Adik R: Assalamualaikum, kak. Boleh ke ek simpan patung dalam rumah? Dibenarkan ke dalam Islam? Kalau setakat nak main-main, jadikan perhiasan, jadi bantal peluk, tak ada niat nak menyembah dia pun, tak boleh ke?
Kak S: Waalaikumussalam wbt dik. Hehe... BAIK baru je buat artikel pasal ni... Meh baca meh.

Bolehkah menyimpan patung di rumah-rumah sebagai perhiasan? Hmm.. Pada asasnya, Islam mengharamkan patung atau boneka yang disucikan atau dimuliakan.



"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaanmu itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Surah Al-Hajj, ayat 73)

Manakala patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah, kerana Aisyah ra, ummul mukminin sendiri pernah bermain dengan patung semasa masih kecil... Ini berdasarkan hadith berikut:-

Dari Aisyah ra,

أنها كانت تلعب بالبنات عند رسول الله صلى الله عليه وسلم

Terjemahannya: "Aku biasa bermain boneka di sisi RasuluLlah SAW” (HR Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2440)

Namun, syarat-syaratnya juga ada, iaitu syarat patung yg dibolehkan ialah patung yang tidak cukup sifat.

مر برأس التمثال فليقطع حتى يصير كهيئة الشجرة

Terjemahannya: "(Jibril AS berkata) Perintahkan agar kepala patung itu dipotong. Maka dipotonglah patung itu sehingga menjadi seperti pokok." HR Abu Daud, anNasa’iy, Termidzi dan Ibn Hibban, disahihkan oleh al- Albani dalam Ghayatul Maram (131)

'Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak. Oleh kerana itu kata Aisyah: "Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dan dalam salah satu riwayat diterangkan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya." (Riwayat Abu Daud)
Maka begitulah kedudukan patung dan boneka di sisi syara’. Jika boneka itu sasarannya untuk permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Jika ia tidak cukup sifat, pun dibolehkan juga. Jika selain itu, misalnya boneka untuk kemegahan dan tujuan untuk diagungkan, maka ia adalah haram. Wallahua'lam' (al-Qardhawi, petikan dari Halal & Haram)

Antara dalil-dalil lain yang melarang, sebuah hadith juga dari Aisyah r.a. katanya,:"Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,: "Sesungguhnya orang-orang itu jika yang meninggal di antara mereka orang soleh, mereka membuatkannya masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat.” (HR Bukhari)

Kenapa Islam tak bagi menyimpan patung walaupun sekadar untuk perhiasan/bantal peluk dsb (selain kanak-kanak dimana ia rukhsah)?
Hmm...Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir..

Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.

Dari Abu Hurayrah ra:
لا تدخل الملائكة بيتا فيه تماثيل أو تصاوير

Terjemahannya: "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada patung dan lukisan." (HR al-Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2112)

Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. (Lihat hadith Aisyah di atas)

Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya.

Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar... Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jauhilah perkara yang syubhah, kerana ia merupakan tanda ketaqwaan seseorang kepada Allah swt....

Kesimpulannya, daripada artikel di atas, patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut...

Allah knows best~

Rujukan- JAKIM dengan tambahan dari sini

Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K

25 Responses so far.

  1. duha says:

    jazakillah atas artikel ni.. :)
    tgh fikir nk donate kat siapa teddies atas katil tu n teddy2 kat umah (malaysia) tu..huu~

    boleh baca blog ni sbg tambahan :D

    http://abunuha.wordpress.com/2008/08/16/patung-dalam-rumah/

  2. B.A.I.K says:

    duha-
    Wa iyyak~

    Thanks jugak atas nilai tambah itu~ :)
    Memang diakui, bagi perempuan khususnya agak sukar untuk menerima, mungkin sebab dah terbiasa... tapi insyaAllah slow2...


    :)

  3. Syuhadah says:

    assalamualaikum..
    memng sedih sngt nk buang all the teddies..serius sedh sngt n berat hati coz kebyakkanye org kasi..tapi hukum tetp hukum..after bce artkel nie,ktorg search untk mncri mungkin boleh dibuat sbgai tido..bole bce link yg duha kasi tu..jgnlah kter menghalalkan yg haram..jzzk ats artikel nie..

    p/s=...kerana ganjarannya syurga...

  4. Salam alaykum

    Selama ia kekal sebagai mainan dan dipeluk waktu tidur, selama itu ia dibolehkan.
    Jika sudah jadi hiasan atau dimuliakan, ia jatuh kepada haram. Nenek-nenek juga masih bermain dengan teddy bear kok kayak anak-anak.

    Jelaskan tujuan dan cara anda memperlakukannya.Jangan biarkan diri anda berada dalam syubhah dan was-was. Ia cuma antara 2, mainan vs hiasan/dimuliakan.

    Jika dok di rumah tak di usik, telah jadi seolah-olah hiasan, sedekahkanlah. boleh pahala. kesian malaikat dok tunggu kat pintu nak masuk.

    Untuk lebih selamat sekaligus sihat, sila belikan anak2 anda ataupun diri anda sendiri dengan bantal peluk timun atau oren yang comel..iAllah lebih ceria. Jangan bantal telur, tinggi kolesterol...

    adios...

  5. *F.Y* says:

    Semua patung dan gambar (2D & 3D) adalah haram kecuali:

    1. Dipakai oleh kanak-kanak perempuan untuk bermain.
    2. Cacat sifatnya maka tiada unsur penyembahan, keagungan, kemuliaan.

    Khilaf:

    1. Untuk tujuan pembelajaran (rakaman video kuliyah, ceramah, etc).
    2. Kamera.

    Persoalan adakah semua bergantung pada niat kita:

    1. Kalau niat ambil gambar pakai kamera, video, ianya khilaf.
    2. Kalau niat untuk pembelajaran, ianya khilaf.
    3. Kalau untuk bermain, padahal dia bukan budak-budak ianya haram (Nabi membenarkan khas untuk kanak-kanak mereka hanya fikir untuk bermain-main sahaja, sedangkan yang dewasa, bukankah sudah dikurniakan akal untuk berfikir. waLlahu'a`lam).

    4. Kalau tayang patung/gambar walaupun tanpa niat memuliakannya (sedangkan ia adalah patung yang tidak cacat), maka ianya haram.

    Rujuk hadis mala'ikat tidak masuk rumah yang ada anjing dan gambar (tanpa mengira adakah ia dimuliakan atau tidak), serta teguran Nabi terhadap `A'isyah yang menyimpan bantal yang mempunyai gambar di dalam rumah yang digunakan untuk Nabi bersandar. Kita tahu `A'isyah dan Nabi takkan mengagungkan gambar, namun still ianya tidak dibenarkan.

    Apatah lagi hujah mereka yang ingin menyimpan patung/gambar dalam rumah dan mengatakan "Kami tidak memuliakannya" padahal patung itu cukup sifat.

  6. Nabi saw membenarkan ketika aisyah ra masih kecil atas ilah sebagai permainan. nabi melarang ketika sudah dewasa atas ilah hiasan. Adakah nabi melarangnya atas ilah umur?

  7. B.A.I.K says:

    Assalamualaikum wbt~
    Sedikit tambahan,

    Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin Yusuf: Telah memberitahu kami Malik, daripada Nafi`, daripada Al-Qasim bin Muhammad, daripada `A'isyah Ibu Orang-orang Yang Beriman, bahawasanya dia telah memberitahunya, bahawa dia telah membeli sebuah kusyen padanya gambar-gambar.

    Maka apabila telah melihatnya Rasulu Llah, dia berdiri di atas pintu dan dia tidak memasukinya. Maka saya telah mengetahui pada wajahnya kebencian, maka saya berkata: "Ya Rasula Llah, saya bertawbat kepada Allah dan kepada Rasul-Nya, apa dia yang saya telah berdosa?"

    Maka telah berkata Rasulu Llah: "Kenapa dengan kusyen ini?" Saya telah berkata: Saya telah membelinya untuk kamu untuk kamu duduk di atasnya menyandarinya. Maka telah berkata Rasulu Llah:

    "Sesungguhnya pembuat-pembuat gambar-gambar ini pada hari Al-Qiyamah adalah di`azab, dan dikatakan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah antum cipta." Dan dia berkata: "Sesungguhnya rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar, tidak memasukinya para mala'ikat"

    [Al-Bukhari/ 2105]


    -hadith ini dijadikan dalil untuk mengharamkan sebarang patung apabila telah dewasa, semasa Aisyah ra kecil, nabi membenarkannya, namun apabila telah dewasa, nabi saw melarang, sedangkan kusyen yang dibeli oleh Aisyah hanyalah gambar 2D bukan 3D-

    Petikan daripada Halal wa Haram, Dr.YusofAlQardhawi
    2.3.4 Hikmah Diharamkannya Patung

    1) Di antara rahasia diharamkannya patung ini, walaupun dia itu bukan satu-satunya sebab, seperti anggapan sementara orang iaitu untuk membela kemurnian Tauhid, dan supaya jauh dari menyamai orang-orang musyrik yang menyembah berhala-berhala mereka yang dibuatnya oleh tangan-tangan mereka sendiri, kemudian dikuduskan dan mereka berdiri di hadapannya dengan penuh khusyu'.

    Kesungguhan Islam untuk melindungi Tauhid dari setiap macam penyerupaan syirik telah mencapai puncaknya. Islam dalam ikhtiarnya ini dan kesungguhannya itu senantiasa berada di jalan yang benar. Sebab sudah pernah terjadi di kalangan umat-umat terdahulu, dimana mereka itu membuat patung orang-orang yang saleh mereka yang telah meninggal dunia kemudian disebut-sebutnya nama mereka itu.

    Lama-kelamaan dan dengan sedikit demi sedikit orang-orang saleh yang telah dilukiskan dalam bentuk patung itu dikuduskan, sehingga akhirnya dijadikan sebagai Tuhan yang disembah selain Allah; diharapkan, dan ditakuti serta diminta barakahnya. Hal ini pernah terjadi pada kaum Wud, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr.

    Tidak hairan kalau dalam suatu agama yang dasar-dasar syariatnya itu selalu menutup pintu kerusakan, bahawa akan ditutup seluruh lubang yang mungkin akan dimasuki oleh syirik yang sudah terang mahupun yang masih samar untuk menyusup ke dalam otak dan hati, atau jalan-jalan yang akan dilalui oleh penyerupaan kaum penyembah berhala dan pengikut-pengikut agama yang suka berlebih-lebihan.

    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=3820/postdays=0/postorder=asc/start=15.html


    Rasanya cukup sampai situ...

    Segala yang disampaikan disini, bukan diambil daripada akal sendiri melainkan diambil daripada hadith2 Rasulullah saw dan qaul ulama-dalam soal ini Syeikh Bin Baaz dan DYQ serta ustaz2 yang mengulas tentang hadith2 itu... Mahu bertanya lebih lanjut daripada ustaz2 lain, dipersilakan, seandainya ada jawapan lain kongsi2kanlah ya di sini:)

    Jazakallahu khairal jazaa'
    Wallahua'lam~

    AbuHuzaifah, wslm wbt~
    Saya kurang pasti adakah setelah Aisyah ra dewasa nabi melarang atas illat hiasan atau sebab2 lain. Adakah nabi saw berlembut kerana ianya permainan atau kerana Aisyah masih kecil?

    ala kulli hal, cukuplah fatwa daripada DYQ tentang hal ini, beliau lebih arif menurut saya..

    "Jika boneka itu sasarannya untuk permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Jika ia tidak cukup sifat, pun dibolehkan juga. Jika 'selain itu', misalnya boneka untuk kemegahan dan tujuan untuk diagungkan, maka ia adalah haram. Wallahua'lam'"

  8. Kedua sheikh (bin bazz dan qardhawi) yang kita kasihi jelas berhujah dengan dalil yg sahih dari Nabi saw yang agung. Jelas haram untuk pemujaan dan hiasan tetapi harus untuk mainan.

    Untuk mainan sahaja. Jika saja2 simpan atau suka2 simpan, jatuh kepada hiasan dan haram.
    Kot2la masih ada yang umur dah boleh mengundi masih lagi berbual dengan teddy bear sebelum tido, bagi makan dan bawak ke WC buang air.

    Dalil dan hujah telah jelas. Tinggal untuk berfikir dengan akal mengaplikasikan dalam kehidupan.

    Niat adalah niat. Yang membuktikan niat adalah perlakuan. Anda katakan niat anda untuk mainan, main sungguh-sungguh. Jika kuatir ditertawakan, sedekahkan kepada mereka yang main sungguh-sungguh.


    p/s : diskusi dengan santai...^_^

  9. oh ye..
    ade soklan.
    kalo patung sponge yang memakai seluar segiempat? masuk dalam kategori haram jika hiasan atau dimuliakan tak?

  10. B.A.I.K says:

    Rasanya, perbezaan kat sini, hanya dari segi mainan,adakah ianya hanya untuk kanak2 atau tak apa, asalkan namanya mainan tanpa had umur, kanak2 atau dewasa... Mungkin soal itu memerlukan penjelasan yang lebih rapi^^

    He..parah tu nak bawak pegi WC skali:p

    P/s: Yup..santai akh. Tak macho la gaduh pasal teddy bear ni kan..keh..keh..

    P/p/s: siapa yang main dgn spongebob tu? hoho..

  11. drrazi says:

    abu huzaifah, sponge bob!! haha...

    erm, dah abeh bincang ke? nak tanya lagi boleh? mcm mana dengan gambar(kamera)? kerana gambar (kamera) sifatnya adalah pantulan cahaya. cermin pun memantulkan cahaya dan imej juga, jadi bagaimanakah? khilaf ek?

    p/s: bahaya bincang benda camni kalau quran dan sunnah tak setel lagi ni, hehe. QURAN dan SUNNAH harus dicinta dahulu, baru hati akan menurut walau badai beribu batu. cewah~
    tapi takpe. soklan camni la slalu dapat phatian. hehe... apa2 pon, tahniah. teruskan usaha.

  12. eh..tiada la daku mempunyai sebarang bentuk patung atau mainan di kamar sama ada yang bear atau yang berseluar segiempat. ku cuma suka kartunnya yang santai.ish3...

    Aji, kamera, fotograf dan kawan-kawan buka artikel baru da...ini untuk mainan teddy bear sahaja.
    Tapi dengar2 ade orang kita kat saudi kena rampas kamera dengan pihak berkuasa sebab amik gambar dikatakan haram.huhu.

    benda khilaf, sedia untk diskusi atas dasar cinta Allah dan rasulNya, ukhuwah sesama muslim dan damai sekalian alam.

  13. *F.Y* says:

    drrazi- haip haip, xde orang sebut pasal tu kat sini, sape suruh sebut? hahaha..
    Artikel ni jz nak fokus kat patung inc teddy bear je. pasal gambar, kamera dll, tu KIV dulu la.hehe...panas sangat kot bab tu=p

    abuhuzaifah-ntahnye! orang lain tak de sebut pun! he..he

    Permai...rindu pulak nak pg PERMAI..ahaks~

  14. drrazi says:

    erk...baiklah. nak delete komen tak boleh plak, huhu....sori2....(T_T)

  15. *F.Y* says:

    drrazi- eh eh, dunweri..x perlu delete pun.. komen tu masih sesuai untuk kanak2 mahupun org dewasa..=p

    rileks..mesra..mantap [curi moto pdi]

  16. beza sungguh laki dan perempuan..

  17. Tanpa Nama says:

    salam....
    sy mahu bertanya berkenaaan kt dilarang menyimpan gmbr2 binatang...bagaimana pula dgn gmbr bntg tp kartun...adakah gmbr ini jg dilarang....
    bagaimana pula org yg mlukis binatang...berdosakah ia....kalo mlukis manusia...bagaimana pulak...sy seorang yg gemar mlukis...oleh kerana itu sy ingin tahu batas2 sy...
    satu pertanyaan lg....kakak sy suka meyimpan dan mengumpul patung tedy bear...apakah yg harus dilakukan..umurnya jg sdh mjangkau 20....???harap dpt menjwb ptanyaan sy....

  18. anis says:

    salam..
    saya anis
    saya nak tanya boleh tak simpan anak patung dalam rumah sebab saya memang minat anak patung tapi bukan anak patung barbie yang dibuat dari plastik tapi anak patung yang lembut macam mana ya?

    harap dapat jawab soalan saya..

  19. BAIK says:

    Tanpa nama & anis:

    Allah Maha Mengetahui. Tanyalah pada yang lebih arif.

    Setakat ni ulama' berbeza pendapat samada yang dewasa tmasuk antara yang dibenarkan untuk bermain-main dengan patung.

    Ada ulama' yang kata harus jika hanya untuk mainan meskipun dewasa, dan ada ulama' yang mengharamkan jika telah dewasa meskipun hanya untuk permainan.

    atas prinsip menjauhi pintu-pintu yang membawa kepada keburukan.

    ikutlah pendapat yang paling kuat berdasarkan ilmu yang ada, tanyakan pada yang ahli.

    Allahu a'lam...

    :)

  20. saya dari kecik memang tak penah dimanja dengan teddybear nia.so,alhamdulillah tak la terikut2 nak beli.peluk bantal kabu je la..hehe

  21. Tanpa Nama says:

    X payah simpan..very easy kan

  22. nur c0nfiuz says:

    salam...macam mne pulak dengan bantal peluk (tupai)..beli sbb utk buat bntal peluk..bkn ada niat lain..

  23. Love Nash says:

    Ade sape² yg nk bg teddy bear kpd saye?Kalau nk jual,maaf la duit x bnyk mn pun.Kalau ade whatsapp kpd saye 0174193594

  24. Sharifahbatrisyia:) says:

    Saya nak tanya,dekat rumah saya ada banyak patung barbie.Jadi,patung barbie tu tak boleh simpan ke?

  25. Sharifahbatrisyia:) says:

    Saya nak tanya,dekat rumah saya ada banyak patung barbie.Jadi,patung barbie tu tak boleh simpan ke?

Ahlan wa sahlan

ASSALAMUALAIKUM

"Selamat datang!" ke blog rasmi Biro Agama dan Kerohanian Kelab UMNO Bandung Indonesia; ataupun lebih mesra dikenali sebagai BAIK (Biro Agama Islam KUBI)

Di sini kami menyediakan ruangan khusus untuk rakan-rakan khususnya di UNPAD untuk mengetengahkan dan mengutarakan apa-apa kemusykilan tentang Islam di sini. Sebarang soalan bolehlah di'email'kan kepada:
baik.kubi@gmail.com

Malu bertanya, sesat jalan~

Semoga segala usaha kita diredhai Allah SWT...

Selamat membaca~

=)

Mutabaah Ibadah

  1. membaca al-Quran serta terjemahan- sekali sehari
  2. berjemaah di waktu solat - sekali sehari
  3. solat berjemaah di masjid- sekali sehari
  4. solat di awal waktu- dua kali sehari
  5. berpuasa sunat - dua kali sebulan
  6. membaca bahan bacaan berkaitan dengan ilmu agama (artikel,blog,buku)- sekali sebulan
  7. Riadah bersama rakan-rakan- dua kali sebulan
  8. Qiamullail (solat malam)- sekali sebulan
semangat yuk kawan-kawan.. mari jaga hubungan dgn Allah^_^