Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K


Awal muharam bakal tiba....
Assalamualaikum buat semua pengikut setia blog BAIK, insyaAllah kali ini saya akan menghurai sedikit tentang bulan Muharam dan apa signifikan bulan ini kepada umat Islam.
apabila tiba bulan Muharam pasti perkara pertama yang bermain dibenak fikiran kita semua ialah peristiwa penting dan penuh sejarah bagi umat Islam ialah sejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah menuju Madinah....

Seingat saya masa disekolah rendah dahulu ( Sekolah Kebangsaan....) apabila tiba bulan Muharam yang kebetulan jatuh diawal bulan mesti pihak sekolah akan menganjurkan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Nasyid bertemakan Maal Hijrah, pertandingan Hafazan , bercerita dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islamik. Sebagai peserta dalam pertandingan tersebut saya langsung tidak tahu apakah signifikan cikgu-cikgu dan pihak sekolah penganjurkan pertandingan sebegitu rupa, yang saya tahu saya harus bertanding untuk membawa pulang hadiah dan mengharumkan nama sekolah dan yang paling seronok apabila dapat naik kepentas untuk mengambil hadiah tersebut dan menjadi sebutan para guru dan kawan-kawan. Saya pasti bahawa ada sebahagian dari kalangan anda semua yang turut mempunyai pengalaman seperti saya.

Apabila sudah meningkat dewasa iaitu setelah berada di Sekolah Menengah barulah terdapat sedikit pertambahan ilmu dan kefahaman tentang sambutan Maal Hijrah ini iaitu mengingati peristiwa nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan bermula dari peristiwa inilah kalendar Hijrah mula terlaksana.
Suka saya bertanya, adakah kefahaman ini juga yang anda termasuk diri saya dapat ambil daripada peristiwa hijrah Baginda dan para sahabat itu hingga kesaat ini??

Semoga bukan kefahaman itu lagi yang kita ada pada hari ini, kerana dari semasa ke semasa umur kita akan meningkat dan begitu juga dengan akal kita, jika tahap kefahaman kita terhadap peristiwa yang besar ini masih ditahap itu lagi maka, rugilah kita sebagai umat Islam iaitu umat yang diagungkan Allah di atas muka bumiNya ini.

 Apakah maksud “rugi” itu??
“rugi” yang ingin saya maksudkan ialah rugi dari segi ibrah(pengajaran) yang sangat besar maknanya yang terdapat dalam peristiwa Hijrah ini. Cuba anda bayangkan tiba-tiba sahaja anda diarahkan oleh pihak atasan untuk keluar daripada rumah sewa/ kosan anda untuk berpindah serta merta tanpa membawa barang-barang didalam rumah sewa/kosan anda dan hanya dibenarkan membawa baju sahaja itupun jika anda sempat mengambilnya. Anda dihalau dengan alasan bahawa anda dituduh membawa risalah yang salah dan harus berpindah jauh dari kecamatan/daerah yang anda berada sekarang ini tetapi jika anda tidak mahu anda boleh tinggal dengan syarat anda akan diseksa bekerja tanpa gaji (contohnya).
Maukah anda pergi tanpa membawa harta kesayangan anda walaupun mungkin paling lama anda tinggal di rumah sewa/kosan itu dalam 3-4 tahun sahaja. Pasti tidak kerana setiap barang terutama wanita pasti menghargai value added barang tersebut walaupun hanya sekadar sebatang pen.

 Tetapi umat Islam pada waktu itu terpaksa meninggalkan sesuatu yang sangat besar iaitu keluarga, harta kekayaan, tanaman dan ternakan, jiran tetangga dan yang paling disayangi oleh orang Makkah pada masa itu ialah tanah Makkah itu sendiri terutam Kaabah. Kenapa mereka begitu kuat dan siapakah yang memberi kekuatan pada mereka? Sudah pasti Allah. Allah lah yang menggerakkan hati mereka dan meyakinkah mereka bahawa jalan yang mereka pilih ini adalah sebaik-baik jalan yang akan membawa mereka kepada Allah.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah berfirman bahawa

“Seorang muslim ialah orang yang kaum muslimin lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya. Dan seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.”  (HR. Bukhori dan Muslim)

Dan inilah sebenarnya sebaik-baik hijrah yang sepatutnya umat Islam hari ini miliki.

Memang benar amat susah untuk kita meninggalakan tabiat ataupun amalan yang sering kita lakukan daripada meninggalkan barang yang kita sayang kerana barang yang lama boleh diganti tetapi tabiat yang lama amat susah untuk ditutup dengan tabiaat yang baru. Tetapi tidak rugi untuk kita kearah itu, kerana terbukti selepas umat Islam di Makkah behijrah ke Madinah kesannya umat Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia hingga kehari ini, ia bermula dari hati-hati yang pernah dihina, dicaci, dipukul dan dibuang keluarga, mereka inilah yang menjadi cream of the cream dalam pembentukkan sejarah Islam kita hari ini. Walaupun kita tidak dapat menjadi seperti mereka untuk membentuk masyarakat dan negara Islam, sekurang-kurangnya dengan penghijrahan kita ini dapat mengubah diri kita untuk menjadi orang yang lebih baik lagi, iaitu seorang hamba yang berlari-lari ingin mengejar penciptanya seperti firman Allah

Maka segeralah (berlari) kembali mentaati Allah.” (Adz Dzariyaat: 50)

Ingatlah bahawa tujuan Allah menyuruh umat Islam berhijrah pada waktu itu juga adalah dengan tujuan untuk menyelamatkan aqidah umat islam pada waktu itu, kerana kondusi ataupun suasana bumi Makkah pada saat itu tidak memungkinkan umat Islam melaksanakan ajaran Allah dengan sebaiknya, maka Allah mewahyukan suruhan untuk berhijrah ke Madinah kerana islam sudah menyinari Kota Madinah dan umat islam disana bebas menganuti agama Allah ini.
 Jadi ibrah yang dapat kita mabil disini, saat kita ingin melakukan penghijrahan dalam hidup kita, maka kita harus bersama-sama orang yang juga mempunyai fiqrah seperti yang kita mahukan, kita hendaklah mencari suasana dan rakan yang baik ketika dalam proses penghijrahan ini kerana keadaan seperti inilah yang memungkinkan kejayaan dalam pemghijrahan kita. insyaAllah..


Dan apa yang paling penting dalam sesuatu penghijrahan menuju Allah ialah niat.


https://ssl.gstatic.com/s2/oz/images/stars/po/bubblev1/border_3.gif
https://ssl.gstatic.com/s2/oz/images/stars/po/bubblev1/spacer.gif
https://ssl.gstatic.com/s2/oz/images/stars/po/bubblev1/spacer.gif
https://ssl.gstatic.com/s2/oz/images/stars/po/bubblev1/spacer.gif
Dari Amir al-Mu’minin, Abu Hafsh Umar bin al-Khaththab , dia menjelaskan bahwa dia mendengar RasulullaH SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Marilah kita sama-sama melakukan penghijrahan menuju Allah dan Rasulullah SAW supaya kita tidak menjadi orang yang rugi dunia dan akhirat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca sekalian, sesungguhnya sesuatu yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri yang masih dalam kekurangan dan sesungguhnya samapaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat. Disini saya sertakan antara tip-tip yang boleh kita lakukan untuk memulakan penghijrahan kita, insyaAllah



p/s: jangan lupa untuk menghadiri program anjuran BAIK iaitu ...

semoga bermanfaat untuk semua....


Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^