SOALAN :
"Radzi! Radzi!!! Boleh tak makan siput babi??", tanya elis bukan nama sebenar dengan penuh bersemangat...
"Kenapa? nak makan ke?"
"Takdelah.... tanye je. kompius2. hehe..."
JAWAPAN :
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam
al-ahkam
p/s : BAIK rasa daripada makan siput baik makan cekodok. hitam jugak,hehe.... atleast makan 'macam' siput pon ok lagi la....
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
hmm..x penah trpikir pn nk mkn siput babi..
geli ar~
oho.... lbey bek makan cokodok ye dr siput babi?? ok laa.. mam cokodok saje la pasni~ hahahaha
wah dah ada penonton rupanya blog ni walaupun sbenarnye x siap lg..hukhuk3 maaf ye...blog ini masih dalam construction...so sory kalo buruk...hehe.
cik cokodok,cokodok yg dimaksudkan tu bukan anda ye? jgn terasa. hehe...