Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Imbasan kembali COMREL 2009

Program yang julung-julung kali diadakan oleh BAIK memberikan seribu satu pertanyaan, mampukah program ini mendapat sambutan ramai? Lagi pula ia memakan belanja yang agak besar kerana harus menjemput penceramah daripada Malaysia sendiri. Idea yang tercetus ini diusulkan oleh mantan pengerusi Biro Agama Islam KUBI, Saudara Fahkrul Radzi Ahmad Zubir . Ia bukan hanya melibatkan pelajar yang beragama Islam sahaja, tetapi ia juga melibatkan pelajar dari agama-agama lain, iaitu Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya..




COMREL 2009 bukanlah cetusan idealistik semata-mata, namun ia terselit objektif yang tertentu. Ia dirancang dan dilaksanakan untuk mendedahkan mahasiswa Islam Malaysia tentang agama lain selain Islam... Untuk apa? Adakah untuk mencari kesalahan agama lain dan kemudian saling bertelingkah?? Tidak sama sekali. Ia adalah satu program untuk membuka minda pelajar mencari kebenaran bukan hanya sekadar beragama dengan ikut-ikutan.

Cabaran hidup yang semakin tinggi zaman kini, menuntut para pelajar untuk lebih bersikap dinamik dari segi pemikiran, dan bukan hanya terbatas dengan apa yang dipelajari di dalam dewan kuliah sahaja. Selain itu, program ini turut menjemput mahasiswa bukan Islam untuk membetulkan salah faham yang terbit di minda mereka yang mana akhirnya diharapkan agar ia dapat mengurangkan pertengkaran di antara umat Islam dan bukan Islam sendiri....

Program yang berlangsung selama dua hari dari 1 Mei hingga 2 Mei 2009 yang lepas berjalan dengan lancar. Ia telah diadakan di teater A33, Universitas Padjadjaran kampus Jatinangor.Kira-kira seramai 150 orang pelajar telah menghadirinya, 20 daripadanya adalah pelajar bukan Islam. Penceramah telah dijemput khas dari Malaysia iaitu Shah Kirit bin Kakulal Govindji atau lebih dikenali sebagai Brother Shah dan adik beliau, Divesh Danial. Disebabkan masa yang terbatas, hanya beberapa aspek sahaja disentuh oleh Brother Shah, dan kebanyakannya hanya menyentuh 'permukaan' sesuatu perkara sahaja...

Antara modul yang telah disampaikan pada COMREL yang lepas adalah “Why we choose Islam” dan “Salah faham dan persangkaan terhadap Islam”

Sekadar perkongsian, mungkin setiap orang yang hadir akan mengalami pengalaman yang hampir sama, namun yang membezakannya adalah sama ada ilmu yang diperolehi dapat diambil manfaat ataupun tidak. Pernah seorang kawan berkata, “Semua agama adakah sama, ia menuntut kebaikan dalam setiap diri penganutnya” namun, adakah persamaan itu menyebabkan kita tidak lagi mencari kebenaran? Apa yang penting adalah kebenaran di sebalik persamaan tersebut, dan apakah perbezaan antara setiap agama yang wujud di muka bumi ini... Semoga COMREL akan datang ini dapat menjawab beberapa persoalan yang selama ini berlegar-legar di minda pelajar...

JOM KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKAN COMREL 2010 DENGAN MENYERTAINYA!

Farah Wahidah Sazali
Ahli Jawatankuasa COMREL 2009,
merangkap Setiausaha COMREL 2010



Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

2 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    wah....
    bagusnya S/U comrel ni. timekaseh2,smoga sama2 dapat manfaatnye, amiiin.=)

  2. salam,
    maaf, ada sedikit kesalahan fakta di sini
    berkenaan dengan jumlah peserta.
    rsnye yang len ok je
    sama2 dr razi
    saya hanya menjalankan tugas:)

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^