Soalan: Adakah suara seorang wanita itu aurat?? Apakah hukum wanita menyanyi?
Assalamualaikum semua... Terima kasih buat pembaca sweet melody yang bertanyakan soalan ini di shoutbox BAIK...^__^
Jadi apa jawapannya?
Hm, begini.. hukum asalnya, suara wanita itu bukanlah aurat. Jika suara seorang wanita itu aurat, sukarlah untuk seorang isteri mengangkat telefon, jika tidak boleh bersuara!
Dalam al-Quran sendiri, ada dikisahkan tentang wanita bercakap, antara puteri Nabi Syuaib yang berkata kepada Musa a.s.:
Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap kebaikan kamu memberi minum ternakan kami.”
(al-Qashash, ayat 25)
Begitu juga perbualan antara Ratu Saba' dan Nabi Sulaiman, serta contoh-contoh yang lain.
Tapi, nak kata suara wanita itu bukan aurat secara total adalah tidak tepat... Selagimana percakapannya mematuhi syariat, selagi itu ia dibenarkan...
Namun jika bercakap bermanja-manja, mendayu-dayu, dan apa saja yang mampu menaikkan syahwat seorang lelaki, itu yang dilarang...
Allah melarang untuk seorang wanita melenggokkan suaranya supaya tidak timbul keinginan dalam hati orang yang "berpenyakit". Allah meminta wanita berhati-hati dalam berbicara, dan caranya ialah dengan berbicara dengan paling beradab dan sopan. Cukuplah berbicara apa yang perlu tanpa melenggokkan suara kita...Suara wanita yang seperti itulah yang diharamkan, bukan suara wanitanya itu sendiri. Jadi, suara wanita itu bukanlah aurat yang tidak boleh diperdengarkan.
Pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat..
Islam itu sifatnya sangat berhati-hati dan menjaga... Sedangkan untuk azan, suara wanita tidak disyariatkan kecuali untuk jemaah muslimah sahaja, begitu juga apabila hendak menegur imam, bagi wanita cukuplah menegur dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari~
Bolehkah seorang wanita itu menyanyi di khalayak ramai??
Dalam beberapa hadith, ada disebutkan tentang wanita yang menyanyi di hadapan Rasulullah saw, seperti hadith berikut:
Dalam hadith ini,
- Ia dipersembahkan oleh hamba wanita, maka hukumnya tidak sama dengan wanita biasa
- Dua orang wanita itu bukanlah penyanyi profesional yang terkenal kerana pandai menyanyi
- Rasulullah saw tidak digambarkan menghayatinya namun hanya membiarkan Aisyah menikmatinya
- Takrif 'jariah' selain bermaksud hamba, juga digunakan untuk kanak-kanak wanita yang beum baligh
Wanita mahu bernyanyi? Silakan... lakukanlah di hadapan suami, kawan-kawan perempuan, atau ahli keluarga... Itu lebih manis dan lebih cantik di sisi Islam;)
Wallahua'lam bissawab, untuk lebih lanjut: kata Ustaz Zaharudin
Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K
Ahlan wa sahlan
"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)
Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com
Malu bertanya, sesat jalan~
Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...
Selamat membaca~
=)
Mutabaah Ibadah
- membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
- berjemaah di waktu solat - sekali sehari
- solat berjemaah di masjid- sekali sehari
- solat di awal waktu- dua kali sehari
- berpuasa sunat - dua kali sebulan
- membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
- Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
- Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
assalamualaikum BAIK..
saya nak tanya apa hukumnya bila seorang wanita tu tak melembutkan suaranya tapi cara percakapannya memang lemah lembut.
jika ada seorang lelaki yang mendengar dia bercakap dan kemudian terangsang shahwatnya,maka berdosakah si wanita tadi?
bagaimana pula jika seorang wanita bercakap dengan nada suara yang biasa tetapi si lelaki yang mendengar turut terangsang shahwatnya.adakah berdosa si wanita itu?
(bukan nak salahkan lelaki.cuma kalau mungkin dielakkan oleh wanita itukan lebih manis=))
terima kasih=)
anda sebenarnya menjawab dalam bertanya...hehe~
saya pernah ada seorang rakan yang cakapnya lembut secara semulajadi. mungkin dah terbiasa sejak kecil lagi.manja dengan family barangkali.
tapi alhamdulillah setelah diceritakan pro dan kontra di dalam agama tentang cara percakapannya, dia berjaya mengubah. bukanlah mengubah total, tetapi dia berjaya membuat dia sedar dan perasan tentang dirinya.
at least selepas itu dia sudah kurang bercakap dengan lelaki kalau tidak perlu. (kerana dia tau akibat dan kesannya pada lelaki yang mendengar. dan dia takut dia dapat saham secara tak sengaja dengan suaranya itu.) sekian~
Waalaikumussalam dr.Illy:)
Macam drrazi cakap, memang ada sesetengah perempuan yang secara naturalnya, suara mereka memang lemah lembut. Suara perempuan ni, rasanya boleh bahagi dua.
Pertama, suara itu sendiri. Sesetengah orang memang dilahirkan dengan suara yang halus, lembut, lemah gemalai dan sebagainya. Dan untuk mengubah suara kita, boleh dikatakan sukar.
Suara Illy tak sama dengan suara Lina, contohnya. Mengubah 100%, saya kira agak mustahil.
Kedua, cara bercakap, dan inilah yang boleh diubah, jika tidak dengan drastik, boleh secara perlahan-lahan... Ada orang yang suara halus dan lembut, namun gaya percakapannya tegas, straight to the point dan tidak berlebih-lebihan.
Ada juga yang mungkin suaranya mungkin tidaklah semerdu Celine Dion dsb, tetapi dilenggokkan, dilunakkan, walaupun mungkin tanpa disedarinya (mungkin terbiasa sejak kecil).
Jadi sebagai sahabatnya, wajar untuk menegur sahabat itu, bimbang ada lelaki yang terkesan...
Berbalik kepada soalan tadi, andai dia sedar akan keadaan dirinya dan berusaha seboleh-bolehnya supaya tidak menarik perhatian lelaki...Jika dia memang sudah berusaha, maka yang lain serahkanlah kepada Allah.. kerana sememangnya hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.
Lelaki sekalipun, berbagai ragam. Ada yang senang terkesan dengan suara perempuan, ada yang tidak. Tetapi kita sebagai perempuan, haruslah berusaha supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan dalam surah al-Ahzab di atas....:)
Tentang berdosa atau tidak, Allah knows best...
Usahalah semampu kita untuk tidak menaikkan keinginan orang lelaki, berhati-hati dalam percakapan dan tingkah laku, dan selebihnya bertawakkallah kepada Allah.
Macam tak menjawab soalan je? hehe..
Hope this at least resolves some of your musykilah..amin~
Wallahua'lam~ =)
p/s: tahniah dan takziah!
salam...
Alhamdulillah..terima kasih drrazi dan B.A.I.K atas jawapannya..
agreed..Allah knows the best but the most important thing is to USAHA.
p/s:terima kasih juga atas ucapan tahniah dan takziahnya
Assalamualaikum,BAIK. Saya nk tanye satu soalan. Apakah hukumnya seorang prmpuan menyanyi di belakang tabir dan tiada seorang ajnabi pun yg tahu identiti penyanyi itu malah wajahnya pun mereka tidak tahu. Adakah hukumnya haram juga?
assalamualaikum..
saya hendak bertanyakan soalan...
jikalau pelajar perempuan yang sudah baligh bolehkah pelajar tersebut menjerit jerit di dalam kelas untuk mengemukakan cadangan
Saya nak tanya hukum sekiranya perempuan menjerit dengan sengaja dihadapan lelaki boleh ke?