Assalamualaikum...



Post dimulakan dengan bertanya pada teman-teman sekalian, selalu tak sembahyang di awal waktu? [tak perlu jawab kuat2, jawab dalam hati sudaa..^_^]

Ataupun mungkinkah kita selalu cakap sebegini:





"Lagi 5 minit lagi aku solat, 5 minit je!!! Nak habiskan _____ kejap je..."

(sila isikan tempat kosong; pilihan jawapan: buat LI@
baring jap@ main DOTA/facebook: PET SOCIETY!! @tgk movie dll)

hmmm...sounds familiar?

Astaghfirullah...
Ya Allah Kau ampunkanlah dosa kami yang selalu leka dalam menunaikan kewajipan kami kepadaMu...



Jom kita sama-sama baca interview best ni!



Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?


ZAHARUDDIN: Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.



Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan dengar' sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.


Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah.

Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.



Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?

(nota kecil: tak perlu menjadi ustaz/ustazah untuk memberikan nasihat, cukuplah menjadi seroang MUSLIM!ini kewajipan kita~)

ZAHARUDDIN: Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati.



Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: "Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati."


moral of the story: silentkanlah hp anda ketika solat^-^

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,


Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”


Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)




Best kan solat?? Penghapus dosa....







Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat 103)






Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar, bahkan merupakan ciri-ciri orang munafik... Buktinya? Kata-kata Rasulullah SAW (Al-Amin)





Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafaqun Alaih)



Kalau terlepas Subuh macam mana??? Isk3.... Tak nak termasuk golongan munafik...

:(





Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 )


(Riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Kesimpulannya, dah jelas berdasarkan hadith di atas bahawa kita wajib mengqada'kan solat setelah tertinggal kerana solat merupakan kewajipan kita dan tidak boleh diringan-ringankan...

BAIK: Solat itu tiang agama, jikalau tiangnya sudah rapuh bagaikan batu kapur bagaimana kita hendak membina sesuatu di atasnya dan 'renovate' agama kita? Kalau berjaya pun mungkin jadi seperti Bale **** yang cepat je retak setelah dibina...betul tak?


Wallahua'lam~



p:s/ jom perbaiki solat~ masih belum terlambat:)





Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

3 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Tak nak jadi BAIK, tak nak jadi skema, nerd, alim dll tak kesah...terserah...yeah2! (gaya Kumpulan Amuk.=p)

    tapi........SOLAT JANGAN LUPA!!!! hubungan dgn tuhan jangan PUTUS!=)

  2. solat mencegah keburukan..
    kalau masih tidak ada perubahan
    nilailah balik solat itu
    saye mengaku begitu susah untuk mendapat penghayatan dalam solat..
    tapi tidak mustahil untuk mencapainya!
    chaiyok2
    mari2 sm berusaha untuk khusyuk dlm solat:)

    p/s:adeh..
    sebut je psl bale..
    cam terkena kat org yg duk bale tu je:P

  3. Dr Hana says:

    drrazi- lepas bersara ada hajat nak audition join kumpulan amuk ke? *tanya dgn serius* haha..

    idsyaleeya- chaiyyok2~~~
    hehe..bale siapa la tu ek? *muka innocent*

    Hmm...Kat umah pun ayah selalu pesan, biar kita yang tunggu waktu solat, jangan waktu solat yang menunggu kita. Before azan dah ready dah, tinggal nak solat je... Hmmmm. *rindu umah*[tp x homesick,hehe..]

    Ni ahli BAIK je bagi komen, adakah kita SS???
    lalala~

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^