Assalamualaikum~

~Sifat Solat Nabi: Return~
Kursus Sifat Solat Nabi kembali lagi ke UNPAD!

Tentatifnya adalah persis seperti SSN yang pernah dijalankan sebelum ini,
bermula dengan teori (modul disediakan) dan diakhiri dengan praktikal dan dibantu oleh fasilitator...
Makanan ringan juga disediakan *bukan junkies ya*
tiada bayaran dikenakan!!

"Katakanlah, 'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu'. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Ali Imran: 31)

Mungkin ada beberapa persoalan yang timbul di fikiran kita, tentang kenapa perlunya kita kembali belajar tentang solat?
Bukankah kita dah belajar sejak kecil?
Apa yang kita belajar semasa kecil adalah sesuai dengan tingkatan akal kita pada waktu itu...

Namun sebagai pelajar, terutama pelajar perubatan, pergigian atau farmasi, kita bertanggungjawab untuk menambahkan pengetahuan kita sesuai dengan penambahan umur dan kematangan:) Tidak lain tidak bukan, supaya kita lebih yakin dengan segala ibadah yang kita lakukan selama ini~

Apapun, beberapa persoalan sudah pun terjawab di sini:
Bacaan tambahan: click!
Kali ini SSN bakal berlangsung pada 22 April 2010
mulai 7pm bertempat di Bale Padjadjaran 4~

Program terbuka kepada semua~
Buat teman-teman yang belum, terlepas atau baru kini teringin untuk mengikuti SSN, jemputlah sertai program kali ini...
Jika ada yang pernah join dan teringin nak ikut lagi,pun dijemput hadir juga~!

Untuk proses pendaftaran atau sebarang persoalan tentang program,
hubungi:

Tajul Al Adib- 081910590338
*terdapat ralat pada poster, ini nombor yang betul :)

Mohd Norfahmi- 087821412471

Khairul Anwar- 087821502271

Jumpa di sana!


Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^