Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K


Hari Asyura’,Kelebihan Dan Keagungannya

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera….
Beberapa hari yang lepas kita baru sahaja meninggalkan tahun 1432 Hijrah dan sekarang kita masih berada dipermulaan bulan Muharram 1433 Hijrah.Di Malaysia,saban tahun kerajaan akan mengadakan program sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan secara besar-besaran dan pelbagai anugerah kepada tokoh-tokoh yang telah mengharumkan nama negara akan dikurniakan kepada mereka untuk mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan.
Namun begitu,kita sewajarnya menyedari bahawa bulan Muharram merupakan di antara bulan yang mempunyai kelebihan bagi sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya berdasarkan saranan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Telah diriwayatkan dalam satu hadis yang sangat terkenal di kalangan ahli ilmu bahawa Rasulullah S.A.W telah datang ke Madinah maka Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram, lalu Baginda bersabda:
فقال النبي صلى الله عليه وسلم : { ما هذا؟ } قالوا:(يوم صالح نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى) فقال: أنا أحق بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه
(Apakah ini?, Mereka menjawab; “Ini adalah hari yang baik, Allah telah menyelamatkan pada hari ini Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka (Fira’un) maka Musa berpuasa. Lalu Nabi bersabda; “Aku lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa, maka Nabi berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa”.)[1]
Dan sabdanya lagi:
أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله
(Aku berharap kepada Allah agar mengampunkan dosa setahun yang telah lalu.)[2]
Berdasarkan kedua-dua hadis di atas,puasa pada 10 Muharram sangat dianjurkan di dalam islam kerana padanya terdapat ganjaran yang cukup besar iaitu Allah Ta’ala akan mengkafarahkan dosa-dosa (dosa kecil) setahun yang lalu.
Begitu juga telah riwayatkan bahawa orang-orang jahiliyyah juga telah berpuasa pada hari tersebut.Sebelum Rasulullah diutus manjadi rasul,baginda sudah biasa berpuasa pada hari asyura’ dan meninggalknya setelah diutus menjadi rasul kepda umat manusia.Setelah penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah,Baginda S.A.W mengetahui bahawa puasa asyura’ merupakan syariat Nabi Musa,lalu Rasulullah S.A.W berpuasa dan memerintahkan para sahabat turut berpuasa bersamanya.
Suruhan ini bukanlah merupakan suruhan yang wajib,tetapi merupakan satu galakkan kepda sahabat dan umat islam untuk berlumba-lumba mendapat kebaikan dan kelebihannya.
Sunnah Berpuasa
Telah diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال حين صام رسول الله صلى الله عليه و سلم عاشوراء و أمر بصيامه قالوا : يا رسول الله إنه يوم تعظمه اليهود و النصارى فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع  قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه و سلم.
 (Daripada Ibnu Abbas berkata; “Ketika Nabi berpuasa Hari Asyura dan memerintahkan agar berpuasa, Sahabat berkata; “Ya Rasulullah sesungguhnya ia adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Nabi bersabda; “Maka jika tahun akan datang insyaallah kita akan berpuasa Tasua’ (9 Muharram)”. Ibnu Abbas berkata : “Maka belum sempat datang tahun hadapannya kecuali Rasulullah telah wafat”.)[3]
Berdasarkan pemahaman hadis dia atas,puasa 9 dan 10 Muharram sangat dituntut oleh Rasulullah S.A.W untuk membezakan puasa di antara orang islam dan yahudi atau nasarani.
Begitu juga Imam Syafie,Imam Ahmad,Imam Malik dan Imam Ishak berpendapat puasa 9 dan 10 Muharram disunatkan berpuasa kerana Rasulullah S.A.W berpuasa pada 10 Muharram dan berniat untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram pada tahun hadapan tetapi Rasulullah S.A.W telah wafat sebelum datangnya tahun tersebut.
Manakala Imam Hanafi memakruhkan puasa pada 10 Muharram sahaja dan yang lebih afdal adalah berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram.Ini merupakan di antara pendapat yang paling mashur pada Imam Ahmad.
Kesimpulannya,puasa Asyura’ mempunyai beberpa kaedah untuk melaksanakannya berdasarkan pendapat para ulamak.Yang paling rendah martabatnya adalah berpuasa pada 10 Muharram sahaja dan yang afdal adalah berpuasa dua hari iaitu 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11Muharram.Manakala yang paling afdal ialah berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram.
Akhir sekali,marilah sama-sama kita berpuasa untuk mendapat keredaan Allah Ta’ala di bulan yang mulia ini.Jaganlah kita meninggalkan peluang keemasan ini untuk menambahkan lagi amalan kebaikan yang akan membantu kita memberatkan timbangan mizan di sebelah kebaikan.Kita tidak tahu sejauh mana nasib kita pada Hari Pembalasan nanti.Semoga segala amalan kebaikan kita diterima oleh Allah Ta’ala dan dilipat gandakan ganjarannya.
Selamat berpuasa……..

[1] Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130)
[2] Hadis Riwayat Muslim(1162),Sunan Abu Daud(2427)
[3] Hadis Riwayat Muslim (1916),Sunan Abu Daud(2425)
http://mohamadazhar.com/motivasi/hari-asyura%E2%80%99kelebihan-dan-keagungannya

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^