatakan hadis ini dhaif,hadis ini dhaif..saya merasakan cara approach seperti ini tidak sesuai untuk orang2 awam yang cetek ilmu agama seperti kita...
    sebolehnya artikel ini memaparkan pendapat semua pihak,tanpa memburukkan pendapat yang lain...lagipula semua imam 4 mazhab memakai pendapat 2 marhalah ini...xkan kita nak kata imam 4 mazhab ini suka2 hati ja nak ambil hadis dhaif????

  20. Dr Hana says:

    salam al-madd
    terima kasih kerana bertanya.

    Maaf jika terdapat kelemahan dalam penjelasan saya sebelum ini. Bukanlah merupakan niat saya untuk menolak pendapat 2 marhalah=83 km, cumanya ramai yang sudah sedia maklum tentang syarat tersebut, tetapi ramai yang belum maklum terdapat pendapat yang saya letakkan di atas.

    Mengikut perkiraan zaman Nabi SAW,
    1 dzira’= 24 jari / 6 qabdhah/ jengkal

    1 mil = 4000 dzira’ (hasta)

    1 farsakh = 3 mil

    1 barid = 4 farsakh
    1 marhalah = 4 barid

    Jadi kalau 2 marhalah = 8 barid,

    8 barid ini pun khilaf cara pengiraannya mengikut standard perbatuan hashimi 48 batu atau 60 batu hashimi;

    “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan sejauh tiga mil atau tiga farsakh maka baginda sembahyang 2 rakaat.”[11]
    Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, hadis no. 12313 dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth. Bagi Musnad Ahmad edisi 6 jilid, rujuk jld. 3, ms. 129.

    Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Zuhur empat rakaat di Madinah dan bersembahyang Asar di Dzil Hulaifah dua rakaat.[14]
    Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab Shalat Musafiraini wa Qasaruha, hadis no. 690.

    Jarak perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah adalah 7 mil iaitu bersamaan dengan antara 12 hingga 13 kilometer. Hadis ini juga adalah sebagai bukti bahawa Rasulullah SAW telah mengqasarkan sembahyang walaupun jarak perjalanan tersebut adalah kurang dari dua marhalah (83 kilometer)...

    Contoh yg saya bagi pada penjelasan sebelum ini mungkin kurang jelas dan mengelirukan. Maaf...

    Penjelasan seterusnya:
    Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah mengulas tentang perbezaan jarak ini dengan berkata:

    Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa jarak perjalanan yang dibolehkan mengqasarkan sembahyang ialah lapan puluh tiga kilometer. Ulama’ yang lain berpendapat jaraknya sesuai menurut adat yang berlaku.

    Iaitu jika dia melakukan perjalanan yang menurut adat sudah disebut sebagai safar maka dia telah melakukan safar meskipun jaraknya belum sampai lapan puluh kilometer.

    Adapun jika perjalanannya menurut adat belum dikatakan safar meskipun jaraknya 100 kilometer, maka dia belum disebut safar.[2]

    Jadi mengikut penjelasan ini, apabila seseorang itu keluar daripada adat kebiasaannya meskipun kurang daripada 83 km, maka dia dibenarkan bermusafir kerana dia telah keluar daripada jarak kebiasaannya...

    sy bg contoh (yg diharap lebih jelas)

    jika seseorang bekerja berulang-alik dari nilai ke kuala lumpur setiap hari kerana bekerja, dia tidak dikira musafir kerana itu dalam lingkungan perjalanannya yang biasa.

    Namun jika dia dari kuala lumpur ke nilai kerana menziarah rakannya itu sudah dikira safar kerana dia telah keluar dari lingkungan perjalanannya yang biasa.

    jelas?


    wallahua'lam...

    p/s: kata2 anda tentang kenapa 4 mazhab terima pandangan 2 marhalah tu, terfikir jugak, kenapa keempat-empat mazhab terima sedangkan ada ulama yang mendaifkan hadis tersebut? hmm. mesti ada sebab kenapa keempat-empat imam masih menetapkan hukum 2 marhalah tersebut.

    Nnt insyaAllah kita cari pandangan mereka n selitkan di sini ye...

    maaf atas kekurangan dan terima kasih sekali lagi:)

  21. al_madd says:

    salam....

    imam nawawi adalah ulama mujtahid mazhab syafie
    ibnu taimiyah adalah ulama mujtahid mazhab hanbali..

    sebenarnya saya tidak masalah dengan artikel di atas..cuma tentang perenggan yang mengatakan lansung tentang pendapat 2 marhalah itu adalah dhaif..dan itu masalahnya hadis 2 marhalah yang didhaifkan itu cuma 1 hadis..benarkah hadis 2 marhalah cuma 1 hadis??

    dan saya mengatakan juhmur ulama menerima pendapar 2 marhalah ini..pendapat ini diterima oleh semua 4 mazhab dan dipakai dalam silibus pendidikan islam di negara kita..

    artikel yang dikeluarkan oleh saudari 'seolah-olah' menolak sama sekali pendapat 2 marhalah ini..

    saya cadangkan untuk artikel yang berkaitan hal-hal furu' ini kita memaparkan pandangan2 semua mazhab dan dibiarkan memilih sendiri..untuk membuat lebih adil...

    Dan saya minta maaf kalau ada tersilap sebab berbalah dalam hal furu' boleh mendatangkan dosa..dan kita seharusnya berlapang dada untuk hal2 yang menjadi khilaf para ulama..


    syor saya untuk BAIK,saya cadangkan kurang sedikit memaparkan artikel2 yang furu' dan artikel ini agak berlainan apa yang pelajar2 malaysia di unpad belajar di malaysia..sebab ini akan membingungkan pelajar...

    BAIK juga boleh memaparkan artikel tentang hal2 pokok seperti kes murtad di malaysia,hudud,sister in islam,bank syariah,bohsia bohjan,aurat.kapitalisme,sosialisme dan lain-lain yang merosakkan masyarakat malaysia...

    p/s kita kena ingat faktor kejatuhan kerajaan islam uthmaniyah adalah kerana ulama2 waktu itu suka berbalah tentang hal2 furu'..makanya berlaku perpecahan di kalangan umat islam..

    Allah knows the best....

  22. al_madd says:

    Kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ary, yaitu ; mereka mempunyai i’tiqad (berpendapat) :
    “ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA .”
    Jika demikian, yakni Allah berada dimana-mana tempat, maka Allah berada di jalan-jalan, di pasar-pasar, di tempat kotor dan berada di bawah mahluknya!?

  23. arif says:

    salam skali lg....
    nk tye lg nie...bley x?

    (Tak perlu pun susah-susah kira berapa kilometer! Cukuplah kita berniat bermusafir, insyaAllah dibenarkan menjamakkan serta mengqasarkan solat. Mudah bukan? ^-^)

    nk tye sal ayat ats nie...
    kate "cukuplah kita berniat bermusafir"...
    bley x jamak kalu x niat musafir tp da jauh jln..cite nyer cam nie...seseorg tu ikut kwn dy g suatu tmpt yg x psti kt mne,dy ingat dkt jer jd x niat musafir,rpenyer prjalanan tu ambil mse 2 jam lbey..bley x jamak?

  24. Hijau says:

    Seorang jejaka tampan berlanggang keluar rumah dengan berpakaian t-shirt hitam, seluar khakis dan kasut airwalk.

    "hang nak pi mana?"
    "aku nak pi musafir sat ke bandung"

    Bleh ka?

    Setuju dengan pendapat al_madd. Perbincangan elok dimulakan dengan menerangkan kesemua pendapat ulama' walaupun pendapat itu adalah masyur dan sedia maklum. Lebih molek dan berimbang.

    Dan dalam menceritakkan perbezaan pendapat fiqh ini maybe lebih molek dimulakan dengan asas2 perbezaan pendapat. Supaya khilaf dlm kategori khilaf muktabar kurang di perdebatkan.

    sekadar padangan.

    p/s : Bagus jika ade ust2 yang faqih usul fiqh ada sama bagi penerangan. At least paham gak istilah arab dengan lebih baik. Tapi kalo takde, takpela..kite bincang2..

  25. Dr Hana says:

    hijau- terima kasih atas pandangan...
    sebenarnya artikel ini sengaja dipendekkan supaya pembaca boleh segera bertanya jika tidak faham, dan supaya pembaca tergerak untuk mencari dan menambah ilmu di dada bukan sekadar berpuas hati dengan ilmu yang sudah dipelajari...

    tapi kita menerima pandangan anda dengan hati terbuka. insyaAllah kami akan memperbaiki kelemahan ini di masa akan datang...jzkk..

  26. Hijau says:

    Setuju supaya perbincangan dipendekkan dan menjurus kepada perkara pokok. Cuma untuk mengelakkan salah faham dan keanehan yang akhirnya merugikan, adalah molek jika pendapat-pendapat yg popular di Malaysia, dlm isu ini adalah 2 marhalah diterangkan dalil2 ulama' yg berpegang dengannya. kemudian pendapat ulama'2 lain. Tidak langsung mendhaifkan. IAllah akan lebih mudah diterima dan dikhadam. Bukan pe, orang kite ni pelik skit depa suka dok label2. dah label ade prejudis. Tp kalo dah terang elok depa dok prejudis gak,biaq pi da...
    Anyway, keep up the good work.
    Adios. Salam kehijauan.

  27. fizi says:

    Salam.

    Komen membina dari Hijau dan al-madd. Harap BAIK dapat ambil manfa`at di situ.

    Lagi cadangan saya: Tak kisahlah apa-apa pun yang BAIK nak sampaikan (soal pokok atau furu`) teruskan berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kalau orang rasa tak boleh terima, kita tunjukkan buktinya. Kalau pelik pun biarlah pelik asal ianya benar. Betapa banyak sunnah yang pelik untuk diamalkan sekarang kerana kurang pihak yang berani mengetengahkan sunnah itu.

    Apa pun, syabas buat BAIK.

  28. Dr Hana says:

    arif- salam, anda tanya pasal jamak ke qasar?

    jamak dibolehkan jika ada salah satu ciri di atas. jika merasakan kesukaran, maka jamaklah.

    tapi untuk qasar:
    Niat solat Qasar menurut Mazhab Syafie adalah semasa melakukan Takbiratul Ihram. Tidak perlu memasang niat semasa bermusafir.

    dlm situasi anda, anda sebenarnya dah bermusafir dah^_^

    maaf lambat jawab soklan.
    wallahualam

  29. Tanpa Nama says:

    Salam..
    jap2..
    kurang jelas arr, mule2 farhana ade trangkan,

    '.........Maka pendapat yang rajihnya ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah bahawa , seseorang yang bermusafir , dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya selama mana pun tempohnya selagi mana ia tidak berniat Iqamah (menetap) di tempat tersebut.'

    then, drrazi tules,

    'untuk indonesia dan malaysia tu, ada satu jawapan yang mudah untuk kita faham. taktik dia senang je. kita tidak dikatakan musafir kalau kita ada almari baju kat tempat tu. so,di bale anda tak boleh qasar,di rumah pon tak boleh. anda hanya boleh qasar kalau anda 'berperjalanan' je...ok? hehe....'

    Kalo kte ni blaja kat obeC, kite salu je balik, so, mmg takde niat pon nak menetap...
    datang sekadar utk tuntut ilmu..dah tu, mst arr ade almari. so, camtu, kite tak leh ekk wat jamak qasar?
    Wallahu'alam..

  30. Tanpa Nama says:

    to berjalan...bermusafirlah...

    ya, tak bolehla buat solat qasar kat dalam bilik/rumah/hostel/kosan/rumah sewa kat oberc dimana anda berada,kerana anda menetap disitu. ada almari baju kan? hehe...itula yang dimaksudkan menetap,bukan musafir.

    tapi kalau anda keluar ber'perjalanan',anda musafirlah...contoh di indonesia ni,kami tinggal di rumah sewa. so kt dlm rumah sewa kami tak bolela solat qasar. seghonok beno duk umah qasar tiap2 hari. hehe...

    tapi untuk ke bandung,kami perlu keluar dari rumah sewa. dan itu namanya ber'perjalanan' keluar...or lebih tepat,bermusafir....jadi sunnahnya,diqasarkan solat.=)

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^