Ulasan sekitar SSN TOUR 2009

Assalamualaikum~

Seperti yang rakan-rakan di UNPAD sedia maklum, BAIK telah menganjurkan Sifat Solat Nabi Tour yang berlangsung di kosan-kosan iaitu di Sukawening, Cikuda, Alpina dan diakhiri dengan Mulana. Berikut merupakan sesetengah daripada maklum balas yang kami terima berkenaan program yang telah dijalankan.

Semoga bermanfaat buat semua!

Soalan :

1. Kenapa tak boleh gabungkan bacaan iftitah yang pelbagai tu jadi satu bacaan semasa rakaat pertama? Saya ambil doa-doa yang kesemuanya sahih, pernah nabi baca. Jadi tak salah la kalau kita gabungkan bacaan itu kan? Nabi itu nabi, dah tentu masuk syurga. Kita ni lain, banyak dosa, jadi kenalah beramal lebih sikit dari nabi. Gabungkan bacaan tu dapatlah lebih sikit kan. Tak boleh?

2. Banyak perbezaan yang kita tengok setelah belajar dan mengetahu tentang cara dan sifat solat Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, kenapa dan bagaimana boleh wujudnya perbezaan dari segi tatacara solat ini?

3. Masih berkenaan soalan kedua, pada pendapat saya, perbezaan pendapat dan tatacara solat sekarang ini adalah kerana perbezaan cara faham dan cara buat oleh para sahabat nabi. Jadi saya fikir, semua yang kita buat ini dah betul. Cara solat kita semuanya dah betul dah. Kan?

Jawapan :

1. Sebelum kita mengupas soalan-soalan yang dikemukakan, eloklah kita mengulang kembali kepercayaan@aqidah kita terhadap dua kalimah syahadah.
ASYHADU ALLA ILA HA ILALLAH,
WAASYHADU ANNA MUHAMMADARRASULULLAH.
Aku bersaksi TIADA tuhan yang disembah MELAINKAN Allah,
Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu PESURUH/WAKIL/UTUSAN DARI ALLAH

Jadi kita telah meyakini bahawa yang berhak mendapat sembahan dan segala perhatian HANYALAH Allah, dan Nabi Muhammad itu adalah contoh ‘manusia’ terbaik yang diutuskan untuk ditiru dan diambil segala ilmu dalam beribadah atau MENYEMBAH tuhan. Kerana hanya Nabi yang mempunyai autoriti tentang segala bentuk sembahan dan peribadatan. Beliau sahaja yang ‘dikhabarkan’ oleh tuhan tentang apa yang menatijahkan pahala, apa pula yang sebaliknya. Sepakat!

Jadi, apabila timbul isu ---“Nabi itu nabi, dah tentu masuk syurga. Kita ni lain, banyak dosa, jadi kenalah beramal lebih sikit dari nabi. Gabungkan bacaan tu dapatlah lebih sikit kan.” Kita telah beranggapan bahawa Allah mengutus calon yang salah untuk ditiru.

Yang kedua, kita telah bersangka-sangka dengan fikiran sendiri tentang cara ‘sembahan’ kepada Tuhan. Kita bersangka perkara itu dan ini lebih membuahkan lebih banyak pahala berbanding yang biasa. Kita bersangka ‘result’ itu benar semata-mata kerana ‘equation 1’ dan ‘equation 2’ itu benar. Kita bersangka.

Jawapannya, dijawab dengan persoalan pertama. Siapakah yang mampu menjamin perkara yang kita buat itu menghasilkan lebih banyak pahala dari apa yang dicontohkan nabi? Persoalan kedua, siapakah kita yang mampu untuk menentukan perbuatan apa yang menghasilkan pahala dan perbuatan apa yang sebaliknya?

Jadi, pada pendapat saya, jawapannya BOLEH untuk menggabungkan, tetapi jangan menyangka perbuatan gabungan kita itu lebih baik dari apa yang dicontohkan. Termasuk, jangan sangka perbuatan itu ada pahala! Pekerja makan gaji tak layak untuk menentukan ‘overtime’nya dapat bonus. tukang bagi bonus/bos sahajalah yang berhak menentukan. Terpulanglah, fikir-fikirkan.

2. Perbezaan wujud kerana segelintir manusia menyampaikan ilmu turun-temurun dengan tidak berdisiplin. Disiplin ilmu tidak dijaga, akibatnya ilmu yang disampaikan diikut dengan membabi buta. ‘Kisah Benar’ disampai tanpa bukti, ‘Hukum Tuhan’ ditulis tanpa saksi, ‘Amal Ibadah’ diajar tanpa teliti. Jadi pelajar yang lahir buta hujah, menyampaikan pula dengan gayanya. Apabila sampai ke zaman cucu cicitnya, MAKIN JAUH MEREKA DARI SUMBER ASALNYA.

3. Sebelum menjawab pertanyaan ini, marilah kita sepakat bahawa perbezaan pendapat dan tatacara ini berbeza kerana kita perolehi dari sumber yang berbeza. Ada antara sahabat ataupun pendakwah yang terkemudian, (termasuk pedagang-pedagang arab yang datang ke tanah melayu suatu ketika dahulu) yang memahami ilmu nabi dengan sesuatu cara, dibuat dan ditirunya sedaya upaya, namun berbeza kerana latar belakangnya berbeza.

Sebagai contoh, alquran walaupun sumbernya satu, di baca dengan pelbagai gaya dan lenggok, oleh kerana sesuatu bangsa atau kaum tertentu sudah terbiasa dengan lenggok dan gaya sebegitu. WALAUPUN MEREKA SUDAH SEDAYA UPAYA MENIRU IBADAH YANG NABI CONTOHKAN, hanya itu yang mereka mampu buat. (Itu akan dibalas Allah insyaAllah) Jadi lapisan manusia berikutnya akan meniru gaya atau cara atasannya. Yang mana jika disiplin ilmu tidak dijaga, iaitu berterus terang dengan mengatakan
“Aku tidak mampu buat begitu, tetapi nabi dulu ajar begini”

Maka lapisan manusia di bawahnya akan menuruti cara dan gaya atasan mereka yang sudah sedaya upaya meniru nabi tadi (sila ambil perhatian – perkara berikut sudah berubah dari bentuk asal) namun difahami oleh orang bawahan, “Inilah yang diajarkan oleh guru kami sepertimana dicontohkan nabi”.

Jika ada 5 orang sahaja yang begitu, bayangkan betapa banyak pecahan perbezaan pendapat dan tatacara solat yang boleh kita perolehi?

Berbalik kepada soalan, juga dijawab dengan persoalan, kenapa kita tidak mahu berubah dan mahu tetap dengan cara turunan padahal kita boleh kembali ke sumber asal? YA, MEMANG BENAR cara solat manusia selepas nabi dan sahabat boleh berbeza seribu satu cara, namun kenapa kita mahu berpegang pada yang berbeza? Kenapa tidak kembali kepada sumber aslinya?

Tiada yang betul, tiada yang salah. Fikir-fikirkanlah….


Wallahua’lam,
-Dr.radzi-

p/s: Sebarang masukan, bangkangan atau tambahan boleh dikomen DENGAN BERAKHLAK disini atau di drrazi.wordpress. atau boleh dihantar ke email BAIK atau email saya sendiri. (asuare_razi@yahoo.com)

Muharram- antara fadhilat dan kepalsuan



Bulan Muharram merupakan bermulanya tahun baru didalam kalendar Islam. Artikel lalu telah membicarakan mengenai beberapa kelemahan fakta apabila membicarakan mengenai peristiwa hijrah Nabi :saw. Kelemahan-kelemahan ini adalah disebabkan oleh beberapa kitab-kitab sirah yang mengambil cerita berdasarkan kepada hadith-hadith dhaef.

Masyarakat kita telah didedahkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dengan upacara membaca do'a akhir dan awal tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si-penerima do'a ini bahawa : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun." dan juga "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".

Komentar kami adalah bahawa do'a ini tidak datang dari Nabi :saw, dan haram kita menyandarkan do'a kepada kepada Rasulullah :saw, kerana do'a ini tidak terdapat didalam mana-mana kitab sunnah. Mungkin persoalan yang timbul adalah : kepada siapa pula syaitan ini berjanji? Kami mengandaikan bahawa ini merupakan harapan dan cita-cita si-penulis do'a ini, mengambarkan seolah-olah syaitan telah berjanji dengan dia.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.

Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara', tidak berbunga-bunga atau keterlaluan, maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. Kebanyakkan kita banyak menerima e-mail yang menceritakan mengenai fadhilat hari Asyura'. Diantara fadhilat-fadhilatnya adalah :-

Sesungguhnya Ia Lebih & Malah Sangat Sukar ...

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas.  Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.
 
Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.

Allah swt mengingatkan :-
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)
Nabi s.a.w pula bersabda :-
إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه
Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)
 
APA ITU IKHLAS?
Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-
إفراد الحق سبحانه في الطاعة بالقصد، وهو: أنه يريد بطاعته التقرب إلى الله سبحانه دون أي شيء آخر؛ من تصنع لمخلوق، أو اكتساب محمدة عند الناس، أو محبة مدح من الخلق، أو معنى من المعاني سوى التقرب به إلى الله تعالى، ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل من ملاحظة المخلوقين
Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)
 
Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.
 
Ada yang berkata, ketidakiklasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap dan kata-katanya,
dari tulisan melalui baris ayatnya,
dari tindakan melalui memek wajah dan pergerakannya.
Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.
 
PENDAKWAH MELALUI CERAMAH

Allah knows best - The value of being impartial

*Ini adalah artikel Dr.Salman al-Oadah - Dalam senarai '500 Most Influential Muslims In The World', beliau telah mendapat tempat ke-19. Laman web beliau ialah www.islamtoday.com (english) dan www.islamtoday.net (arabic).


Allah Knows Best – The Value of Being Impartial

Impartiality is a value, and it is a noble one. It exists in a spirit of objectivity and a love of knowledge, which despises prejudice towards any position or party.

Our pious predecessors expressed their impartiality with the simple phrase: "I don't know." They used to say: "Half of knowledge is to recognize that you do not know something." They also said: "Whoever refuses to admit that he does not know, that person will soon be disgraced."

Another way of expressing one's neutrality and impartiality on an issue is to say: "Allah knows best." This is more eloquent, since it comes with the added meaning of affirming Allah's knowledge of all things.

Scholars of Islamic legal theory refer to this neutrality as suspension of judgment (tawaqquf). This is a specific scholarly position towards a matter of Islamic faith or Islamic Law, where the scholar determines the evidence to be equally weighted towards two variant rulings.

It is also an expression of extra caution in matters where a person fears speaking about a matter outside the scope of his or her knowledge. It is not a legal pronouncement, but rather a deferment of the matter to others. It is a sign of integrity and personal strength.

The Caliph `Umar b. al-Khattâb once, while delivering a sermon on the pulpit, read the verse 31 form Sûrah `Abasa: "And fruits and fodder."

The word translated here as "fodder" and also sometimes as "herbage" or "grasses" is the Arabic word abb. `Umar admitted on the pulpit that he did not know what this word means.

The very same admission has also been related from Abû Bakr.

We would be hard-pressed to find in our history any Islamic scholar who never admitted he did not know certain things or who never declined to answer certain questions that were asked of him.

This holds equally true for Prophet Muhammad (peace be upon him). Someone once asked him: "Which land is most beloved to Allah, and which land is most despised by Him?"

The Prophet (peace be upon him) replied: "I do not know until I ask the angel Gabriel."

Thereafter, Gabriel informed him that the most beloved places are the mosques and the most disliked are the marketplaces. [Musnad Ahmad, Musnad Abî Ya`la, and Mustadrak al-Hâkim]

In stark contrast to the example of the Prophet (peace be upon him), the Companions, and the eminent Islamic scholars throughout the ages, we find many laymen who are quite willing to speak with authority on every matter, great and small, regardless of how well informed they are. Sometimes, they take sides just to dispute. So if one person says "true" the other says "false". If one says "lawful" the other says "forbidden". Many people speak hastily before giving the matter sufficient study. Had they only done their research, they would easily have seen how wrong they are. Alas, some people are just not prepared, mentally or emotionally, to deal with difficult issues and to research them with the required degree of thoroughness and rigor.

The media has emboldened the general public even further. Many people now regard it as a weakness when a scholar remains silent on an issue or admits he does not know the answer. They feel ashamed themselves not to have an opinion about everything, even if it is a singularly difficult question of Islamic Law or a tenet of religious belief. Every topic has become the same – politics, economics, ancient and modern history – and it makes no difference how much specialization is required to do justice to the matter.

What makes matters worse is when people become polarized about these opinions. They identify themselves and others on the basis of the views that they hold. Then they rally to defend their views using whatever means and resources are at their disposal, often belittling and berating their opponents in the process. It is sad how people invest so much energy into these conflicts, where none of the opposing parties has any real appreciation of the issues or the alternatives. So often, such people become fully distracted by these arguments from the essential truths of their faith and from the worship of their Lord. Instead, their hearts become full of resentment and rancor towards others.

Once before I made an observation, comparing extremists in the West and among ourselves. I said that some extreme factions in the West have started to declare: "You are either with us or against us." At the same time, some extremists among the Muslims say: "You are either with us or against God!"

This is why a scholar of jurisprudence once observed: “I find that the general public is more zealous about issues of Islamic Law than the scholars are.”

The reason for this is that a scholar who gives legal verdicts knows the issues and all the opinions and proofs that surround them. He knows the evidence for each opinion, and he knows who held it among the Companions, the Successors, and the leading jurists. On this basis, he gives preference to one opinion while being fully aware that other legitimate opinions exist that are also supported by evidence. Because of this, he does not state his opinion forcefully, nor does he become overzealous about it, nor does he overreact. On the other hand, we have a novice student or an average Muslim who receives this verdict from the scholar without having the proofs of the other opinions mentioned to him and without the issue being placed in a proper and objective framework. His heart becomes filled with the verdict and he sees it as if it is the religion itself. He becomes zealous about the legal opinion that he receives from the scholar and combative with anyone who disagrees with it, even if the one who disagrees with him is capable of juristic reasoning and might possibly be the one holding the correct opinion.

Al-Shâfi`î, universally recognized as one of the greatest scholars of the Sunnah, used to say: “I believe my opinion to be correct, while entertaining the possibility that it may be wrong. I hold my opponent’s opinion to be wrong, though I entertain the possibility that it may be correct.”

We need to get used to showing respect to ourselves and to others. We need to respect the very values that we believe in and not use them as a means to elevate our disagreements to the level of being some sort of conflict between truth and falsehood or between faith and unbelief

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Kuiz ramalan nasib di Facebook

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain. 

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:
ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1

Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH
Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).


Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Salam Aidiladha!

Assalamualaikum wbt:)

Harap belum terlalu lambat untuk kami dari BAIK mengucapkan Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat khususnya di Bandung, Indonesia...

Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Raya Qurban tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran rombongan dari Malaysia termasuklah DS Shahidan Kassim dan Dr MAZA ataupun Dr Asri mantan mufti Perlis.

Di sini diselitkan sebuah video ringkas tazkirah Dr.MAZA semasa Iftar di Masjid Ibnu Sina~

Tanggungjawab Menyampaikan Islam~

"Qurban Pesona Taqwa"
Apa yang telah kita korbankan demi secebis taqwa?~



Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

K.U.I.H. !

KUIH #1 =)


Assalamualaikum wbt~
Alhamdulillah, tercapai sudah hasrat untuk menerbitkan KUIH atau nama penuhnya
Komik Unik Inspirasi Hati
oleh BAIK...

Gambar yang terpapar diatas adalah muka hadapan untuk KUIH #1 yang mula diedarkan dua minggu lepas.

Buat yang masih belum dapat membaca KUIH yang pertama, jangan risau, bilangan KUIH sudah ditambah dan akan diberikan secepat mungkin :)

Andai ada kekurangan, ampun maaf kami ucapkan, insyaAllah kami akan mengambil pengalaman yang baru ini untuk memberikan yang lebih baik di masa hadapan^_^

Harapan saya, semoga KUIH dapat menjadi 'alat' untuk kita supaya lebih cintakan Allah dan rasul, dapat menjadi makanan rohani di saat-saat kita memerlukannya, dan sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya insyaAllah...

Sebarang komen atau cadangan, sila-silalah kemukakan terus kepada kami, jangan malu-malu naaa...=)

Selamat menikmati KUIH yang sedap!

p/s: buat teman-teman, ada yang meminta kuih sebenar yang dapat dimakan dan dihadam... harap maaf ye, kami bukanlah perkhidmatan katering^_^



Iklan pendek: Kuih di kantin FK sedap untuk dimakan=p

wassalam~

~bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (96:1)~



dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman, mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikitpun

dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangan-(Nya).

surah An-Nisa (4: 124-125)


Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

Sahkah akidahku?

Soalan~

Saya hendak tahu, apakah syarat sah utk berakidah, apakah wajib ketahui dalil aqli dan dalil naqli serentak dan tidak boleh salah satu saja? Dulu ustaz saya cakap wajib tahu dua-dua dalil, kalau tidak akidah kita tidak sah dan rosak... Betul ke ustaz??? Susahlah macam ni...sebab saya susah nak hafal ayat al-Quran walau ayat yang pendek pun........

Jadi saya harap sangatlah pihak panel dapat berikan makluman segera mungkin. Iyelah, jika benar wajib dalil aqli dan naqli maka lagi lambat panel jawab maka lagi lamalah akidah saya tak sah!

Jawapan~

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


1. Asas kepada IMAN ialah mentauhidkan Allah dan membenarkan RasulNya SAW. Daripada dua dasar ini, timbulnya rukun2 iman iaitu: Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari akhirat, dan Qadha Qadar. Sesiapa yang mempercayai keenam-enam rukun ini, dan beramal dengan rukun-rukun Islam maka dia adalah seorang yang beriman.

2. Tidak disyaratkan kesahihan iman seseorang, mesti mengetahui dalil samada naqli ataupun aqli. Cukup dengan beriman kepada yang disebut secara ijmal.

Sabda Nabi SAW:


  • ما من أحد يشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صدقا من قلبه إلا حرمه الله على النار


  • Maksudnya: Tiada seorang pun mati dalam keadaan dia menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar kecuali Allah, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, secara benar dari lubuk hatinya, melainkan ALlah haramkan neraka ke atasnya.
    Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 128).


3. Walaubagaimana pun tahap iman antara manusia berbeza, dan ia boleh bertambah dan boleh berkurang. Antara unsur yang boleh menambahkan iman seseorang ialah mempelajari dalil-dalilnya samada daripada nusus-nusus syarak, ataupun melalui tanda-tanda dalam kejadian alam.

Firman Allah:


وفي الأرض آيات للموقنين
وفي أنفسكم أفلا تبصرون


Maksudnya: Dan pada bumi terdapatnya tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin. Begitu juga terdapatnya tanda-tanda di dalam diri kamu sendiri. Maka apakah kamu tidak melihatnya?
(Az-Zariyaat: 20-21).



Wallahu A’lam.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

komen BAIK:
Janganlah risau sahabat-sahabat, Allah tidak kejam. Dia yang menciptakan kita PASTI tahu kemampuan setiap makhluk ciptaanNya... InsyaAllah, selagi kita mengimani keenam-enam rukun iman yang disebutkan, kita telah sah berakidah... namun dengan mempelajari dalil-dalil samada naqli atau aqli, insyaAllah dapat menambahkan keimanan kita kepadaNya... Jadi rebutlah peluang untuk menjadi orang yang dicintaiNya:)

Pengajaran juga boleh diambil supaya sentiasa memeriksa semula apa yang diberikan kepada kita walau siapa pun yang menyampaikannya untuk buktikan kesahihannya... Ustaz pun manusia juga, mempunyai kelemahan sama macam kita kan? Berlapang dadalah dan bersyukurlah kekeliruan yang berlaku akhirnya menjadikan ilmu kita bertambah insyaAllah:))

Selamat kembali diucapkan kepada blog BAIK yang baru kembali beroperasi setelah lama berehat. Moga belum terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, moga segala amalan kita diterima olehNya, ameeen ya Rabb~

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

    eksplorasi du'at!

    TENTATIF PROGRAM:

    14 Ogos 2009 (Jumaat)

    Masa Acara

    04.00 p.m Pendaftaran Peserta, solat Asar
    06.00 p.m Makan malam
    06.30 p.m Ice Breaking
    07.30 p.m Solat Maghrib
    08.00 p.m Slot 1 - 'Burning Desire'
    10.00 p.m Tidur

    Penceramah: Ust. Riduan Nor ( Pengarang buku tarbiyah dan dakwah, Pendakwah bebas, CEO Muslim Care dan CEO Jundi Resources)

    15 Ogos 2009 (Sabtu)

    Masa Acara

    05.30 a.m Persiapan Diri, solat Subuh
    07.30 a.m Sarapan
    08.00 a.m Slot 2 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 1
    10.00 a.m Slot 3 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 2
    12.00 p.m Rehat, makan tengah hari, solat Zuhur
    02.00 p.m Slot 4 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 3
    04.00 p.m Bertolak ke Tampin, Negeri Sembilan, makan, solat Asar
    06.00 p.m Tiba di Tampin, Negeri Sembilan, solat Maghrib
    08.30 p.m Bertolak Pulang

    Penceramah: Ust. Hasrizal Abdul Jamil ( Penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya' dan pemilik laman blog saifulislam.com)

    16 Ogos 2009 (Ahad)

    Masa Acara

    05.30 a.m Persiapan diri, solat Subuh
    07.30 a.m Sarapan
    08.00 a.m Slot 5 – 'Kembara Dakwah Kami'
    10.00 a.m Majlis Penutup ( di SMI Al-Amin)
    11.30 a.m Bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
    12.00 p.m Tiba di Taman Tasik Titiwangsa, makan tengahari, solat Zohor
    01.40 p.m Bertolak ke Rumah Titian Kaseh
    02.00 p.m Tiba di Rumah Titian Kaseh
    02.30 p.m Tayangan Filem ' Laskar Pelangi'
    04.00 p.m Perbincangan dan Curhat
    04.30 p.m Pemberian Sumbangan dan Cenderahati
    05.00 p.m Acara Selesai, solat Asar

    Penceramah: Akh Ammar Zain dan isterinya, Ukhti Anfal Saari

    Perhatian:

    Penyertaan adalah terhad kepada pelajar-pelajar Malaysia di Bandung.

    Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan pada wakil tempat tinggal masing-masing:

    Bale Padjadjaran - Farhana Yem FK08 (087822212072)
    Sukawening - Badihah binti Ali FK07 (081910331421)
    Cikuda - Nurul Aiman binti Ismail FK07 (081802057313)
    Maulana - Nur Afiqah binti Abdullah FK07 (081809571071)
    Alpina - Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim FK06 (081809031717)

    Pengangkutan peserta dari Greenwood, Terminal Putra (LRT) dan STAR Ampang ( Bagi mereka yang datang dari Stesen Puduraya) disediakan oleh pihak penganjur.

    * Untuk sahabat yang bukan dari Bandung tetapi berminat, kami untuk masa ini masih bergantung dengan kehadiran dari Bandung. Jika masih ada tempat, InsyAllah kami akan membukanya. Prinsipnya "Siapa cepat, Dia dapat" *


    Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

    Orang awam tak perlu belajar ilmu hadith???



    Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan[ala2 blog PKPMI:P]
    Diharapkan semua sihat sejahtera dalam menjalani liku-liku kehidupan, tak kiralah di mana jua anda berada^_^
    Kepada yang sudah berada di Malaysia, selamat bercuti, semoga masa yang singkat dapat diisi dengan sebaiknya.
    Buat yang masih berjuang di sini, teruskan perjuangan!!!
    Dan akhir sekali buat yang sudah pulang dari bercuti, selamat kembali ke bumi Bandung^_~

    Hmm... hari ni kita nak kongsikan mengapa kita harus mengetahui sedikit sebanyak tentang ilmu tentang hadith. Benarkah ilmu hadith tidak perlu dipelajari oleh orang awam? Jom kita terjah!!!


    ~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~


    ***SOALAN***

    Apakah kelebihan bagi mereka yang mempelajari hadis dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya?


    ***JAWAPAN***

    Ya, memang terdapat beberapa kelebihan, di antaranya:

    Pertama:

    Rasulullah SAW telah mendoakan secara khusus kepada mereka yang mempelajari hadis baginda SAW dengan sabdanya:

    Maksudnya: Semoga ALLAH memberikan cahaya kepada seseorang yang mendengar hadis daripadaku lalu menghafaznya sehingga dia menyampaikannya kepada orang lain[1].


    Kedua:

    al Syafie pernah menyebut:

    Kamu semua hendaklah mendampingi orang-orang yang mempelajari hadis. Sesungguhnya mereka ialah orang yang paling tepat amalannya dalam kalangan manusia[2].


    Ketiga:

    Menurut salah seorang pengkaji hadis pada masa ini, Abd. Salam Allush:


    Tidak ada ilmu yang lebih bermanfaat - selain berkaitan Al Quran - daripada mempelajari hadis. Sesungguhnya di dalam hadis itu terdapat tauhid, asas-asasnya, sifat-sifat ALLAH dan jenis-jenisnya, nama-nama ALLAH dan maknanya, jawapan terhadap dakwaan para mulhid (atheis), kisah-kisah umat terdahulu, cerita orang-orang zuhud, peringatan daripada para Nabi terdahulu, mukjizat bagi ahli bahasa, sumber bagi ahli fiqh, peristiwa-peristiwa dan peperangan Baginda, hukum-hakam yang Baginda SAW putuskan, maklumat tentang isteri-isterinya, anak-anaknya, keluarganya dan para sahabatnya, kisah hidup mereka (para sahabat), kelebihan-kelebihan mereka, umur mereka, keturunan mereka, keadaan serta kata-kata mereka, mazhab dan fatwa-fatwa mereka[3].



    Keempat:

    Mempelajari serba sedikit tentang ilmu pengkajian hadis dapat membantu seseorang untuk membezakan di antara hadis-hadis yang sahih daripada yang palsu.


    Kelima:

    Menurut Mohd Asri B. Zainul Abidin:


    Mengetahui sedikit sebanyak disiplin ilmu hadith membantu kita mendekati dan memahami hadith. Orang awam juga sangat penting mendekati ilmu ini. Sesetengah golongan yang menyandarkan diri kepada agama kadang-kadang tidak bertanggungjawab terhadap hadith-hadith Nabi SAW. Kadangkala mereka membaca hadith yang palsu, atau membuat huraian yang salah terhadap hadith. Orang awam yang tidak mempunyai asas-asas pengetahuan dalam ilmu hadith akan mudah percaya dan terpedaya. Jika mereka dibekalkan dengan ilmu hadith ini, mereka mungkin akan berfikir semula atas sesuatu perkara berkaitan hadith yang dinyatakan, atau mungkin boleh menyoal kembali kenyataan yang dibuat[4].


    Keenam:

    Mempelajari hadis akan menjadikan kita memahami bagaimana Al Quran ingin diterapkan dan diamalkan di dalam kehidupan. Seluruh kehidupan Rasulullah SAW adalah merupakan terjemahan serta huraian kepada isi kandungan Al Quran. Oleh itu mereka yang ingin menjadikan diri mereka sebagai golongan yang mempraktikkan isi Al Quran hendaklah mempelajari dan mengamalkan hadis-hadis Rasulullah SAW.
    Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata:

    Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran[5].


    Ketujuh:

    Dengan mempelajari hadis, kita akan dapat mengetahui bagaimanakah Rasulullah SAW beribadah lalu kita dapat mencontohi Baginda SAW. Kita yakin bahawa ibadah yang dilakukan Baginda SAW itulah yang terbaik dan berpeluang untuk diterima di sisi ALLAH.


    -----------------------------------




    [1]Hadis Sahih riwayat Abu Daud (3660) dan imam-imam lain dengan lafaz yang sedikit berbeza.
    [2]Al Adab al Syar’iyyah – Ibn Muflih – jilid 1 – muka surat 231 – cetakan kedua 1996 – Muassasah al Risalah, Lubnan.
    [3]Ilm Zawaaid al Hadith – Abd. Salam Allush – muka surat 13 – cetakan 1995 – Dar Ibn Hazm, Lubnan.
    [4]Pendahuluan buku Selangkah Ke Arah Mengenal Al-Sunnah terbitan Karya Bestari. Buku ini adalah panduan ringkas yang amat baik berkenaan asas-asas yang perlu diketahui tentang ilmu hadis.
    [5]Hadis sahih riwayat Muslim (hadis no. 1773).


    **~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~

    komen BAIK- Tiada ruginya kita seandainya kita berusaha untuk menambahkan ilmu hadith, sebaliknya kita akan mendapat manfaat yang banyak insyaAllah. Sekurang-kurangnya ambil tahu sedikit, jika tidak banyak tentang ilmu hadith sebagai bekalan buat diri kita :)


    Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

    Apa itu aqidah???

    Assalamualaikum wbt~~
    Apa itu aqidah dan mengapa kita harus tahu apa itu aqidah yang sahih?
    Jom kita belajar sama-sama yuk!
    Penjelasan daripada Ustaz Rasyid Idris tentang aqidah:)

    Maksud aqidah???

    Kalimah aqidah berasal daripada Bahasa Arab yang berakar umbi daripada kalimah:
    عقد ، يعقد ، عقدا وعقيدة yang bermakna ikat (dengan ketat), mengikat dan ikatan yang kukuh, juga bermakna perjanjian.

    Di sudut istilah, Aqidah Islamiyyah telah diberi beberapa takrif oleh beberapa orang sarjana Islam. Namun boleh dikatakan kesemua takrif itu menjurus kepada satu asas iaitu:
    membenarkan dan mengiktiraf dengan sepenuh hati tanpa sebarang pengubahsuaian atau kompromi terhadap Allah dan rasul-Nya yang tersemat erat di dalam hati sanubari.

    Kandungan aqidah yang sebenar:

    1. Al-Quran adalah sumber bagi dalil-dalil naqli dan akli.

    2. Menurut jejak langkah dan kefahaman golongan salaf di dalam mentafsirkan nas.

    3. Beriman terhadap perkara-perkara ghaib adalah sekadar apa yang datang dengan perkhabaran yang benar (Al-Quran dan al-hadith yang thabit).

    4. Membahagikan (di sudut pengajian) tauhid kepada 3, iaitu: Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan al-Asma’ wa as-Sifat.

    5. Mengithbatkan nama-nama dan sifat-sifat Allah tanpa sebarang persoalan: bagaimana? (kayf?)

    6. Menghimpunkan antara ithbat dan tanzih (mensucikan Allah daripada disamakan dengan makhluk atau sebarang sifat kekurangan).

    7. Menghadkan penggunaan akal serta tidak bersandar kepadanya dalam perkara-perkara yang di luar kemampuannya.

    8. Menolak takwilan-takwilan ilmu Kalam yang tersasar dari kebenaran.

    9. Allah taala memiliki perumpamaan dan contoh yang tertinggi lagi terbaik.

    10. Menetapkan batas makna bagi istilah-istilah yang diperselisihkan maknanya, dan menentukan maknanya.
    Contohnya: lafaz Tauhid di sisi Ahl As-Sunnah ialah: “mengithbatkan ketuhanan hanya bagi Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya di dalam pengabdian”.

    Tetapi bagi golongan ilmu Kalam, maknanya ialah: “apa yang tiada sifat bagi-Nya, tidak diketahui apapun daripada-Nya tanpa sesuatu serta tidak boleh dilihat”.

    11. Meyakini bahawa al-Quran itu seluruhnya adalah Bahasa Arab yang jelas dan boleh difahami oleh ahlinya.

    12. Mengithbatkan bahawa isu-isu cabang dalam aqidah dengan khabar ahad yang diterima, secara membenarkannya dan beramal dengannya.

    13. Penilaian kebaikan dan keburukan adalah urusan akal (yang dipandu syarak), tetapi pahala dan dosa adalah urusan syarak. Allah taala yang menunjukkan kepada manusia agar mengakui kebaikan sifat: adil, memelihara kehormatan, benar dan lain-lain.

    Begitu juga dengan sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat tadi. Dosa dan pahala pula adalah berkait rapat dengan suruhan dan tegahan Allah.

    14. Nas naqli yang sahih akan menyepakati akal yang jelas.

    15. Tidak boleh mengkafirkan orang Islam hanya kerana suatu kesalahan atau dosa yang dilakukannya.

    Mengapa penting bagi kita beramal dengan aqidah yang sahih???

    1. Aqidah yang sejahtera lagi jitu dapat menghimpunkan manusia dan mempertautkan hati mereka.

    2. Aqidah yang benar menjadi neraca timbang yang tepat dan mapan dalam menentukan kedudukan seseorang di sisi syarak.

    3. Slogan: “kembali kepada Islam” bermakna kembali kepada asasnya iaitu: aqidah yang benar, di mana dari situ baru berbuah amal yang soleh.

    Ustaz Rasyid merupakan Presiden Institut Al-Qayyim

    komen BAIK: Cara yang mudah untuk memahami aqidah adalah dengan menggunakan analogi sebuah pokok. Pokok yang mempunyai akar yang kuat dan sihat(aqidah yang betul) akan menghasilkan buah yang berkualiti dan begitulah sebaliknya. Wallahua'lam...



    Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K



    Memahami fiqh?

    Soalan:~ Bagaimana ya cara-cara nak memahami fiqh?
    Al-jawab:~
    Kaedah 1:الأمور بمقاصدها

    Terjemahan: Segala perkara bergantung kepada tujuannya.

    1. Kaedah ini adalah salah satu daripada lima kaedah feqah yang utama yang menjadi tunjang kepada banyak kaedah-kaedah feqah yang lain. Kaedah-kaedah itu dikenali sebagai ‘Al-Qawaed Al-Fiqhiyyah Al-Kubra’.

    Lima kaedah tersebut ialah:
    i- Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
    ii- Suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan).
    iii- Kemudaratan mesti dihapuskan.
    iv- Adat dirujuk dalam menentukan hukum.
    v- Kesusahan mendatangkan kemudahan.


    2. Kaedah ‘Segala perkara bergantung kepada tujuannya’ bersumberkan kepada banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Salah satunya ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:إنما
    الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

    Maksudnya: “Segala amalan berdasarkan kepada niat, dan setiap orang memperoleh apa yang diniatkannya”.

    Hadis ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.


    3. Hadis ini membawa pengertian yang sangat besar dalam syariat Islam. Imam Bukhari berkata, “Tidak terdapat dalam khabar-khabar (hadis) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam satu hadis yang lebih mencakupi, lebih mencukupi, dan lebih banyak faedah, daripada hadis ini”. Ramai imam salaf menjulang kedudukan hadis ini dan membuat rumusan bahawa ia adalah satu pertiga daripada ilmu. Antara yang mengatakan demikian ialah Syafie, Ahmad, Ibn Mahdiy, Ibn Al-Madiniy, Abu Daud, dan Al-Daraqutniy.

    4. Ketinggian taraf hadis ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan kaedah: “Segala perkara bergantung kepada tujuannya’. Ia juga mencakupi kebanyakan bab dan fasal dalam ilmu feqah.

    5. Maksud umum kaedah ini ialah: Segala perkara yang lahir dari seorang mukallaf samada dalam bentuk perbuatan atau pertuturan, maka hukum hakamnya ditentukan berdasarkan maksud dan tujuan dia melakukan atau menuturkannya. Jadi, niat dan maksud seseorang berperanan penting dalam menentukan suatu hukum.

    6. Daripada kaedah ini, kita dapat bezakan antara perbuatan yang dilakukan dengan niat, dan perbuatan yang berlaku secara tidak sengaja atau tanpa niat. Hukumnya pun berbeza. Sebagai contoh, dua orang lelaki, A dan B telah melakukan perbuatan membunuh. A sengaja melakukan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah, manakala B tidak ada niat langsung untuk membunuh, tetapi tersilap sehingga menyebabkan kematian orang lain. Dalam perundangan Islam, hukuman terhadap kedua-duanya A dan B adalah berbeza. Kerana A membunuh dengan niat, manakala B membunuh secara tidak sengaja.

    7. Satu perbuatan yang sama tetapi dilakukan dengan tujuan yang berbeza, natijah yang terhasil juga akan berbeza bergantung kepada apa yang diniatkan. Contohnya orang yang berperang dalam barisan tentera Islam, jika bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia akan mendapat balasan yang baik. Manakala orang yang berperang kerana mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia seorang yang berani dan pahlawan, akan mendapat balasan yang buruk. Berbeza balasan disebabkan berbeza tujuan.

    8. Niat terbahagi kepada dua jenis;

    i- Niat dalam amalan.Niat dalam amalan berperanan untuk membezakan antara amalan ibadah dengan perlakuan bukan ibadah. Contohnya, seorang yang tidak makan dan minum pada waktu siang. Mungkin dia manahan lapar kerana melakukan diet, atau disebabkan tiada makanan, atau kerana berpuasa. Jadi dengan berniat puasa, dapat dipastikan bahawa perbuatan itu adalah ibadah.

    Selain itu, niat juga berperanan membezakan antara ibadah-ibadah. Contohnya, seorang yang berpuasa mungkin tujuannya puasa sunat, atau puasa qadha, atau puasa kaffarah. Jenis puasanya dapat ditentukan melalui niat.

    ii- Niat untuk apakah dilakukan amalan.Maksud niat jenis ini ialah satu-satu perlakuan ibadah adakah dilakukan ikhlas kerana Allah Taala, ataupun dilakukan kerana tujuan lain? Niat inilah yang membezakan antara ikhlas, riyak, sum’ah, dan lain-lain.

    9. Niat wadahnya ialah di dalam hati. Demikian menurut sekalian ulama Islam. Oleh itu, seseorang yang meniatkan di dalam hati, tanpa melafazkan dengan lidahnya, maka ia sudah memadai di sisi sekalian ulama.

    10. Pengetahuan tentang niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul. Kerana kefahaman yang silap tentang konsep niat kadang-kadang menyebabkan kepayahan dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah. Benarlah kata-kata sesetengah ulama bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan dalam agama dan kebingungan dalam akal. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kejahilan dalam agama.

    Sekian.

    by Abu Umair (AAN)

    Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

    Doktor atau ahli farmasi?


    Orang yang hanya menghafal nama-nama ubat di farmasi, tidak boleh dipanggil sebagai doktor. Menjadi doktor mestilah dengan mengikuti program perubatan secara formal di universiti-universiti. Membaca dan menelaah buku-buku perubatan yang tebal mesti menjadi hobi. Berani pula didedahkan dengan mayat untuk autopsi. Selepas segala teori dan asasnya dipelajari, barulah boleh dihadapkan dengan pesakit sebenar di peringkat klinikal.

    Begitu juga ilmu fiqh. Ia bukan semudah menghafal hukum-hakam yang termaktub dalam kitab-kitab fiqh. Seseorang yang menghafal ribuan masalah fiqh pun tidak bererti dia seorang faqih. Kerana fiqh bukan sekadar hafalan. Tetapi meliputi penguasaan asas, dasar, dan prinsip yang membina ilmu ini. Atau lebih dikenali dengan Usul Fiqh.


    Ilmu yang mengajar kita bagaimana sesuatu hukum dikeluarkan daripada nas Quran dan Hadis. Jika nas berbentuk perintah, hukumnya wajib. Jika nas berbentuk larangan, hukumnya haram. Ada juga nas yang bentuknya larangan, tetapi hukumnya harus.


    Bagaimana cara mengetahuinya?

    Tekanan di kala exam?

    Peperiksaan merupakan satu kemestian kepada para pelajar. Kejayaan di dalam peperiksaan membuktikan kesungguhan dan keperihatinan pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari, juga kepekaan terhadap tanggunggjawab sebagai seorang pelajar.

    Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah dan amat baik jika bermula dalam suasana yang sihat. Bermula dari sinilah, wujudnya tekanan di dalam diri pelajar untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, tekanan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal perasaannya.

    Dorongan perasaan untuk mencapai kejayaan diperlukan untuk membangkitkan semangat berusaha untuk mencapai kejayaan tetapi tekanan yang berlebihan samada luaran atau dalaman boleh menyebabkan seorang pelajar gagal mengimbangi dirinya seterusnya melakukan tindakan yang kadang-kadang di luar batasan.

    Tekanan di dalam diri seorang pelajar datang dari pelbagai sudut kehidupan, di antaranya tekanan daripada kedua orang tuanya untuk melihat kejayaan anaknya. Bayangkanlah jika setiap surat yang ditulis oleh ibubapa kepada para pelajar dipenuhi dengan harapan dan pesanan agar mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Harapan yang tinggi daripada kedua orang tua di tanah air menyebabkan tekanan yang tinggi, apatah lagi jika pelajar itu kurang bersedia untuk menghadapi peperiksaaan.

    Tekanan juga berlaku kerana kesilapan dan kelalaian para pelajar sendiri yang tidak membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Masa yang panjang digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang mengakibatkan pengabaian buku-buku pelajaran dan kuliah. Apabila menjelang peperiksaan, akibat persediaan yang kurang tekanan mula wujud dan timbullah pelbgai perbuatan susulan.

    Tekanan seperti ini akan menyebabkan pelajar cepat bosan, murung dan terlalu merendah diri sehingga menyebabkan jiwanya terganggu. Ia juga menyebabkan putus asa untuk belajar wujud. Natijahnya, pelajar tersebut tidak mengambil peperiksaan atau mengambilnya dengan sambil lewa kerana menganggap perjuangannya di medan peperiksaan sudah berakhir.

    Menghadapi peperiksaan atau persaingan memerlukan kekuatan spiritual dan mental yang jitu untuk menghadapi tekanan yang mungkin datang bila-bila masa sahaja. Kekuatan mental ini lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Tidak peliklah sekiranya pakar psikologi diperlukan bagi memantapkan persiapan mental selain persiapan fizikal di dalam setiap pertandingan atau persaingan sukan.

    Hari Ibu tak boleh disambut? 0_o

    Soalan:
    Salahkah kita menyambut hari ibu???


    Jawapan(yang panjang lebar^-^) :



    ‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:


    “Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:

    “Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa(gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”[1]


    Berhijrah adalah salah satu tuntutan Islam yang amat penting. Malah Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan berhijrah tanpa alasan yang munasabah.


    Firman Allah:

    Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:

    “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?”

    Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.”

    Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.


    Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak,

    yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. [al-Nisa’ 4:97-99]





    Termasuk orang yang dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas, dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka.


    Dalam hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa. Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan kita yang menyedihkan mereka.


    Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:

    Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama.

    Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat radhiallahu 'anhum pada zaman baginda.

    Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.

    Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun.


    Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa. Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutan Mother’s Day dan Father’s Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:


    1. Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.


    Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:

    Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.

    Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.

    Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.






    2. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.


    Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.



    3. Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.


    Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.


    4. Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?”


    Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka.


    Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.

    --------------------------------------------------------------------------------

    [1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 4163 (Kitab al-Bai‘ah, Bab berbai‘ah untuk hijrah).



    wallahua'lam...




    sumber: hafiz firdaus (click)


    Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

    jom datang ramai-ramai!!!~

    [tekan untuk besarkan]
    [maaf terdapat ralat pada poster, tempatnya di A.3.3 bukan A.4.3.3 ya:) ]


    hello?shah kirit? bila sampai? esookkkk???!! yeaaayyyy!!



    Assalamualaikum dan salam sejahtera:)




    Untuk kesekian kalinya, saya hendak mengumumkan bahawa

    BROTHER SHAH BAKAL MENGGEGARKAN JATINANGOR!!!





    Seminar Comparative Religion a.k.a Perbandingan Agama anjuran Biro Agama dan Kerohanian KUBI a.k.a BAIK akan bermula ESOK!!!






    Sudah pasti semua teruja kan???:D





    Kepada yang sudah mendaftar, harap anda sudah bersedia~!!!
    Seminar ini dijalankan sebagai medan untuk kita lebih mengenali diri kita(baca:agama kita) dan juga agama-agama lain sebagai perkongsian, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya...:))







    antara contoh simbol-simbol keagamaan~




    tentatif program~! [click to enlarge]






    *hmmm...ada apa dengan seminar ni?musykillah..*

    macam-macam ada...!





    sedikit ringkasan daripada tentatif:




    Ada ceramah daripada Brother Shah(untuk muslim sahaja) pada hari Jumaat...





    Ada 'talkshow' yang terbuka kepada umum pada hari Sabtu...





    Ada pembukaan 'booth' jualan dan pameran daripada agama-agama lain...



    dan...







    yang paling penting sekali,




    makanan sedap!!! hehe...


    [gurauan semata-mata;)]









    Tunggu apa lagi??





    Jomlah pergi beramai-ramai!!!










    Jumpa esok di A.3.3 Theatre esok....


    Don't be late!!!


    masihkah kita tercari-cari benda yang sudah ada di depan mata?





    indah kan? ;) (gambar hiasan)


    p/s: kepada yang berminat, pendaftaran masih terbuka! hubungi nombor yang tertera di skrin anda sekarang!!!! :D
    (nombor di poster)
    p/s2: semoga program ini berjalan dengan lancar dan dirahmatiNya...Amiiin~






    -COMPARATIVE RELIGION 2009-

    Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

    Ahlan wa sahlan

    ASSALAMUALAIKUM

    "Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

    Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
    baik.kubi@gmail.com

    Malu bertanya, sesat jalan~

    Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

    Selamat membaca~

    =)

    Mutabaah Ibadah

    1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
    2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
    3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
    4. solat di awal waktu- dua kali sehari
    5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
    6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
    7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
    8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
    semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^