Imbasan COMREL 2009
COMREL 2010
Bolehkah menyimpan patung seperti teddy bear di bilik/rumah??
'Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak. Oleh kerana itu kata Aisyah: "Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dan dalam salah satu riwayat diterangkan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya." (Riwayat Abu Daud)
Kesimpulannya, daripada artikel di atas, patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut...
Suara wanita itu aurat??
Soalan: Adakah suara seorang wanita itu aurat?? Apakah hukum wanita menyanyi?
Assalamualaikum semua... Terima kasih buat pembaca sweet melody yang bertanyakan soalan ini di shoutbox BAIK...^__^
Jadi apa jawapannya?
Hm, begini.. hukum asalnya, suara wanita itu bukanlah aurat. Jika suara seorang wanita itu aurat, sukarlah untuk seorang isteri mengangkat telefon, jika tidak boleh bersuara!
Dalam al-Quran sendiri, ada dikisahkan tentang wanita bercakap, antara puteri Nabi Syuaib yang berkata kepada Musa a.s.:
Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap kebaikan kamu memberi minum ternakan kami.”
(al-Qashash, ayat 25)
Begitu juga perbualan antara Ratu Saba' dan Nabi Sulaiman, serta contoh-contoh yang lain.
Tapi, nak kata suara wanita itu bukan aurat secara total adalah tidak tepat... Selagimana percakapannya mematuhi syariat, selagi itu ia dibenarkan...
Namun jika bercakap bermanja-manja, mendayu-dayu, dan apa saja yang mampu menaikkan syahwat seorang lelaki, itu yang dilarang...
Allah melarang untuk seorang wanita melenggokkan suaranya supaya tidak timbul keinginan dalam hati orang yang "berpenyakit". Allah meminta wanita berhati-hati dalam berbicara, dan caranya ialah dengan berbicara dengan paling beradab dan sopan. Cukuplah berbicara apa yang perlu tanpa melenggokkan suara kita...Suara wanita yang seperti itulah yang diharamkan, bukan suara wanitanya itu sendiri. Jadi, suara wanita itu bukanlah aurat yang tidak boleh diperdengarkan.
Pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat..
Islam itu sifatnya sangat berhati-hati dan menjaga... Sedangkan untuk azan, suara wanita tidak disyariatkan kecuali untuk jemaah muslimah sahaja, begitu juga apabila hendak menegur imam, bagi wanita cukuplah menegur dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari~
Bolehkah seorang wanita itu menyanyi di khalayak ramai??
Dalam beberapa hadith, ada disebutkan tentang wanita yang menyanyi di hadapan Rasulullah saw, seperti hadith berikut:
Dalam hadith ini,
- Ia dipersembahkan oleh hamba wanita, maka hukumnya tidak sama dengan wanita biasa
- Dua orang wanita itu bukanlah penyanyi profesional yang terkenal kerana pandai menyanyi
- Rasulullah saw tidak digambarkan menghayatinya namun hanya membiarkan Aisyah menikmatinya
- Takrif 'jariah' selain bermaksud hamba, juga digunakan untuk kanak-kanak wanita yang beum baligh
Wanita mahu bernyanyi? Silakan... lakukanlah di hadapan suami, kawan-kawan perempuan, atau ahli keluarga... Itu lebih manis dan lebih cantik di sisi Islam;)
Wallahua'lam bissawab, untuk lebih lanjut: kata Ustaz Zaharudin
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Mari mari cepat beli^_^
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan