Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Hari Asyura’,Kelebihan Dan Keagungannya

Namun begitu,kita sewajarnya menyedari bahawa bulan Muharram merupakan di antara bulan yang mempunyai kelebihan bagi sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya berdasarkan saranan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Telah diriwayatkan dalam satu hadis yang sangat terkenal di kalangan ahli ilmu bahawa Rasulullah S.A.W telah datang ke Madinah maka Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram, lalu Baginda bersabda:
فقال النبي صلى الله عليه وسلم : { ما هذا؟ } قالوا:(يوم صالح نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى) فقال: أنا أحق بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه
(Apakah ini?, Mereka menjawab; “Ini adalah hari yang baik, Allah
telah menyelamatkan pada hari ini Nabi Musa dan Bani Israel daripada
musuh-musuh mereka (Fira’un) maka Musa berpuasa. Lalu Nabi bersabda;
“Aku lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa, maka Nabi berpuasa
dan memerintahkan agar berpuasa”.)[1]Dan sabdanya lagi:
أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله
(Aku berharap kepada Allah agar mengampunkan dosa setahun yang telah lalu.)[2]Berdasarkan kedua-dua hadis di atas,puasa pada 10 Muharram sangat dianjurkan di dalam islam kerana padanya terdapat ganjaran yang cukup besar iaitu Allah Ta’ala akan mengkafarahkan dosa-dosa (dosa kecil) setahun yang lalu.
Begitu juga telah riwayatkan bahawa orang-orang jahiliyyah juga telah berpuasa pada hari tersebut.Sebelum Rasulullah diutus manjadi rasul,baginda sudah biasa berpuasa pada hari asyura’ dan meninggalknya setelah diutus menjadi rasul kepda umat manusia.Setelah penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah,Baginda S.A.W mengetahui bahawa puasa asyura’ merupakan syariat Nabi Musa,lalu Rasulullah S.A.W berpuasa dan memerintahkan para sahabat turut berpuasa bersamanya.
Suruhan ini bukanlah merupakan suruhan yang wajib,tetapi merupakan satu galakkan kepda sahabat dan umat islam untuk berlumba-lumba mendapat kebaikan dan kelebihannya.
Sunnah Berpuasa
Telah diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال حين صام رسول الله صلى الله عليه و سلم عاشوراء و أمر بصيامه قالوا : يا رسول الله إنه يوم تعظمه اليهود و النصارى فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه و سلم.
(Daripada Ibnu Abbas berkata; “Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura
dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; “Ya Rasulullah
sesungguhnya ia adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan
Nasrani. Nabi bersabda; “Maka jika tahun akan datang insyaallah kita
akan berpuasa Tasua’ (9 Muharram)”. Ibnu Abbas berkata : “Maka belum
sempat datang tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat”.)[3]
Begitu juga Imam Syafie,Imam Ahmad,Imam Malik dan Imam Ishak berpendapat puasa 9 dan 10 Muharram disunatkan berpuasa kerana Rasulullah S.A.W berpuasa pada 10 Muharram dan berniat untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram pada tahun hadapan tetapi Rasulullah S.A.W telah wafat sebelum datangnya tahun tersebut.
Manakala Imam Hanafi memakruhkan puasa pada 10 Muharram sahaja dan yang lebih afdal adalah berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram.Ini merupakan di antara pendapat yang paling mashur pada Imam Ahmad.
Kesimpulannya,puasa Asyura’ mempunyai beberpa kaedah untuk melaksanakannya berdasarkan pendapat para ulamak.Yang paling rendah martabatnya adalah berpuasa pada 10 Muharram sahaja dan yang afdal adalah berpuasa dua hari iaitu 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11Muharram.Manakala yang paling afdal ialah berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram.
Akhir sekali,marilah sama-sama kita berpuasa untuk mendapat keredaan Allah Ta’ala di bulan yang mulia ini.Jaganlah kita meninggalkan peluang keemasan ini untuk menambahkan lagi amalan kebaikan yang akan membantu kita memberatkan timbangan mizan di sebelah kebaikan.Kita tidak tahu sejauh mana nasib kita pada Hari Pembalasan nanti.Semoga segala amalan kebaikan kita diterima oleh Allah Ta’ala dan dilipat gandakan ganjarannya.
Selamat berpuasa……..
[2] Hadis Riwayat Muslim(1162),Sunan Abu Daud(2427)
[3] Hadis Riwayat Muslim (1916),Sunan Abu Daud(2425)
http://mohamadazhar.com/motivasi/hari-asyura%E2%80%99kelebihan-dan-keagungannya
Posted by B.A.I.K
on
23 - Nov
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Awal muharam bakal tiba....
Assalamualaikum buat semua pengikut setia blog BAIK,
insyaAllah kali ini saya akan menghurai sedikit tentang bulan Muharam dan apa
signifikan bulan ini kepada umat Islam.
apabila tiba bulan Muharam pasti perkara pertama yang bermain dibenak fikiran kita semua ialah peristiwa penting dan penuh sejarah bagi umat Islam ialah sejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah menuju Madinah....
Seingat saya masa disekolah rendah dahulu ( Sekolah Kebangsaan....)
apabila tiba bulan Muharam yang kebetulan jatuh diawal bulan mesti pihak
sekolah akan menganjurkan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran,
Nasyid bertemakan Maal Hijrah, pertandingan Hafazan , bercerita dan banyak lagi
yang berkaitan dengan Islamik. Sebagai peserta dalam pertandingan tersebut saya
langsung tidak tahu apakah signifikan cikgu-cikgu dan pihak sekolah penganjurkan
pertandingan sebegitu rupa, yang saya tahu saya harus bertanding untuk membawa
pulang hadiah dan mengharumkan nama sekolah dan yang paling seronok apabila
dapat naik kepentas untuk mengambil hadiah tersebut dan menjadi sebutan para
guru dan kawan-kawan. Saya pasti bahawa ada sebahagian dari kalangan anda semua
yang turut mempunyai pengalaman seperti saya.
Apabila sudah meningkat dewasa iaitu setelah berada
di Sekolah Menengah barulah terdapat sedikit pertambahan ilmu dan kefahaman
tentang sambutan Maal Hijrah ini iaitu mengingati peristiwa nabi Muhammad S.A.W
dan para sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan bermula dari
peristiwa inilah kalendar Hijrah mula terlaksana.
Suka saya bertanya, adakah kefahaman ini juga yang
anda termasuk diri saya dapat ambil daripada peristiwa hijrah Baginda dan para
sahabat itu hingga kesaat ini??
Semoga bukan kefahaman itu lagi yang kita ada pada
hari ini, kerana dari semasa ke semasa umur kita akan meningkat dan begitu juga
dengan akal kita, jika tahap kefahaman kita terhadap peristiwa yang besar ini
masih ditahap itu lagi maka, rugilah kita sebagai umat Islam iaitu umat yang
diagungkan Allah di atas muka bumiNya ini.
Apakah maksud
“rugi” itu??
“rugi” yang ingin saya maksudkan ialah rugi dari
segi ibrah(pengajaran) yang sangat besar maknanya yang terdapat dalam peristiwa
Hijrah ini. Cuba anda bayangkan tiba-tiba sahaja anda diarahkan oleh pihak
atasan untuk keluar daripada rumah sewa/ kosan anda untuk berpindah serta merta
tanpa membawa barang-barang didalam rumah sewa/kosan anda dan hanya dibenarkan
membawa baju sahaja itupun jika anda sempat mengambilnya. Anda dihalau dengan
alasan bahawa anda dituduh membawa risalah yang salah dan harus berpindah jauh
dari kecamatan/daerah yang anda berada sekarang ini tetapi jika anda tidak mahu
anda boleh tinggal dengan syarat anda akan diseksa bekerja tanpa gaji
(contohnya).
Maukah anda pergi tanpa membawa harta kesayangan
anda walaupun mungkin paling lama anda tinggal di rumah sewa/kosan itu dalam
3-4 tahun sahaja. Pasti tidak kerana setiap barang terutama wanita pasti
menghargai value added barang tersebut walaupun hanya sekadar sebatang pen.
Tetapi
umat Islam pada waktu itu terpaksa meninggalkan sesuatu yang sangat besar iaitu
keluarga, harta kekayaan, tanaman dan ternakan, jiran tetangga dan yang paling
disayangi oleh orang Makkah pada masa itu ialah tanah Makkah itu sendiri
terutam Kaabah. Kenapa mereka begitu kuat dan siapakah yang memberi kekuatan
pada mereka? Sudah pasti Allah. Allah lah yang menggerakkan hati mereka dan
meyakinkah mereka bahawa jalan yang mereka pilih ini adalah sebaik-baik jalan
yang akan membawa mereka kepada Allah.
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah berfirman
bahawa
“Seorang muslim ialah
orang yang kaum muslimin lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya. Dan
seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang
dilarang oleh Allah.” (HR. Bukhori dan Muslim)
Dan inilah sebenarnya sebaik-baik hijrah yang sepatutnya
umat Islam hari ini miliki.
Memang benar amat susah untuk kita meninggalakan
tabiat ataupun amalan yang sering kita lakukan daripada meninggalkan barang
yang kita sayang kerana barang yang lama boleh diganti tetapi tabiat yang lama
amat susah untuk ditutup dengan tabiaat yang baru. Tetapi tidak rugi untuk kita
kearah itu, kerana terbukti selepas umat Islam di Makkah behijrah ke Madinah
kesannya umat Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia hingga kehari ini, ia
bermula dari hati-hati yang pernah dihina, dicaci, dipukul dan dibuang
keluarga, mereka inilah yang menjadi cream of the cream dalam pembentukkan
sejarah Islam kita hari ini. Walaupun kita tidak dapat menjadi seperti mereka
untuk membentuk masyarakat dan negara Islam, sekurang-kurangnya dengan
penghijrahan kita ini dapat mengubah diri kita untuk menjadi orang yang lebih
baik lagi, iaitu seorang hamba yang berlari-lari ingin mengejar penciptanya
seperti firman Allah
“Maka segeralah (berlari) kembali mentaati Allah.” (Adz Dzariyaat: 50)
Ingatlah bahawa tujuan Allah menyuruh umat Islam berhijrah
pada waktu itu juga adalah dengan tujuan untuk menyelamatkan aqidah umat islam
pada waktu itu, kerana kondusi ataupun suasana bumi Makkah pada saat itu tidak
memungkinkan umat Islam melaksanakan ajaran Allah dengan sebaiknya, maka Allah
mewahyukan suruhan untuk berhijrah ke Madinah kerana islam sudah menyinari Kota
Madinah dan umat islam disana bebas menganuti agama Allah ini.
Jadi ibrah yang
dapat kita mabil disini, saat kita ingin melakukan penghijrahan dalam hidup
kita, maka kita harus bersama-sama orang yang juga mempunyai fiqrah seperti
yang kita mahukan, kita hendaklah mencari suasana dan rakan yang baik ketika
dalam proses penghijrahan ini kerana keadaan seperti inilah yang memungkinkan
kejayaan dalam pemghijrahan kita. insyaAllah..
Dan apa yang paling penting dalam sesuatu penghijrahan
menuju Allah ialah niat.
![]() |
|
![]() |
Dari Amir al-Mu’minin, Abu Hafsh Umar bin
al-Khaththab , dia menjelaskan bahwa dia mendengar RasulullaH SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan
sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa
yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan
Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin
digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya
sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Marilah kita sama-sama melakukan penghijrahan menuju
Allah dan Rasulullah SAW supaya kita tidak menjadi orang yang rugi dunia dan
akhirat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca sekalian,
sesungguhnya sesuatu yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari
diri saya sendiri yang masih dalam kekurangan dan sesungguhnya samapaikanlah
ilmu walaupun sepotong ayat. Disini saya sertakan antara tip-tip yang boleh kita lakukan untuk memulakan penghijrahan kita, insyaAllah
p/s: jangan lupa untuk menghadiri program anjuran BAIK
iaitu ...
semoga bermanfaat untuk semua....
Posted by B.A.I.K
on
11 - Nov
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Jika
mendengar kata sahabat, tentunya yang ada di fikiran kita adalah seorang teman
setia , selalu mahukan mendengar masalah kita,
menghargai, kala susah dan turut gembira di kala kita gembira. Agama kita telah
mangatur semua itu, termasuk bagaimana adab-adab kita dalam bersahabat yang
ditujukan untuk mencari redha Allah.
"Saya sayang awk kerana ALLAH"
Tujuan
Persaudaraan
Hasan
al-Bashri rohimahullah dalam hal ini mengatakan, “Seorang
teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu akan kewajibanmu terhadap
Allah itu lebih baik bagimu dari seorang teman yang selalu memberimu segenggam
dinar.” Beliau juga mengatakan, “Seorang mukmin adalah
cermin bagi saudaranya yang lain. Jika dia mendapatkan sesuatu yang tidak
menyenangkan pada diri saudaranya, ia bersegera meluruskan juga selalu menjaga
aib saudaranya baik ketika sendirian atau ketika bersama orang lain.
Itulah
hakikat persahabatan sebenarnya. Sesungguhnya seorang yang lemah akan lebih
mampu untuk meluruskan nafsunya yang hendak berbuat maksiat dengan bantuan sahabat
sahabatnya.
Saling
Menolong dalam hal Kebaikan
Firman
Allah dalam surat al-Maidah ayat 2 yang bermaksud, “…. Tolong
menolonglah dalam kebaikan serta takwa dan jangan tolong menolong dalam kerosakkan
dan permusuhan…”
Sebagaimana
juga janji Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Allah
akan selalu menolng hamba selama hamba itu menolong saudaranya.” (Hadits
Riwayat Bukhari dan Muslim).
Menahan Lidah
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya berkata yang baik atau
diam.”(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Buatlah
Senang
Teman
yang baik akan berusaha memberikan kesenangan kepada kawannya. Sekali-kali
berikanlah hadiah kepada sahabat kita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam pernah bersabda yang artinya, “Berikanlah
hadiah niscaya kalian akan saling mencintai.”
Maafkan,
sembunyikan dan baik sangka
Manusia
selalu melakukan kesalahan. Kesalahan dan kekhilafan saudara kita hendaknya
dimaafkan. Disamping memaafkan ,kita tidak boleh menyebarkan aib sahabat kepada
orang lain. Allah menjanjikan pahala besar bagi orang yang mau menutupi aib
saudaranya sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang
artinya, “Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya sesama muslim maka Alloh
akan menutup aibnya pada hari kiamat. ” (
Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kesetiaan
sangat diperlukan dalam persahabatan dan diharapkan kekalsampai bila bila.Jadi
kita tidaklah menghianati sahabat kita sendiri. Rasulullahshallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Seorang
muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh dikhianati, didustai, tidak
dihinakan orang.”(Riwayat at-Tirmidzi).
Ungkapkan
dengan doa
Doakan
selalu untuk sahabat kita dalam menjalankan ibadah kepada Allah. Bahkan
sekalipun mereka telah meninggal.
“…Ya Rabb
Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu
dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap
orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi
Maha Penyayang.” ( QS. Al Hasyr : 10
Posted by B.A.I.K
on
06 - Nov
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
Category List
akhirat
(5)
akhlak dan ukhwah
(1)
al-Quran
(2)
aqidah
(11)
fiqh
(19)
ilmu hadith
(6)
isu semasa
(9)
program BAIK
(28)
sunnah
(2)
tazkirah
(9)
Umum
(23)
usul fiqh
(2)
Video
(7)
Followers
Blogger BAIK
Link Bermanfaat
Rakan Seperjuangan
Followers
Biro Agama Islam Kubi @fb
Jom Solat!
Waktu Solat
