Diterimakah solatku????
"Lagi 5 minit lagi aku solat, 5 minit je!!! Nak habiskan _____ kejap je..."(sila isikan tempat kosong; pilihan jawapan: buat LI@
baring jap@ main DOTA/facebook: PET SOCIETY!! @tgk movie dll)
hmmm...sounds familiar?
Ya Allah Kau ampunkanlah dosa kami yang selalu leka dalam menunaikan kewajipan kami kepadaMu...
ZAHARUDDIN: Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.
Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan dengar' sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.
Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah.
Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.
ZAHARUDDIN: Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati.
Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,
Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”
Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar, bahkan merupakan ciri-ciri orang munafik... Buktinya? Kata-kata Rasulullah SAW (Al-Amin)Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafaqun Alaih)
Kalau terlepas Subuh macam mana??? Isk3.... Tak nak termasuk golongan munafik...
Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 )
(Riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
BAIK: Solat itu tiang agama, jikalau tiangnya sudah rapuh bagaikan batu kapur bagaimana kita hendak membina sesuatu di atasnya dan 'renovate' agama kita? Kalau berjaya pun mungkin jadi seperti Bale **** yang cepat je retak setelah dibina...betul tak?
Fiqh tu apa sebenarnya??????
Panasaran? Jangan...hehe.. Jom kita sama-sama belajar apa itu fiqh sebenarnya?
Nak tuntut ilmu, kenalah tahu ilmu apa yang hendak dituntut ya tak? :)
Fiqh itu apa??
Huraian;
Kenapa kena belajar hukum fiqh????
Hukum syarak pula????
"Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba
yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi
pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya".
menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap umat Islam~
Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh???
- Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.
- Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia.
Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;
a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya.
b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya.
c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara.
d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya.
e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.
f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.
g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.
h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya.
Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?
Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
Sumber-sumber sokongan; bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah).
Ia terdiri dari;
1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. 'Uruf
7. Syari'at terdahulu
Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."(Riwayat Bukhari & Muslim)Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."(Riwayat Ibnu Majah)Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian."(Riwayat Tabrani)"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."(Riwayat Ibnu Majah)
Wallahua'lam~
Layakkah aku ke syurgaMu...?
Seorang cucu bertanya pada datuknya:
Firman Allah swt :
قَالَتِ الْأَعْرَابُ
آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ
الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ
مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan
mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14]
Firman Allah swt :
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا
رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ
هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah
orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5]
Firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183]
Firman Allah swt :-
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu"
- [Al-Hujurat: 13].
Ini baru keindahan taman dunia, belum lagi indahnya taman syurga...jom kejar syurga=)
Firman Allah swt :-
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا
يَسْتَوُونَ
"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." -
[Surah al-Sajdah : 18] Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak
menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas
melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang
fasiq ini akan diazab didalam api neraka.Firman Allah swt didalam surah yang sama :
وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا
فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا
فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ
تُكَذِّبُونَ
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]
Abdul Kahir Al-Baghdadi berkata : Melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa uzur itu akan menjadi fasiq, gugurlah syahadahnya, wajib dilakukan hukuman had atau dibunuh atau ditakzirkan, tetapi masih mukmin jika masih beriman kepada Rukun Iman dan Islam. [Usulluddin, edisi ke2, ms 268].
Abdul Rahman Ibn Ahmad al-Iji menyebut bahawa ada yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dari kalangan mereka yang bersolat adalah mukmin, Khawarij mengatakan bahawa mereka adalah golongan munafiq, dan Mu'tazilah mengatakan mereka ini tidak mukmin dan tidak kafir.
Ibn Khuzaimah berpendapat bahawa orang Mukmin yang melakukan maksiat tidak boleh memasuki syurga Allah swt bersama-sama orang mukmin yang soleh. Ini adalah kerana orang Mukmin yang melakukan maksiat / dosa-dosa besar akan diazab di dalam neraka dahulu sehinggalah bersih dari dosa-dosa dan akan dimasukkan kedalam syurga. Selama-mana seorang Islam itu tidak syirik kepada Allah swt dan masih mengagungkan kalimah tauhid, ia masih berpeluang untuk masuk ke syurga.
Ahli Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendapat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat statusnya masih Islam, selagi tidak mensyirikkan Allah swt dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang kafir. Setelah diazab dan dibersihkan dosanya di neraka, mereka akan berpeluang masuk ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah saw :-
من كان
آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة
"Barangsiapa pada akhir kalamnya menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah' akan masuk syurga" -[hadith riwayat
Al-Hakim dengan sanad yang shahih]
Sabda baginda lagi :
من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، فقال أبو ذر وإن زنى وإن سرق، قال:
وإن زنى وإن سرق
"Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan perkara apa sekalipun akan masuk syurga, dan berkata Abu Zar : walaupun mereka berzina dan mencuri? Sabda baginda : walaupun berzina dan mencuri" -
[Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim].
Apa yang menarik kasih dan cintamu?? (tajuk best ni=p)
Wajah yang cantik, kemas dan indah, mampu menawan hati seseorang.
Melalui kemerduan suara mampu menangkap minat dan cinta seseorang.
Budi bahasa dan pekerti baik, mampu meraih perhatian dan kasih seseorang. Ringan tulang, banyak membantu serta sering ambil berat terhadap masalah orang lain, sering menjadi benih sehingga tanpa sedar ia mengikat jiwa mereka yang dibantunya.
Waaaaaahhhhhh!!! :p Ini list bakal suami/isteri ke????[monolog dalaman:p]
Walaupun belum benar-benar mengenali individu yang punyai sifat tadi. Jiwa pasti akan tertarik sedikit demi sedikit. Jika benar cara pembawakannya, ia membawa kepada yang lebih baik, demikian juga sebaliknya.
Para ahli musik sama ada nasyid dan lagu dengan mudah punyai pengikut, peminat fanatiknya. Semuanya penangan suaranya, wajahnya dan mungkin semakin mendalam apabila mengenali budi pekerti dirinya.
Sesudah terpautnya hati, seseorang mampu berbuat pelbagai benda pelik demi untuk yang dikasihinya. Sebagaimana insan bercinta sesama insan, yang malam tidak dirasa, perkara berat terasa ringan, beban dirasa nikmat dan sebagainya.
Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta iaitu ( Tuq al-Hamamah);
~Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.
~Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.
~Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.
~Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan
dilakukannya.
~Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll
apa kes cakap pasal cintan-cintun ni? Biar betul BAIK ni....ish3...[monolog dalaman bersambung]
Rakan-rakan...sedarkah kita bahawa semua itu hanyalah secebis zarah dari keindahan Allah swt, tuan punya dan pemilik kepada segala sesuatu...
Imam Abu Hamid Al-Ghazzali ketika mengulas bab cinta Allah dan Rasul di dalam kitabnya 'Ihya Ulumiddin' menegaskan; faktor-faktor biasa yang disebutkan di atas menjadikan manusia jatuh hati, kasih dan cinta kepada manusia lain, hingga adakalanya mencapai tahap fanatik.
Namun bagaimanakah kita terlupa bahawa Allah mempunyai segala sesuatu sebab musabab untuk manusia jatuh kasih kepadaNya, malangnya kita sering terhalang dek "kelebihan" manusia.
Mari kita sama-sama teliti nama-nama Allah...
- Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang terindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.
- Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yang disediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya.
Ya Allah, tidak terkira nikmatNya...!!!!
Demikian juga Rasulullah SAW yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruh Allah swt. Bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh dan akhirat kita. Tidak terhutang budikah kita dengan kesungguhannya.?
Allah dan s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w, paling layak menerima kasih dan cinta kita. Namun kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuh kasih kepadaNya, akibat dihalang oleh tembok besar dunia, tembok besi kejahilan, tembok penipuan yang dipasang Syaitan.
Ya Allah Ya Tuhan, bantulah kami kasih kepadamu, dan segala amalan yang boleh membawa kami kasih kepadaMu dan peroleh kasihMu, dan hampir dengan manusia yang boleh membawa kami kasih kepadaMu.
Firman Allah s.w.t ;
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ
وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ
حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ
الْفَاسِقِينَErtinya: Katakanlah:"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan
yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di
jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Taubah : 24 )
Ya Allah, "ultuf bina" ( be gentle with us)..o forgiver ..forgive our sins...Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu...
Zaharuddin.net
Babi haram dimakan, siput babi????
SOALAN :
"Radzi! Radzi!!! Boleh tak makan siput babi??", tanya elis bukan nama sebenar dengan penuh bersemangat...
"Kenapa? nak makan ke?"
"Takdelah.... tanye je. kompius2. hehe..."
JAWAPAN :
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam
al-ahkam
p/s : BAIK rasa daripada makan siput baik makan cekodok. hitam jugak,hehe.... atleast makan 'macam' siput pon ok lagi la....
Di Mana ALLAH???
1. Allah ada pada diri kita ini ..
2. Allah dimana-mana di segala tempat
Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang hamba perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ‘TEST’ keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu’awiyah :
Artinya :
”Beliau bertanya kepadanya : ”Di manakah Allah? Jawab hamba itu : ”Di atas langit.” Beliau bertanya (lagi) : ”Siapakah Aku? Jawab budak itu : ”Engkau adalah Rasulullah”. Beliau bersabda : ”Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.
Hadits shahih. Dikeluarkan oleh Jama’ah ahli hadits, diantaranya :
1. Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
2. Imam Muslim (2/70-71)
3. Imam Abu Dawud (No. 930-931)
4. Imam Nasa’i (3/13-14)
5. Imam Ahmad (5/447, 448-449)
6. Imam Daarimi 91/353-354)
7. Ath-Thayaalis di Musnadnya (No. 1105)
8. Imam Ibnul Jaarud di Kitabnya ”Al-Muntaqa” (No. 212)
9. Imam Baihaqy di Kitabnya ”Sunanul Kubra” (2/249-250)
10. Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di Kitabnya ”Tauhid” (hal. 121-122)
11. Imam Ibnu Abi ‘Aashim di Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadits besar Muhammad Nashiruddin Al-Albanni).
12. Imam Utsman bin Sa’id Ad-Daarimi di Kitabnya ”Ar-Raddu ‘Alal Jahmiyyah” (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
13. Imam Al-Laalikai di Kitabnya ”As-Sunnah ” (No. 652).
‘TEST’ tersebut bertanyakan ‘kepercayaan’ atau boleh disebut AQIDAH beliau terhadap Allah, dan siapakah Nabi pada pandangannya. Manusia biasa atau ‘tuhan’ juga. MAKA ITULAH SKEMA JAWAPAN YANG DIAJAR OLEH NABI. Hehe…
PEMBAHASAN
Kaum yang mempunyai i’tiqad (berpendapat) :
“ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA .”
Jika demikian, yakni Allah berada dimana-mana tempat, maka Allah berada di jalan-jalan, di pasar-pasar, di tempat kotor dan berada di bawah mahluknya!?
Jawablah kepada mereka dengan firman Allah ‘Azza wa Jalla :
Artinya :
”Maha suci Engkau ! ini adalah satu dusta yang sangat besar” (An-Nur : 16)
”Maha suci Allah dari apa-apa yang mereka sifatkan ” (Al-Mu’minun : 91)
”Maha Suci Dia ! Dan Maha Tinggi dari apa-apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang besar”. (Al-Isra : 43)
Berkata Imam Adz-Dzahabi setelah membawakan hadits ini, di kitabnya ”Al-Uluw” (hal : 81 diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
Artinya :
”Dan demikian ra’yu kami (setuju dengan hadits) setiap orang yang ditanya : ”Dimana Allah ? ”Dia segera dengan fitrahnya menjawab : Di atas langit !. Didalam hadits ini ada dua masalah : pertama : Disyariatkan pertanyaan seorang muslim : Dimana Allah ?. Kedua : Jawaban orang yang ditanya : (Allah) di atas langit ! Maka barangsiapa yang mengingkari dua masalah ini berarti ia telah mengingkari Al-Musthafa (Nabi) SAW”.
Telah berfirman Allah ‘Azza wa Jalla di Muhkam Tanzil-Nya.
Artinya :
”Ar-Rahman di atas ‘Arsy Ia istawaa” (Thaha : 5)
”Kemudian Ia istawaa (bersemayam) di atas ‘Arsy”.
Pada enam tempat. Ia berfirman di kitab-Nya yaitu :
1. Surat Al-A’raf ayat 54
2. Surat Yunus ayat 3
3. Surat Ar-Ra’du ayat 2
4. Surat Al-Furqaan ayat 59
5. Surat As-Sajdah ayat 4
6. Surat Al-Hadid ayat 4
Jawapan diambil daripada tulisan Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat
Artinya:
"Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan