• Wajah yang cantik, kemas dan indah, mampu menawan hati seseorang.

  • Melalui kemerduan suara mampu menangkap minat dan cinta seseorang.

  • Budi bahasa dan pekerti baik, mampu meraih perhatian dan kasih seseorang.

  • Ringan tulang, banyak membantu serta sering ambil berat terhadap masalah orang lain, sering menjadi benih sehingga tanpa sedar ia mengikat jiwa mereka yang dibantunya.

  • Waaaaaahhhhhh!!! :p Ini list bakal suami/isteri ke????[monolog dalaman:p]


    Walaupun belum benar-benar mengenali individu yang punyai sifat tadi. Jiwa pasti akan tertarik sedikit demi sedikit. Jika benar cara pembawakannya, ia membawa kepada yang lebih baik, demikian juga sebaliknya.


    Para ahli musik sama ada nasyid dan lagu dengan mudah punyai pengikut, peminat fanatiknya. Semuanya penangan suaranya, wajahnya dan mungkin semakin mendalam apabila mengenali budi pekerti dirinya.



    Sesudah terpautnya hati, seseorang mampu berbuat pelbagai benda pelik demi untuk yang dikasihinya. Sebagaimana insan bercinta sesama insan, yang malam tidak dirasa, perkara berat terasa ringan, beban dirasa nikmat dan sebagainya.


    Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta iaitu ( Tuq al-Hamamah);



    ~Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.
    ~Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.
    ~Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.
    ~Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan
    dilakukannya.



    ~Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll

    apa kes cakap pasal cintan-cintun ni? Biar betul BAIK ni....ish3...[monolog dalaman bersambung]


    Sabar dulu...:)

    Rakan-rakan...sedarkah kita bahawa semua itu hanyalah secebis zarah dari keindahan Allah swt, tuan punya dan pemilik kepada segala sesuatu...



    Imam Abu Hamid Al-Ghazzali ketika mengulas bab cinta Allah dan Rasul di dalam kitabnya 'Ihya Ulumiddin' menegaskan; faktor-faktor biasa yang disebutkan di atas menjadikan manusia jatuh hati, kasih dan cinta kepada manusia lain, hingga adakalanya mencapai tahap fanatik.

    Namun bagaimanakah kita terlupa bahawa Allah mempunyai segala sesuatu sebab musabab untuk manusia jatuh kasih kepadaNya, malangnya kita sering terhalang dek "kelebihan" manusia.

    Mari kita sama-sama teliti nama-nama Allah...

    • Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang terindah..keindahannya terzahir dari makhluknya.
    • Jika banyak membantu menjadi sebabnya, Ya Allah maha membantu...udara yang disediakan, matahari yang memancar, alam yang penuh dengan rezeki serta nikmatnya.

    Ya Allah, tidak terkira nikmatNya...!!!!

    Demikian juga Rasulullah SAW yang menjalankan tugasnya sebagai pesuruh Allah swt. Bertungkus lumus membantu kita agar terselamat di alam barzakh dan akhirat kita. Tidak terhutang budikah kita dengan kesungguhannya.?




    Allah dan s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w, paling layak menerima kasih dan cinta kita. Namun kelemahan kita sering gagal memujuk hati ini untuk jatuh kasih kepadaNya, akibat dihalang oleh tembok besar dunia, tembok besi kejahilan, tembok penipuan yang dipasang Syaitan.


    Ya Allah Ya Tuhan, bantulah kami kasih kepadamu, dan segala amalan yang boleh membawa kami kasih kepadaMu dan peroleh kasihMu, dan hampir dengan manusia yang boleh membawa kami kasih kepadaMu.





    Firman Allah s.w.t ;

    قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ
    وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
    تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ
    وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ

    حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ
    الْفَاسِقِينَ


    Ertinya: Katakanlah:"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,
    isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan
    yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
    adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di
    jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah
    tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik" ( At-Taubah : 24 )


    Ya Allah, "ultuf bina" ( be gentle with us)..o forgiver ..forgive our sins...Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu...

    Zaharuddin.net

    Ahlan wa sahlan

    ASSALAMUALAIKUM

    "Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

    Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
    baik.kubi@gmail.com

    Malu bertanya, sesat jalan~

    Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

    Selamat membaca~

    =)

    Mutabaah Ibadah

    1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
    2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
    3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
    4. solat di awal waktu- dua kali sehari
    5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
    6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
    7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
    8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
    semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^