Seorang cucu bertanya pada datuknya:
Firman Allah swt :
قَالَتِ الْأَعْرَابُ
آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ
الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ
مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan
mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14]
Firman Allah swt :
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا
رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِينَ
يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ
هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah
orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5]
Firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183]
Firman Allah swt :-
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu"
- [Al-Hujurat: 13].
Ini baru keindahan taman dunia, belum lagi indahnya taman syurga...jom kejar syurga=)
Firman Allah swt :-
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا
يَسْتَوُونَ
"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." -
[Surah al-Sajdah : 18] Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak
menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas
melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang
fasiq ini akan diazab didalam api neraka.Firman Allah swt didalam surah yang sama :
وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا
فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا
فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ
تُكَذِّبُونَ
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]
Abdul Kahir Al-Baghdadi berkata : Melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa uzur itu akan menjadi fasiq, gugurlah syahadahnya, wajib dilakukan hukuman had atau dibunuh atau ditakzirkan, tetapi masih mukmin jika masih beriman kepada Rukun Iman dan Islam. [Usulluddin, edisi ke2, ms 268].
Abdul Rahman Ibn Ahmad al-Iji menyebut bahawa ada yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dari kalangan mereka yang bersolat adalah mukmin, Khawarij mengatakan bahawa mereka adalah golongan munafiq, dan Mu'tazilah mengatakan mereka ini tidak mukmin dan tidak kafir.
Ibn Khuzaimah berpendapat bahawa orang Mukmin yang melakukan maksiat tidak boleh memasuki syurga Allah swt bersama-sama orang mukmin yang soleh. Ini adalah kerana orang Mukmin yang melakukan maksiat / dosa-dosa besar akan diazab di dalam neraka dahulu sehinggalah bersih dari dosa-dosa dan akan dimasukkan kedalam syurga. Selama-mana seorang Islam itu tidak syirik kepada Allah swt dan masih mengagungkan kalimah tauhid, ia masih berpeluang untuk masuk ke syurga.
Ahli Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendapat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat statusnya masih Islam, selagi tidak mensyirikkan Allah swt dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang kafir. Setelah diazab dan dibersihkan dosanya di neraka, mereka akan berpeluang masuk ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah saw :-
من كان
آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة
"Barangsiapa pada akhir kalamnya menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah' akan masuk syurga" -[hadith riwayat
Al-Hakim dengan sanad yang shahih]
Sabda baginda lagi :
من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، فقال أبو ذر وإن زنى وإن سرق، قال:
وإن زنى وإن سرق
"Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan perkara apa sekalipun akan masuk syurga, dan berkata Abu Zar : walaupun mereka berzina dan mencuri? Sabda baginda : walaupun berzina dan mencuri" -
[Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim].
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
salam..
sedih bl pk psal ni..
layakkah aku?
teringat nasyid raihan "damba cintaMU"
Oh Tuhanku..
Kau pimpinlah dri ini y mendamba cintaMU..
aku lemah..aku jahil..
tanpa pinpinan driMU..
isk3.. =(
InsyaAllah selagi kita tidak mensyirikkanNya. Bersangka baiklah dengan Allah, yakinlah Dia mengetahui segala isi hati kita...
Jom kejar syurga, kerana di sanalah kehidupan yang abadi, dunia hanya tempat mengumpul bekalan:) Sama-sama kita ingat....*jgn lupa ya*
DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainya anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlyari blog ini krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kasihsayang..adam7